Tuesday, September 28, 2010

Boleh ke kita banggakan?


Ternyata purata usia kehilangan keperawanan di setiap negara berbeza-beza, berdasarkan data survey dari Durex dan Harris Interactive menunjukkan bahawa gadis Eropah telah melakukan seks pertama kali pada usia 16 tahun bahkan di Iceland purata 15,6 tahun, kecuali Prancis, Swiss dan Belanda purata pada usia 18 tahun. Asia purata di atas 20 tahun, tertinggi Malaysia 23 tahun.
Berikut datanya dari sumber yg boleh dipercayai,




Country             




Average age at first sex
            




              Year
Malaysia                         23                                   2007
India22.9 2007
Singapore22.8 2007
China22.1 2007
Thailand20.5 2007
Hong Kong20.2 2007
Vietnam19.7 2005
Nigeria19.7 2007
Japan19.4 2007
Spain19.2 2007
Indonesia19.1 2005
Poland19 2007
Italy18.9 2007
Taiwan18.9 2005
Russia18.7 2007
Mexico18.7 2007
South Africa18.7 2007
France18.5 2007
United Kingdom18.3 2007
Switzerland18.2 2007
Canada18.1 2007
Netherlands18.1 2007
Greece18.1 2007
United States18 2005
Australia17.9 2007
Turkey17.8 2005
New Zealand17.8 2007
Slovakia17.8 2005
Germany17.6 2007
Brazil17.4 2007
Ireland17.3 2005
Croatia17.3 2005
Austria17.3 2007
Czech Republic17.2 2005
Chile17.2 2005
Belgium17.2 2005
Portugal16.9 2005
Bulgaria16.9 2005
Israel16.7 2005
Finland16.5 2005
Norway16.5 2005
Sweden16.2 2005
Denmark16.1 2005
Iceland15.6 2005




Walaupun Malaysia ranking paling atas, lulu rasa tak de apa yg nak dibanggakan dengan peningkatan kes-kes buang bayi sejak akhir-akhir ni.. lu fikirlah sendiri kata nabil..






Babak ngeri.....

Kejadian ini berlaku di Jambi, Indonesia..
Berlaku pada 15 september 2010..baru lagi..









Mangsa merupakan anak pasangan Gunawan dan Siti.. Mujurlah kanak-kanak itu dapat diselamatkan dan tidak mengalami apa-apa kecederaan..

Tapi, bagi Lulu, lulu pernah melalui keadaan ni.. Lama dulu (gambar memang tak de).. Kita biasa dengar dekat luar negara, sering ada org yang mengamuk dan mencederakan ramai org.. Begitulah pengalaman lulu..
Benda ni dah lama berlaku.. Lelaki tu mengamuk dan berkeliaran di hadapan sekolah (mujur masa tu bkn masa persekolahan). Dengar cerita, dia dah bunuh isteri dan anak-anaknya.. Tidak di ketahui sebab dia mengamuk..

Kebetulan, dia dapat tangkap srg budak.. lelaki, lingkungan umur 8 tahun.. Sama betul keadaannya mcm dlm gambar diatas.. Tapi tpt kejadian tu di tgh jalan..Suspek (ceh mcm wartawan pulak) mengacu-acukan parang panjangnya ke leher budak tu.. Budak tu takut, menangis-nangis...

Lama juga babak tu berlaku.. Sbb seingat lulu bapa kpd budak tu dah mcm org hilang akal melihat nyawa anaknya bagaikan dihujung tanduk..

Nak tahu kesudahannya? Asyik suspek mengancam nak mengelar leher budak tu, bbrp anggota polis yg bersiap sedia dari jauh, berbincang sesama sendiri.. Tiba-tiba (suspen lah pula) terdengar bunyi tembakan.. Tepat mengena blkg suspek tersebut..

Suspek tu terus rebah.. Namun, malangnya, dia sempat menghayun parangnya dan mengena 2 jari kiri budak lelaki tu (putus).. Bila suspek rebah, polis pantas memeluk budak lelaki itu dan membawannya ke hospital..
Berita terakhir yg lulu dengar, jari budak tu sah putus.. Tgl 3 jari tangan kiri.. Kesian..


P/S - Apa moral cerita ni?





Entri ini memang menarik..Superb creative... ngee...

Korang sudah tentu belum pernah nampak trak makanan mcm dalam gambar-gambar ni kat malaysia.. Ntahlah..Rasanya kat asia pun belum tentu ada.. Kalau ada, jom, post gambar, sebagai bukti...

