Thursday, September 30, 2010

5 korban keganasan kaum di Kalimantan Timur






JAKARTA: Kerajaan Indonesia semalam mengerah satu batalion tentera dan beratus-ratus anggota polis untuk menamatkan keganasan kaum di Kalimantan Timur yang menyebabkan lima orang terbunuh.






Menurut polis, sengketa antara kaum Bugis Latta dengan Tidung di bandar Tarakan bermula Ahad lalu dan berlarutan sehingga pagi semalam.






Hampir semua pejabat di tutup dan beberapa kediaman dibakar apabila penduduk yang bersenjatakan parang dan tombak memburu etnik pendatang.










Sengketa kaum di wilayah berkenaan 10 tahun lalu menyebabkan ratusan penduduk mati.








Ramai yang suka..Lulu pun suka...

Sesuailah ikut tajuk kat atas.. Ramai yang suka..Tidak terkecuali lulu.. Bila sebut jer yang satu ni...wah...jadi geram...nak peluk...nak cium...nak ambik dia di angkat-angkat.. Malah kebanyakan blog pasti ada cerita mengenainya... Kira dia lah jadi pujaan hati... Pengisi kesunyian...

Apa agaknya special nya?

Terus terang... Selama korang suka KUCING, berapa ramai yang tahu ada berapa spesis dia ada? Lulu pun tak tahu.. Dan berikut gambar-gambar spesis kucing yang ada dalam dunia.. Mungkin tak lengkap.. Tapi cukup banyak dari apa yg lulu tahu sebelum ni.. Jom kita kongsi... Buat penggemar kucing....




Maine Coon
Asalnya dari Maine, AS. Keturunan Angora dan American Shorhair. Sifatnya lucu, pemalu tapi mau, dan mudah akrab. Bulunya tipis, lembut, dan warnanya beragam.





British Shorthair
Dari namanya, sudah pasti asalnya iaitu British. Kucing ini lembut dan pintar. Warna bulunya ada yang polos (putih,hitam,biru,merah dan krim), dwiwarna, hitam pekat, belang.





Burmese
Menurut info, kucing ini dikembangkan Dr. Thompson (AS) dari kucing ratu wong mau (Burma) dan siamese. Warna coklat musang, warna lainnya biru, merah, coklat, dan biru kura-kura. (ada ke kura-kura biru?)








Ragdolls
Kucing ini merupakan kucing yang paling patuh dari semua jenis kucing. Diberi nama Ragdolls kerana kebiasaan khas mereka yang suka berbaring di lengan kita. Kucing ini sangat penyayang dan ramah sehingga boleh menjadi haiwan peliharaan kita yang sangat baik.










Egyptian Mau
Kucing yang mengagumkan ini adalah satu-satunya jenis alami dari kucing tutul.





Abyssinian
Kucing ini merupakan salah satu jenis yang paling popular. Kucing Abyssinian yang besar dan tegap kemungkinan besar pernah menjadi haiwan yang dipuja di masa lampau Mesir. Kucing ini juga memperolehi populariti yang bererti di pertunjukkan kucing, kebanyakan adalah kerana keunikan warna bulunya. Mereka biasanya sangat sesuai dengan anak-anak dan haiwan peliharaan lain.





BiRmaN CaT
Dikenal sebagai kucing keramat Birma. Sangat tampan dengan pola warna menarik dan jari-jari kakinya yang putih bersih. (Gemuknya dia..)










TurKish Van
Walaupun mereka berdikari, Turkish Van adalah kucing yang sebaiknya berada di rumah dengan keluarga. Bulu-bulu mereka yang indah selembut sutra membuat kita senang untuk memeliharanya, dan kegemaran mereka bermain air sangat menghiburkan kita.





Persia
Kucing ini merupakan jenis berbulu panjang yang paling popular. Kucing persia sangat senang hidup sebagai kucing rumah. Mereka boleh akrab dengan kucing lain dan binatang lain. Kucing persia sangat responsif dan menjadi sumber kebahagiaan bagi pemiliknya.





 P/S - Lulu pun pernah menyayangi kucing.. [klik]










Terkejut haku

Wah..Kita selalu dengar org ckp hidup di penjara itu susah..ada juga yg keluar masuk kerana boleh makan dan tinggal free.. Tapi kali ni, jelas dibuktikan melalui gambar, bahawa tgl di penjara itu bukan menyenangkan...huhuhuhu memang payah...memang boleh buat orang sakit jiwa..

