Sunday, September 26, 2010

Chong Wei juara di Jepun kalahkan Lin Dan

ele..haku bagi peluang je tu..asyik2 aku jer menang kalau kita jumpa..

TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi.


Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17.

Tgk la malaysia..aku masih no.1..ngee..

Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain bukan pilihan yang juga juara remaja dunia 2002, Jiang Yanjiao menewaskan pemain nombor satu dunia, Wang Xin 23-21, 21-18.






Lara Dutta bertunang

Lara dan Mahesh

PELAKON cantik Bollywood, Lara Dutta dan teman lelakinya Mahesh Bhupathi yang merupakan bintang sukan tenis telah mengikat tali pertunangan.

Mahesh membuat pengumuman di laman sosial Twitter dengan menulis 'Saya dan Lara sudah bertunang di New York minggu lalu'. Usai menulis status tersebut, dia mendapat banyak ucapan tahniah.


Pasangan tersebut berada di New York sejak Ogos lalu untuk pertandingan tenis Terbuka Amerika Syarikat dan Piala Davis. Lara juga dilaporkan menghadiri beberapa sesi fotografi majalah di sana.

Khabar angin menyatakan Mahesh menjadi punca perpisahan Lara dan bekas teman lelakinya, Dino Morea. Lara pula dituduh sebagai penyebab perceraian Mahesh dan isterinya, Shwetha Jaishankar.





Redknapp anggap Wenger sewel

Arsene awak mmg sewel!

CHIGWELL: Tekanan sebagai pengurus pada Liga Perdana Inggeris mengubah pengurus Arsenal, Arsene Wenger daripada seorang memiliki karakter tenang kepada seorang yang sewel, menurut rakan seperjuangannya di Tottenham Hotspur, Harry Redknapp.
“Semua orang sewel melompat, menjerit, berteriak, melaung dan mengejek - dan lelaki ini tidak seperti mereka yang bodoh. “Beliau hanya duduk di sana, mengkaji setiap pergerakan di atas padang bagaikan catur. Mereka tidak langsung kalah sebarang perlawanan sepanjang musim. Saya boleh duduk di sana dengan sebatang cerut, tapi tiba-tiba anda mula kalah beberapa perlawanan dan semuanya berubah.


Mana ada aku sewel...wekkkk......

“Kini beliau menyertai orang gila atau sewel!” gurau Redknapp.

“Malah, beliau adalah seorang daripada orang sewel utama. Beliau seorang yang berbudi bahasa dan saya boleh berkawan dengannya tapi ia mungkin disebabkan tekanan yang anda alami.

“Ia kini menghantuinya. Beliau tidak lagi duduk di sana, beliau akan bertelagah dengan setiap orang. Ia tidak bagus buat anda, betul kan?” Wenger tertekan dengan skuad mudanya masih belum memenangi sebarang trofi dalam tempoh lima tahun dan beliau terpaksa menyaksikan perlawanan daripada bangku penonton ketika Arsenal menang 4-1 pada Piala Liga ke atas Spurs Selasa lalu selepas menerima hukuman penggantungan satu perlawanan berikutan tindakan tidak senonoh.






Cemerlang walaupun kahwin muda

DARI kiri, Mohd. Fadzli, Baridah, Rozita dan Mohd. Faiza selepas Majlis Konvokesyen UTM di Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU - Siapa kata tidak boleh cemerlang dalam akademik walau pun berkahwin pada usia muda?
Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Yazdaan Mohammad Aris, 23, membuktikan tanggapan itu salah apabila menerima Anugerah Pingat Jaya Cemerlang pada Majlis Konvokesyen UTM ke-45 di Skudai semalam.
Muhammad Yazdaan yang merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) berkata, isterinya, Syamimi Samuin, 23, yang dikahwininya tahun lalu banyak memberi dorongan kepadanya.
Katanya, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan sering berkongsi idea.
"Asalkan bijak membahagikan masa, kahwin pada usia muda tidak menjadi masalah.
"Isteri saya yang juga graduan Universiti Sains Malaysia sering berkongsi perkara ilmiah di rumah," katanya.
Anugerah Pingat Jaya Cemerlang dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang selain akademik.
Seramai 5,482 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.
Majlis disempurnakan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Sementara itu, dua pasangan suami isteri, Mohd. Fadzli Merican Md. Affendi Merican, 29, dan Baridah Ahmad, 28, serta Mohd. Faiza Abdullah, 32, dan Rozita Jaafar, 32, juga bertuah dapat menggenggam ijazah menerusi Program Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSpace).
Kesemua mereka lulus cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!