Ok, berikut merupakan 10 jenis trak makanan diseluruh US yang mana bagi lulu, memang sangat kreatif.. (Eh rasanya kat KL ada gak orang berniaga jual nasi lemak guna trak kecil.. Tapi tak de pula sekreatif ni, ye tak..



Ini kat LA..Jual ice-cream dan candy... So sweet..pink yawww...



Yang ni kat Seatlle, Washington.. Jual BBQ sandwiches dengan hot sauce..huh tak payahlah tanya sandwich apa..Faham-faham sendiri lah.. Nak letak watermark kat gambar ni pon haku naik geli..bluekkkkk....Sila abaikan kalau geli..




Kogi yang bermaksud 'moving landmarks', berpusat di LA dan menjual taco..





Giovanni's aloha famous shrimp bertempat di Ouhu.. eh takkan nak tanya jual apa? makanan berasaskan udang..nyam-nyam..





Tabor Czech Food, menjual sandwich.. Tiada makanan yang lebih sedap berbanding sandwich kata pemiliknya..





The Frysmith menjual french fry (haku pun tak tau makanan apa tu) yang dicampurkan dengan unique ingredient ensembles, like braised short ribs, porcini gravy, cheddar curds, and horseradish. bla-bla..




Trak ini digelar  Cinnamon Snail. wah.. makanan istimewanya adalah donat yang diselaputi coklat...adeh..cair dimulut...





Fojol Bros. of Merlindia menyediakan makanan khas india bagi penggemar makanan yang berempah dan pedas..





Sugar Philly Truck menjual dessert, ice-cream dengan chocolate mousse diatasnya dan sesame tuile beserta design yang...perg....sedap...(tgk dah sedap, mesti rasa lagi sedap)





Kelvin Natural Slush Co. memang tepat berada di US. Dengan cuaca panas di sana, minuman sebegini mmg mendapat sambutan yang di ljuar jangkaan.






Saya dah buat.. Anda bila lagi?

Lulu dah buat.. senang jer sebenarnya..
Benda ni dah lama nak buat tapi penyakit 'malas' dan 'suka menunda' menyebabkan benda ni tak pandai selesai-selesai.. Akhirnya makbed dah buat dulu..Wah...mmg ada kemajuan..


klik untuk tumbesaran..

Betul lah kata makbed..mula2 blogging mmg byk tak tahu..Kena rajin surfing internet n google selalu...
Sekarang ni kira ok sikitlah.. Tapi mesti makbed lebih byk faham banding lulu.. (kan makbed lagi senior dlm blogging... ngee..)

Lulu harap dengan adanya Read More ni, tak de lah nampak bercelaru lulu pages ni.. Kalau tak asal korang buka jer, post semua panjang berjela-jela.. sakit je mata tgk.. ye tak..

Anyway, tahniah atas idea dan galakan mu makbed (yelah.. lulu rasa terdorong..galakan la tu..ngee)








Jutawan skuter mati naiki skuter


LONDON - Pemilik firma skuter futuristik Segway, Jimi Heselden meninggal dunia selepas kenderaan beroda dua yang dinaikinya itu terjatuh dari sebuah gaung ke dalam sungai, kata polis semalam.
Heselden, 62, merupakan seorang jutawan warga Britain.

Seorang jurucakap polis Yorkshire Barat memberitahu, mayatnya ditemui di dalam Sungai Wharfe berhampiran kediamannya di bandar Boston Spa, utara England kelmarin.

"Sebuah kenderaan Segway ditemui di tempat kejadian," kata jurucakap berkenaan yang turut menyatakan polis dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima laporan bahawa seorang lelaki terjatuh dari sebuah gaung.

"Kemalangan itu dipercayai bukan akibat perbuatan yang mencurigakan," jelasnya.
Heselden mengetuai sepasukan pelabur Britain yang membeli Segway Inc yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) pada Disember tahun lalu. Firma berkenaan mengeluarkan dan mengedar skuter itu.
Dijana dengan kuasa motor elektrik, skuter tersebut merupakan sebuah pengangkutan peribadi dan memiliki kelajuan maksimum 20 kilometer sejam.


