Tuesday, September 28, 2010

Terkini kes Datuk Sosilawati

Anak Sulung Sosilawati Kecewa Laporan Media


LEGASI NOUVELLES VISAGES AKAN DITERUSKAN... Anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya Erni Dekritawati Yuliana Bukhari tenang menjawab soalan juruhebah Radio24 BERNAMA menerusi program 'Kerusi Panas' di Wisma Bernama di sini, Isnin.

KUALA LUMPUR: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan sikap segelintir media yang membuat pelbagai andaian berkaitan tragedi pembunuhan ibunya termasuk pendedahan nilai aset syarikat kepada umum.

Dia yang lebih dikenali sebagai Rita berkata ada di antara spekulasi yang dibuat membuatkan dia berasa tidak selesa kerana bukan daripada sumber polis sebaliknya pihak lain.

“Saya telah memberitahu sesetengah media yang berjumpa saya secara individu. Apa yang nak mahu dikeluarkan mestilah rujuk dengan pihak polis untuk dapatkan fakta yang betul, bukan buat cerita atau dapatkan cerita dari pihak yang mereka-reka cerita,” katanya yang muncul sebagai tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan BERNAMA Radio24, di sini pada Isnin.

Rita mendakwa, terdapat juga laporan yang disifatkan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada umum kerana sebab-sebab tertentu.
“Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami.

“Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya.
“Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya.

Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka.

Menafikan dakwaan beliau enggan bekerjasama dengan pihak media, Rita meminta pihak media supaya menjadikan polis sebagai rujukan.
“Setiap apa yang ingin dikeluarkan mestilah dirujuk dengan pihak polis terlebih dahulu. Itulah tempat rujukan terbaik daripada mendapat maklumat daripada sumber lain. Polis lebih arif tentang kes-kes ini,” katanya.
Mengulas keengganannya bertemu atau bekerjasama dengan pihak media terutama dalam tempoh dua minggu selepas laporan pembunuhan jutawan itu menjadi punca tersiarnya pelbagai spekulasi dan berita sensasi, Rita menolak dakwaan tersebut dengan alasan tersendiri.

“Bukan saya tak mahu kongsi maklumat, cuma saya tak mahu ganggu siasatan polis,” jelas beliau yang kini bergelar Pengarah Urusan Nouvelle Visage itu.
Dalam pada itu, dia turut menjawab soalan-soalan ‘nakal’ tentang diri beliau yang dikatakan tidak mempamerkan kesedihan di khalayak ramai sejak kematian ibunya.

Gadi berusia 25 tahun itu menjelaskan, dia dan adik-adiknya tidak perlu menunjukkan kesedihan mereka sebaliknya reda serta tenang menerima ujian tersebut.

“Kami sedang menerima kenyataan ini. Bukannya kami tak sedih, tetapi hidup perlu diteruskan dan kami perlu pandang ke hadapan.
“Saya juga tak perlu menangis dan perlu kuat. Saya perlu tunjukkan ketabahan dan sifat kental untuk meneruskan legasi ibu,” kata kakak kepada enam beradik itu.

Rita juga tidak menafikan yang beliau akan bertindak sebagai jurucakap bagi pihak keluarganya selepas ini.
“Saya tak bersendirian, saya masih ada sokongan adik-beradik yang lain. Begitu juga sokongan staf-staf syarikat walaupun mereka tak menonjol.

“Sebagai kakak sulung, biarlah apa yang keluar itu datangnya dari mulut saya sendiri dan biarlah saya yang bercakap bagi pihak keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil kepada pihak media sekiranya berterusan melaporkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum beliau berkata:
“ Saya akan minta nasihat peguam saya. Tapi saya minta sangat-sangat supaya jangan membuka privasi yang kami ada.

“Bukannya kami tak nak bercerita. Cuma tak mahu ganggu siasatan. Apa yg kami cakap mungkin akan jadi akibat pada masa akan datang.
Dia berharap wartawan memahami keadaannya sekarang bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil jika keadaan masih berterusan.

Dalam temuramah kira-kira satu jam bersama hos Azlan Idris itu, Rita turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada beliau sekeluarga sejak pemergian arwah ibunya.

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

 
KUALA LUMPUR: “Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan.”
Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.
Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.
“Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.
“Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh ” katanya.
Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.
Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.
Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.
Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.
Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.
Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.
“Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang,” katanya.
Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.
Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.
Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.
“Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang,” katanya.


Empat suspek dibawa semula ke ladang

BANTING: Empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibawa semula ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dekat sini, bagi membantu siasatan kes kehilangan dan kematian seorang ahli perniagaan India, Allal Kathan Muthu Raja.

Semua suspek yang berpakaian baju lokap berwarna jingga, dibawa ke ladang persendirian itu jam 11.10 pagi dengan menaiki van polis.

Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi, lima kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota serta pegawai penyiasat dilihat memasuki ladang itu yang terletak kira-kira 27 kilometer dari Banting.

Semua suspek dibawa semula ke ladang itu bagi mencari beberapa barang bukti selepas penemuan barang bukti kukuh dalam dua lubang yang digali semula kelmarin, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan dua ahli perniagaan dari Kedah yang dilaporkan hilang, awal tahun ini.

Selepas lebih empat jam, semua suspek dibawa keluar dari ladang itu dengan diiringi polis dalam enam kenderaan termasuk anggota Unit Forensik.


P/S - Wah suspek ni, hari2 dibawa keluar eh..mkn angin...ngee..smlm ada dlm berita mengenai suspek utama yg nak buat laporan polis kerana mendakwa dipukul polis ketika tahanan reman..laa takkan dipukul je dah bising? Awak bunuh org dgn kejam tak pe pulak ye..bagus polis pukul..kalau ada depan mata, lulu pun nak join sekali...huh..






.

2 Penyokong CHELSEA:

Makbed on September 28, 2010 at 8:52 AM said...

Alhamdulillah... arwah ada anak-anak yang baik dan bertanggungjawab.

Lulu Caldina on September 28, 2010 at 9:02 AM said...

ya..sejuk perut ibu mengandung..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!