So, jgn buat kesalahan sampai korang kena penjara.. Mungkin di malaysia tidak seteruk ini.. Tapi rasanya lagi bagus tinggal kat luar..bebas dan boleh buat apa jer yg kita suka..ye tak (itu pengajarannya..)


Hal ini berlaku di Brazil..

Penjara di Brazil..





















P/ S - Boleh main terup lagi dalam penjara..ngee





Beckham mahu derma wang Irma

LONDON: Meskipun Victoria dan David Beckham berikrar menyaman pelacur Irma Nici, namun mereka tidak akan mengambil wang tuntutan itu.

Pasangan berkenaan yang mengemukakan tuntutan saman malu £16 juta (RM80 juta) ke atas Irma akan menyalurkan wang itu ke Tabung Amanah Victoria dan David Beckham. Seorang teman rapat pasangan itu mendakwa Irma ‘pembohong besar’ dan mengesahkan tuntutan kerugian akan disalurkan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

“David tidak mahu walau sesen pun wang perempuan kotor itu,” komen teman rapatnya.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kebajikan,” kata rakan itu lagi.

Beckham, 35, berazam untuk membuktikan penipuan pelacur itu di mahkamah dan bersedia mendedahkan kisah kehidupan peribadinya di hadapan juri di Amerika Syarikat (AS). Pada Isnin lalu, peguam pasangan itu memfailkan saman terhadap Irma yang dituduh melakukan fitnah ke atas Beckham untuk kepentingan peribadi.

Majalah In Touch edisi AS yang menerbitkan kisah dakwaan Irma, editor majalah, Michelle Lee dan penerbit majalah, Bauer yang beribu pejabat di Jerman dinamakan sebagai defendan kedua. Pemilik syarikat penerbitan Bauer, Heinz Bauer dikatakan sudah menerima surat saman daripada peguam Beckham.

Dalam tuntutan itu, syarikat penerbitan terbabit diminta memberi penjelasan mengapa penerbitan majalah diteruskan walaupun sudah mendapat amaran yang pelacur berketurunan Bosnia itu berbohong.

Jurucakap ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Hamburg berkata: “Majalah In Touch hanya melaporkan skandal seks David Beckham secara terperinci.”


P/S - Untuk detail gosip skandal beckham [klik] 






Badak air berwarna merah jambu

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan gambar seekor badak air berwarna merah jambu di Masai Mara, Kenya.

MASAI MARA, Kenya – Seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dua jurugambar hidupan liar, Will dan Matt Burrard-Lucas dari Britain telah merakamkan gambar badak air itu setelah mendengar berita mengenai haiwan tersebut.
“Haiwan itu keluar ke daratan selama kira-kira 10 minit atau kurang daripada itu. Selepas itu, kami mengesan kepala haiwan itu yang berwarna merah jambu berada di atas permukaan air setiap beberapa minit semasa ia mahu menyedut udara.
“Ia juga amat malu dan selepas mengesan kehadiran kami, haiwan itu bersembunyi di belakang ibunya sebelum hilang ke dalam air,” kata Will.


P/S - Dah mcm babi haku tgk nye..





Objek ganjil di bandar Pingyao

GAMBAR yang dirakamkan oleh dua pelajar sebuah universiti di China menunjukkan sebuah objek terbang yang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar di bandar Pingyao pada 22 September lalu.

BEIJING – Dua pelajar sebuah universiti China menyaksikan sebuah objek yang terang benderang terbang di udara menerusi kamera masing-masing pada waktu malam 22 September lalu.
Gambar objek terbang yang tidak dikenali itu (UFO) dirakamkan semasa mereka merakamkan pandangan pada waktu malam di bandar Pingyao di wilayah Shanxi sempena Festival Antarabangsa Fotografi Pingyao Kali Ke-10.
Imej bercahaya itu muncul selama 40 minit.
Menurut akhbar People’s Daily Online baru-baru ini, dua pelajar itu menghantar gambar tersebut kepada seorang wartawan pada waktu tengah hari 23 September lalu sebagai usaha untuk menyelesaikan misteri tersebut.
Gambar yang dirakamkan oleh dua pelajar itu menunjukkan sebuah objek yang mempunyai bentuk seperti sfera tetapi ia tidak boleh dilihat dengan jelas menerusi mata kasar.
Dua jurugambar itu turut merakamkan gambar semasa UFO itu berubah kedudukan di udara.
Pada satu ketika, objek itu hilang daripada pemandangan tetapi ia kemudian muncul semula pada waktu hampir tengah malam.
Dua gadis memberikan nombor telefon kepada pelajar tersebut dan menyatakan mereka bersedia untuk menjadi saksi kejadian itu.