Penunggang skuter itu boleh menggerakkannya ke kanan atau ke kiri dan ia bolah dicas semula dengan menggunakan soket elektrik di rumah.
Sementara itu, beberapa laporan menyatakan Heselden meninggal dunia selepas seminggu dia menjadi antara dermawan paling utama di Britain dengan menyumbang £10 juta (RM48.9 juta) kepada sebuah badan amal.
Sepanjang hayatnya, Heselden yang memiliki syarikat HESCO Bastion, telah menghulurkan derma berjumlah £23 juta (RM112.6 juta).

Dia memiliki kekayaan mencecah £166 juta (RM814.14 juta) dan berada pada kedudukan ke-395 senarai Manusia Terkaya Sunday Times dengan mengatasi Simon Cowell iaitu pengasas program pencarian bakat nyanyian, X Factor.





Kematangan Zaquan yakinkan Ayu


TARIKH 10 Oktober 2010 sepatutnya menjadi hari bahagia kepada aktres jelita, Ayu Raudhah bersama kekasih hatinya, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Dikhabarkan akan bertunang pada hari tersebut, penyebaran berita itu bagaimanapun dinafikan oleh tuan punya badan.
Penafian itu bukan membawa maksud sesuatu buruk telah terjadi pada hubungan mereka. Cuma buat masa ini, pasangan itu terutama Zaquan tidak mempunyai masa secukupnya untuk meneruskan perancangan mereka.
Sungguhpun rancangan pertunangan itu perlu ditunda, Ayu yang ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! tampak gembira. Mengukir senyuman, Ayu mengaku dirinya amat bahagia di samping pemain bola sepak kebangsaan itu.
“Pada mulanya kami memang berbincang dengan keluarga masing-masing untuk menjalankan majlis pertunangan pada bulan Oktober ini. Namun, disebabkan jadual yang sibuk, kami membatalkan niat itu. Mungkin dari situ ada khabar angin yang tersebar bahawa kami akan bertunang pada tarikh tersebut,” ujar Ayu.
Tidak mahu mendesak, Ayu mahu menggunakan masa secukupnya untuk membuat perancangan. Dia tidak mahu majlis yang berlangsung secara kelam-kabut dan ingin menunggu masa lapang Zaquan supaya semuanya dapat berjalan lancar serta dalam keadaan relaks.
Baru-baru ini, keluarga kedua-dua pihak bagaimanapun sudah mengesahkan bahawa pasangan itu akan bernikah pada bulan Januari depan.
“Kami kedua-dua pihak keluarga memang merestui hubungan mereka. Jika ada jodoh, majlis pernikahan akan berlangsung awal tahun depan.
“Cuma setakat ini belum ada tarikh muktamad tetapi akan ditetapkan dalam masa terdekat,” ujar bapa Zaquan, Abd. Radzak Salleh, 61, kepada media baru-baru ini.
Berkenalan selama setahun, Zaquan menurut Ayu sebenarnya mahu bernikah terus. Ini semua disebabkan faktor masa. “Memang dalam adat kita akan merisik, bertunang dan kemudian bernikah. Tapi kalau bernikah terus juga tidak ada salahnya.
“Itu pandangan Zaquan kerana dia tidak mempunyai masa untuk melakukannya secara berperingkat. Jadi kami juga mungkin akan terus bernikah sahaja,” tambah Ayu yang beraya di Alor Setar, Kedah bersama keluarganya.
Mula meminati Zaquan selepas melihat papan iklan di tepi jalan raya, Ayu sebelum itu pernah menyaksikan perlawanan kekasihnya di Stadium Bukit Jalil bersama kakaknya sebagai seorang peminat.
Namun, mereka hanya berkenalan selepas kawan Ayu yang juga merupakan pemain bola memperkenalkan Zaquan. Akui dirinya amat cemas pada pertemuan pertama, Zaquan bagaimanapun menjadi pihak yang mula menghantar SMS.
“Kami hanya berhubungan menerusi telefon selepas pertemuan itu. Macam kawan biasa. Apabila Zaquan mengajak saya berkawan secara serius, saya sendiri tidak pasti. Tapi tidak sangka hubungan kami boleh sampai tahap ini dan sejujurnya saya amat bahagia,” senyum Ayu yang baru sahaja menghabiskan rakaman drama Nujum Siber.
Dilamar tiga bulan lalu, Zaquan sebenarnya sudah berbicara mengenai pertunangan tersebut sejak tahun lalu lagi. Namun, lamaran itu hanya berlaku menerusi satu panggilan telefon. Walaupun begitu, sifat dan perwatakan Zaquan telah membuatkan Ayu bersetuju dengan lamarannya.
“Dia seorang yang romantik dan ramah. Malah dia seorang yang berbudi bahasa terutama di hadapan orang tua. Disebabkan itulah ibu saya amat menyukai dia. Mungkin bagi orang yang tidak mengenali dia, wajahnya kelihatan sombong. Tapi sebenarnya dia seorang yang sopan,” tambahnya lagi.
Berumur 26 tahun, Ayu seperti yang diketahui umum lebih tua daripada Zaquan, 23. Ditambah dengan populariti Zaquan, tidakkah Ayu risau kekasihnya itu akan didampingi ramai wanita lain?
“Tidak susah dan senang sebenarnya untuk ‘mengawal’ dia. Tapi apa yang penting adalah kepercayaan. Saya amat mempercayai dia dan kalau tidak ada kepercayaan itu, kita sendiri yang susah. Kematangan Zaquan juga mengukuhkan lagi hubungan kami.”
Menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 21 tahun sejak kecil lagi, harapan Ayu itu tidak kesampaian. Ini kerana Ayu bukan seorang wanita yang mementingkan karier tetapi suka memiliki keluarga sendiri.
Selain daripada mahu membina keluarga sendiri, Ayu juga berharap majlis perkahwinannya berlangsung secara kecil-kecilan dengan dihadiri hanya keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat.
“Dari dulu lagi memang saya sukakan majlis peribadi di pulau. Tapi kalau keluarga Zaquan hendakkan majlis secara besar-besaran, saya tidak kisah. Cuma di pihak saya, saya memang mahu majlis kecil,” tambah Ayu yang sudah menerima banyak tawaran penajaan untuk majlis pertunangannya.






