Friday, September 24, 2010

Gambar Anak Dalam "Twitter" Ashraf


PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Sinclair, 31, akhirnya berkongsi kegembiraannya dengan meletakkan foto dirinya sambil mendukung anak sulungnya bersama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari,27, di laman sosial, Twitter.
Anak sulung yang diberikan nama Noah itu dikatakan mempunyai wajah mirip ayahnya.
Ashraf meluahkan rasa-rasa kegembiraannya melalui laman tersebut yang menyatakan sehingga kini dia masih tidak mempercayai bahawa dirinya sudah bergelar seorang ayah.
"Saya tidak henti-henti melihat wajah Bunga ketika tidur dan berasa bangga dengannya kerana berjaya melahirkan anak kami," katanya dalam laman Twitter tersebut.
Dalam pada itu kata Ashraf, baru kini dia dapat merasakan bagaimana perasaan menjadi seorang ayah yang akan memikul tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan keluarga.
Pada Rabu lalu, Bunga selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta.
Bunga bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.






Tandas kotor kampung Sukan Komanwel


LONDON - Beberapa gambar yang menunjukkan tandas kotor dan cadar katil mengandungi kesan tapak kaki haiwan di sebuah kampung Sukan Komanwel di India didedahkan oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang wartawan BBC menyamar semasa merakamkan gambar-gambar itu sebelum Sukan Komanwel di New Delhi berlangsung mulai 3 hingga 14 Oktober depan.


Beberapa buah negara sebelum ini menegaskan bahawa sukan itu perlu ditangguhkan atau dibatalkan kecuali kemudahan di kampung berkenaan yang menempatkan 7,000 atlet dibaikpulih.

Pada Selasa lalu, 23 orang cedera apabila sebuah jambatan dalam pembinaan runtuh dekat Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi manakala sebuah siling di sebuah dewan angkat berat runtuh kelmarin.

Sebelum ini, kontinjen New Zealand, Kanada dan Scotland menangguhkan ketibaan para atletnya di New
Delhi untuk bertanding dalam Sukan Komanwel atas alasan tahap keselamatan dan kemudahan yang teruk di kampung sukan.


Ekoran beberapa masalah yang berlaku itu, Perdana Menteri, Manmohan Singh mengadakan mesyuarat tergempar malam semalam dengan Menteri Sukan dan pegawai kanan lain bagi menilai tahap persediaan negara tersebut untuk menganjurkan sukan berkenaan.






Gates paling kaya di AS

NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).
Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.
Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.
Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).
Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).
Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion).






Maizawati Dakwa Waheeda & Akhil Halang Jumpa Anak

PETALING JAYA: Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu.
Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.
Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.
Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, Mohd Shakir,9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.
Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
"Waheeda dan Akhil sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhil sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.
"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak
"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya.
Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar bersiar-siar.
Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka.
"Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya?
"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.
Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya.
"Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.
"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.
"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya.





7 ekor gajah mati dirempuh kereta api



KOLKATA - Tujuh ekor gajah mati manakala dua lagi cedera selepas haiwan itu dirempuh sebuah kereta api barang yang bergerak melebihi had laju di sebuah landasan dalam hutan tebal dekat Binnaguri, di daerah Jalpaiguri malam kelmarin.
Seorang ketua pemuliharaan hutan di Bengal Barat, Atanu Raha berkata, kejadian berlaku semasa gajah tersebut mengelilingi dua ekor anak gajah yang terperangkap akibat kaki haiwan berkenaan tersepit di landasan.
Dua ekor anak gajah itu turut mati.
Dia berkata, kelajuan kereta api itu semasa kejadian ialah 70 kilometer sejam (km/j) di lokasi yang mempunyai had laju 40 km/j.
Menurutnya, beberapa ekor gajah lain dalam kumpulan haiwan itu masih berada di lokasi kejadian untuk melihat rakan-rakannya yang mati dan cedera.
Satu rangkaian televisyen tempatan melaporkan ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kematian haiwan itu dekat dengan tempat kejadian.





Dia, Redza membilang hari


MEREKA pernah lepak semeja, namun kurang berbual. Mungkin sengaja membataskan pergaulan kerana ketika itu masing-masing menghormati status sebagai kekasih orang.

Bagaimanapun November 2009 membuka lembaran baru dalam perhubungan mereka. Saat kedua-duanya masih bersedih dengan cinta yang tidak kesampaian, cinta baru pula bertandang di hati.

Hanya empat bulan menyemai kasih penyanyi lagu Aku Masih Setia, Nur Nadia Fadila Abu Bakar (Dia), 26, dan Redza Abdullah, 33, seorang eksekutif pemasaran di sebuah firma, mengambil keputusan untuk bertunang Mac lalu.



Sedar tiada gunanya bercinta lama-lama, pasangan ini sepakat untuk mengakhiri hubungan untuk diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Oktober ini.


Akui Dia yang juga seorang pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), dia sudah bersedia melangkah ke satu lagi fasa kehidupan sekali gus melambai pergi zaman solonya.

"Saya sebenarnya dah lama bersedia untuk berkahwin. Dulu saya angan-angan nak kahwin paling lewat bila umur 25 tahun tapi nampaknya dah terlajak satu tahun.