Hos TV tersilap umum pemenang

SARAH MURDOCH (kanan) memberitahu bahawa Kelsey Martinovich (tengah) bahawa dia bukannya pemenang sebenar tetapi Amanda Ware (kiri) dalam program Australia’s Next Top Model di Sydney malam kelmarin.

SYDNEY – Para penerbit rancangan televisyen pencarian model terkenal, Australia’s Next Top Model menanggung malu selepas hos yang juga seorang supermodel, Sarah Murdoch mengumumkan nama pemenang yang salah pada malam kelmarin.
Akhbar-akhbar menyifatkan kesilapan mengumumkan pemenang itu sebagai insiden televisyen yang paling pelik pernah berlaku di Australia.
Sarah yang merupakan menantu kepada taikun media Australia, Rupert Murdoch hampir menangis apabila menyedari bahawa dia tersilap mengumumkan kemenangan Kelsey Martinovich, 19, dari Sydney sebagai pemenang siri terakhir yang disiarkan oleh Foxtel TV secara langsung.
Stesen Foxtel dimiliki oleh syarikat telefon Telstra, News Corp milik Rupert Murdoch dan firma Consolidated Media Holdings.
Martinovich sudah menyampaikan ucapannya sebelum Sarah mendapati pemenang sebenar ialah Amanda Ware dari Gold Coast yang berusia 18 tahun berdasarkan undian orang ramai.
“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan sekarang. Saya minta maaf. Inilah yang berlaku apabila anda menonton siaran secara langsung. Semua ini gila, gila, gila,” kata Sarah di hadapan 2,000 penonton.
Pengarah Publisiti Foxtel, Jamie Campbell menyalahkan komunikasi yang tidak jelas antara beberapa pengarah siri tersebut di dalam bilik kawalan penyiaran dengan Sarah yang berada di atas pentas.
Juri dan pereka fesyen, Alex Perry memberitahu radio Sydney, Sarah telah melakukan kesilapan besar sambil menafikan tuduhan media yang menyatakan kesilapan itu bertujuan untuk meraih publisiti.
Martinovich mungkin hanya memegang status juara Australia’s Next Top Model buat seketika tetapi ia bukanlah satu berita buruk.
Stesen Foxtel mengesahkan bahawa dia tetap akan menerima hadiah wang tunai sebanyak A$19,360 (RM59,982) dan lawatan ke New York sebagai hadiah sagu hati.
Ware yang diumumkan pemenang baru memenangi hadiah wang tunai A$19,360 (RM59,982), penampilan dalam majalah Harpers Bazaar, kontrak peragaan, lawatan ke New York dan sebuah kereta.






Harga rokok di Jepun naik lebih 25 peratus

TOKYO – Perokok-perokok di Jepun mula bertindak menghentikan tabiat menghisap rokok manakala sejumlah lagi membeli rokok untuk tujuan menyimpan sebelum harganya meningkat lebih 25 peratus esok.
Harga beberapa jenama rokok akan meningkat lebih 25 peratus ekoran tindakan kerajaan meningkatkan cukai rokok.
Di Tokyo, perokok dibenarkan merokok di dalam bar dan restoran tetapi mereka dilarang menghisap rokok di laluan pejalan kaki.
“Kami menjangkakan satu tindakan tergesa-gesa (pembeli rokok membeli pada saat akhir sebelum Jumaat ini) terutamanya sehari sebelum harga rokok dinaikkan,” kata Yayoi Sugihara yang merupakan jurucakap sebuah kedai rangkaian menjual rokok, Lawson.
Menurutnya, setiap kedai sudah meningkatkan bilangan stok bagi memenuhi permintaan pembelian di saat akhir.
Berdasarkan beberapa laporan, kenaikan harga itu akan meningkatkan bilangan pencuri rokok.
Di bandar Mooke, 100 kilometer ke utara Tokyo, seorang penganggur lelaki berumur 47 tahun ditangkap pada Ahad lalu kerana cuba melarikan diri dengan dua kartun rokok dari sebuah pasar raya.
Kerajaan Jepun telah meluluskan syarikat Japan Tobacco (JT) yang menguasai pasaran rokok negara itu untuk meningkatkan harga rokok pada kadar kira-kira 100 yen (RM3.68) untuk sekotak rokok yang mengandungi 20 batang.
Harga rokok jenama Midl Seven akan meningkatkan dari 300 (RM11.06) yen kepada 410 yen (RM15.12) setiap kotak rokok.
Setiap kotak rokok Seven Stars akan dijual pada harga 440 yen (RM16.23) naik daripada 300 yen (RM11.06).
Kerajaan dilaporkan berharap akan menaikkan harga rokok untuk setiap kotak pada 700 yen (RM25.82) hampir menyamai harga di Eropah dan Amerika Utara.