Bendera terbalik: AS minta maaf



WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat semalam memohon maaf kerana mengibarkan bendera Filipina terbalik dalam satu acara yang dihadiri Presiden Barack Obama.
Menurutnya, ia kesilapan yang tidak disengajakan.
Bendera merah, putih dan biru yang dihiasi dengan bintang kuning digantung terbalik ketika Obama dan Presiden Filipina, Benigno Aquino berhimpun bersama pemimpin negara Asean lain.

Di Filipina, bendera yang terbalik menandakan negara itu dalam peperangan.

“Ia kejadian yang amat tidak disengajakan,” kata Rebecca Thompson, jurucakap kedutaan Amerika Syarikat di Manila.

“Amerika Syarikat amat menghargai hubungan rapatnya dengan Filipina,” katanya.


P/S - Mcm mana boleh silap...






Pelajar maut nahas


KUALA SELANGOR: Seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bestari Jaya-Ijok, di sini, kelmarin.
Dalam kemalangan jam 11.45 malam, mangsa, Halimatul Saadiah Sabidin, 21, mati di tempat kejadian manakala rakannya, Haslinda Ariffin, 21, patah tangan dan kaki kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), dekat sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng dari arah Ijok menghala Unisel sebelum sebuah Toyota dipandu seorang wanita dari arah bertentangan masuk ke laluan motosikal dan bertembung dengan mangsa.





Terkini kes Datuk Sosilawati

Anak Sulung Sosilawati Kecewa Laporan Media


LEGASI NOUVELLES VISAGES AKAN DITERUSKAN... Anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya Erni Dekritawati Yuliana Bukhari tenang menjawab soalan juruhebah Radio24 BERNAMA menerusi program 'Kerusi Panas' di Wisma Bernama di sini, Isnin.

KUALA LUMPUR: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan sikap segelintir media yang membuat pelbagai andaian berkaitan tragedi pembunuhan ibunya termasuk pendedahan nilai aset syarikat kepada umum.

Dia yang lebih dikenali sebagai Rita berkata ada di antara spekulasi yang dibuat membuatkan dia berasa tidak selesa kerana bukan daripada sumber polis sebaliknya pihak lain.

“Saya telah memberitahu sesetengah media yang berjumpa saya secara individu. Apa yang nak mahu dikeluarkan mestilah rujuk dengan pihak polis untuk dapatkan fakta yang betul, bukan buat cerita atau dapatkan cerita dari pihak yang mereka-reka cerita,” katanya yang muncul sebagai tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan BERNAMA Radio24, di sini pada Isnin.

Rita mendakwa, terdapat juga laporan yang disifatkan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada umum kerana sebab-sebab tertentu.
“Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami.

“Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya.
“Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya.

Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka.

Menafikan dakwaan beliau enggan bekerjasama dengan pihak media, Rita meminta pihak media supaya menjadikan polis sebagai rujukan.
“Setiap apa yang ingin dikeluarkan mestilah dirujuk dengan pihak polis terlebih dahulu. Itulah tempat rujukan terbaik daripada mendapat maklumat daripada sumber lain. Polis lebih arif tentang kes-kes ini,” katanya.
Mengulas keengganannya bertemu atau bekerjasama dengan pihak media terutama dalam tempoh dua minggu selepas laporan pembunuhan jutawan itu menjadi punca tersiarnya pelbagai spekulasi dan berita sensasi, Rita menolak dakwaan tersebut dengan alasan tersendiri.

“Bukan saya tak mahu kongsi maklumat, cuma saya tak mahu ganggu siasatan polis,” jelas beliau yang kini bergelar Pengarah Urusan Nouvelle Visage itu.
Dalam pada itu, dia turut menjawab soalan-soalan ‘nakal’ tentang diri beliau yang dikatakan tidak mempamerkan kesedihan di khalayak ramai sejak kematian ibunya.

Gadi berusia 25 tahun itu menjelaskan, dia dan adik-adiknya tidak perlu menunjukkan kesedihan mereka sebaliknya reda serta tenang menerima ujian tersebut.

“Kami sedang menerima kenyataan ini. Bukannya kami tak sedih, tetapi hidup perlu diteruskan dan kami perlu pandang ke hadapan.
“Saya juga tak perlu menangis dan perlu kuat. Saya perlu tunjukkan ketabahan dan sifat kental untuk meneruskan legasi ibu,” kata kakak kepada enam beradik itu.

Rita juga tidak menafikan yang beliau akan bertindak sebagai jurucakap bagi pihak keluarganya selepas ini.
“Saya tak bersendirian, saya masih ada sokongan adik-beradik yang lain. Begitu juga sokongan staf-staf syarikat walaupun mereka tak menonjol.

“Sebagai kakak sulung, biarlah apa yang keluar itu datangnya dari mulut saya sendiri dan biarlah saya yang bercakap bagi pihak keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil kepada pihak media sekiranya berterusan melaporkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum beliau berkata:
“ Saya akan minta nasihat peguam saya. Tapi saya minta sangat-sangat supaya jangan membuka privasi yang kami ada.

“Bukannya kami tak nak bercerita. Cuma tak mahu ganggu siasatan. Apa yg kami cakap mungkin akan jadi akibat pada masa akan datang.
Dia berharap wartawan memahami keadaannya sekarang bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil jika keadaan masih berterusan.

Dalam temuramah kira-kira satu jam bersama hos Azlan Idris itu, Rita turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada beliau sekeluarga sejak pemergian arwah ibunya.

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

 
KUALA LUMPUR: “Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan.”
Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.
Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.
“Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.
“Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh ” katanya.
Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.
Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.
Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.
Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.
Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.
Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.
“Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang,” katanya.
Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.
Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.
Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.
“Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang,” katanya.


Empat suspek dibawa semula ke ladang

BANTING: Empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibawa semula ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dekat sini, bagi membantu siasatan kes kehilangan dan kematian seorang ahli perniagaan India, Allal Kathan Muthu Raja.

Semua suspek yang berpakaian baju lokap berwarna jingga, dibawa ke ladang persendirian itu jam 11.10 pagi dengan menaiki van polis.

Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi, lima kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota serta pegawai penyiasat dilihat memasuki ladang itu yang terletak kira-kira 27 kilometer dari Banting.

Semua suspek dibawa semula ke ladang itu bagi mencari beberapa barang bukti selepas penemuan barang bukti kukuh dalam dua lubang yang digali semula kelmarin, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan dua ahli perniagaan dari Kedah yang dilaporkan hilang, awal tahun ini.

Selepas lebih empat jam, semua suspek dibawa keluar dari ladang itu dengan diiringi polis dalam enam kenderaan termasuk anggota Unit Forensik.


P/S - Wah suspek ni, hari2 dibawa keluar eh..mkn angin...ngee..smlm ada dlm berita mengenai suspek utama yg nak buat laporan polis kerana mendakwa dipukul polis ketika tahanan reman..laa takkan dipukul je dah bising? Awak bunuh org dgn kejam tak pe pulak ye..bagus polis pukul..kalau ada depan mata, lulu pun nak join sekali...huh..






 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!