"Syukur alhamdulillah akhirnya saya temui lelaki yang sesuai. Keluarga kami pun merestui hubungan ini," katanya.


Istimewa Redza di mata Dia hanya mampu diungkapkan dengan sepotong ayat oleh Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2005 ini.

"Tak tahulah orang lain tapi satu ayat paling sesuai diungkapkan mengenai Redza - dia cukup sempurna buat saya. Redza memiliki segala yang diinginkan seorang wanita dalam mencari pasangan hidup. Redza matang dan jujur.

"Kalau ikutkan, kami kenal antara satu sama lain sejak dua tahun lalu tapi jarang sekali dapat berbual. Saya tak nafikan suka lihat wajah dan cara Redza tapi taklah sampai termimpi-mimpi sebab masing-masing ketika itu masih berpunya.

"Kami pernah terputus hubungan dan November lalu Redza menyapa dalam satu ruangan 'chatting' di Internet. Kami bertanya khabar dan masa itulah saya dapat tahu Redza dah kembali solo. Kebetulan pula saya juga baru putus cinta.

"Lalu satu hari Redza ajak saya keluar. Temujanji kami adalah di Solaris, Mont Kiara dan itulah kali pertama kami 'dating'.

"Pada pertengahan Februari, Redza datang ke majlis anjuran keluarga saya dan selepas bertemu ibu dan ayah saya, Redza cakap dia mahu melamar saya. Justeru, kami memilih Mac untuk melangsungkan pertunangan," katanya.

Kata Dia lagi, apa yang mengejutkannya, Redza tidak kekok berjumpa dengan ayahnya yang disifatkan seorang yang cukup tegas.









Tergamam lihat anak diseret


LEDANG:Kegembiraan seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun menyertai marhaban sempena Aidilfitri di rumah sekitar Serom Dua, Bukit Gambir di sini, berakhir tragis apabila dia cedera selepas diseret sejauh kira-kira 20 meter oleh motosikal mengangkut susu getah yang ditunggang sepasang suami isteri, jam 9.30 pagi Ahad lalu.
Akibat seretan di jalan berturap itu, Ahmad Hafizulamin Abdul Jalil cedera teruk di muka selain calar di sebahagian besar anggota badan.

Ibunya, Wahana Wagiman, 44, berkata anak bongsunya itu beria-ia untuk menyertai marhaban dan tidak kisah menunggu lama di setiap destinasi dituju.

“Ketika kejadian, Ahmad menunggu saya di tepi jalan manakala saya pula mengalihkan motosikal untuk ke rumah seterusnya.

“Tiba-tiba, dia dirempuh motosikal membawa muatan getah dan diseret sejauh kira-kira 20 meter. Saya yang terkejut dengan kejadian menjerit kepada pasangan suami isteri terbabit tetapi mereka tidak berhenti,” katanya, semalam.

Pada masa sama, Wahana turut berlari mengejar motosikal terbabit dan tidak lama kemudian, barulah penunggangnya memberhentikan kenderaan terbabit.

Ketika itu, baru pasangan suami isteri terbabit menyedari Ahmad terperosok di bawah motosikal dan memberi alasan tidak perasan dengan perkara berkenaan.

“Saya hanya mampu menangis melihat keadaan Ahmad yang cedera di muka serta tubuh dan mengejarkannya ke pusat rawatan berhampiran untuk diberikan rawatan.

“Bagaimanapun, syukur kerana doktor mengesahkan Ahmad tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan keadaannya kini stabil selain menunjukkan tanda positif untuk pulih,” katanya.

Wahana turut kesal dengan tindakan pasangan suami isteri terbabit yang cuai ketika menunggang motosikal dan muatan lebih hingga membahayakan nyawa orang lain.

Sehubungan itu, dia dan suami bercadang membuat satu laporan polis dalam masa terdekat supaya tindakan boleh diambil terhadap penunggang motosikal terbabit.






Isteri mati, suami saman HUSM

KOTA BHARU - "Saya akan saman kerana kecuaian pihak hospital yang tertinggal kain kapas dalam rahim isteri saya selepas melahirkan anak telah menyebabkan saya kehilangan orang tersayang."
Itulah kata Musa Abdul Kadir, 44, yang mendakwa kecuaian pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika melakukan pembedahan yang menjadi punca isterinya mati di hospital itu Selasa lalu.
Menurut Musa dari Kubang Kerian, isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, yang melahirkan bayi keempatnya di HUSM pada pukul 7.03 malam 17 Ogos lalu mengadu sakit yang teramat di dalam perut tiga jam kemudian.
"Selepas ujian X-ray, doktor mendapati ada satu objek tertinggal di dalam perut selepas pembedahan melahirkan anak kami.
"Selepas memberi kebenaran, doktor HUSM melakukan pembedahan kedua pukul 2 petang pada 22 Ogos dan dua keping kain kapas berjaya dikeluarkan di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya," ceritanya lagi.
Menurutnya, pada 25 Ogos, isterinya mengalami demam panas dan meracau kerana terlalu sakit menyebabkan doktor memberinya ubat tahan sakit sehingga membawa kepada koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia.


P/S - Macam mana boleh cuai sampai macam ni..





TERberanak




Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hospital.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hospital".

"Tak maulah doktor, saya malu"

Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak....

Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.

Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....






 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!