Darling didenda RM15,000


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Pelakon dan penerbit drama, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri didenda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.
Hakim Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman tersebut selepas artis berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan tersebut, Nasreen, 27, didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd.' bertarikh 16 Ogos 2007 sebagai tulen.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada 16 Ogos 2007.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pengadu Mohamad Ridzuan Hussin, 34, telah membuat laporan polis pada 18 Mac 2008 berikutan tertuduh membuat satu dokumen resolusi yang mengandungi tandatangannya bagi membuka akaun baru syarikat.





Penyeludup mercun temui ajal

ANGGOTA bomba memeriksa sebuah lori membawa muatan mercun yang terbalik hingga mengorbankan pemandunya di Jeli semalam.

JELI – Tindakan seorang penyeludup mercun melarikan diri daripada dikejar sebuah kenderaan pacuan empat roda kastam mengundang padah apabila dia mati selepas mengalami kecederaan parah apabila lori yang dinaiki bersama seorang kelindan terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Lawa-Batu 10, Jalan Raya Timur Barat di sini semalam.
Kejadian pukul 6.40 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh kenderaan kastam yang ingin menahan mereka selepas disyaki cuba menyeludup mercun dan bunga api bernilai puluhan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhammad Hanifa Abd. Malek berkata, suspek cuba melarikan diri sambil dikejar oleh anggota kastam tersebut.





Langgar kereta peronda polis

MAZLAN menunjukkan gambar Maizul Azwan yang diburu bagi membantu siasatan kes langgar kereta peronda polis di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun diberkas polis selepas kereta yang dinaiki bersama dua lelaki melanggar sebuah kereta peronda polis di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat dekat sini Jumaat lalu.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, pelajar dari Tendong, Pasir Mas yang menuntut di sebuah sekolah menengah di sini gagal melarikan diri selepas ditinggalkan oleh dua lelaki dalam kereta terbabit selepas kejadian tersebut.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika dua pegawai polis yang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih dalam keadaan mencurigakan berhenti di kawasan gelap di kampung tersebut.
Selepas mengetahui kehadiran polis, pemandu Proton Satria itu secara tiba-tiba melanggar kereta peronda terbabit yang berhenti untuk melakukan pemeriksaan.
“Selepas dilanggar, kereta peronda itu terbabas dan terjatuh ke dalam tali air di tepi jalan tersebut.
“Dua lelaki yang berada dalam kereta berkenaan kemudian melarikan diri dan meninggalkan pelajar perempuan itu dalam kereta tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.






Ini penangguhan terakhir



KUALA LUMPUR: “Ini penangguhan terakhir. Selepas ini, pastikan tiada sesiapa yang sakit,” kata Majistret Zaki Asyraf Zubir kepada vokalis kumpulan Spring, Ameng, 42, yang menghadapi tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke badan, April lalu.
Beliau menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Zaki menangguhkan perbicaraan kes itu kepada 12 Oktober ini, selepas Ameng melalui peguamnya Kamarul Zaman Abdul Rahman memberitahu mahkamah anaknya yang berusia dua tahun mengalami lelah yang serius.
“Ameng dan isterinya terpaksa menjaga anak mereka selepas dimasukkan ke Hospital Jerteh, Terengganu empat hari lalu,” katanya. Ameng turut hadir pada prosiding semalam.

Dalam pada itu, Zaki mengarahkan Ameng menyerahkan laporan kesihatan daripada hospital itu kepada mahkamah.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!