Tuesday, October 5, 2010

Cantik sangat sangat.......

Bila malam menjelma, inilah yg tercantik..cantik sangat-sangat...







































Bukan salah Watie

Watie

KUALA LUMPUR: “Talak sudah jatuh. Saya sudah melafazkan cerai di depannya dan saksi, cuma sedang menanti tarikh memfailkannya ke mahkamah. Hentikanlah spekulasi dan usah babitkan Watie dalam masalah ini kerana dia tiada kena-mengena langsung,” kata penyanyi dan pelakon, Zulkifli Daud (Joey), 37, menjawab semula dakwaan bekas isterinya, Noraini Nasir, 44.


Joey

Harian Metro semalam memaparkan kenyataan Noraini kononnya Joey lupa tanggungjawabnya terhadap anak tunggal mereka yang berusia empat tahun, Zidani Zulkifli dan tidak menghormatinya kerana mengaku sudah bercerai sedangkan tiada hitam putih serta keputusan mahkamah untuk mengesahkan perkara tersebut.


Noraini
Malah, nama dramatis terkenal, Norwati Sadali (Watie), 34, turut dikaitkan kerana dikatakan punca pergolakan rumah tangga mereka.


Noraini yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang juga vokalis kumpulan Exists itu pada 4 Mei 2005 turut menyifatkan Joey tidak pernah takut bermain dengan sumpah kerana menafikan tindakannya yang pernah merujuk selepas tiga hari menceraikannya di ruang meletak kereta.

Bagaimanapun Joey yang popular menerusi drama bersiri Blues Pasar Tani, Ejen 2x5 dan filem Crayon itu ketika dihubungi menegaskan kemelut rumah tangganya ini memberikan tekanan kepadanya serta mengundang persepsi negatif masyarakat semata-mata.

“Jujurnya saya tertekan kerana kenyataan dia (Noraini) seperti meludah ke langit. Lambat-laun, ia akan memakan diri sendiri. Saya melihat tiada gunanya kita mengaibkan mana-mana pihak kerana tindakan itu tiada penghujung dan penyelesaian sebaliknya hanya memberi ruang untuk orang sekeliling menepuk tangan. Kenyataan itu bukan saja memalukan pihak saya dan dia, malah tidak semena-mena nama Watie pula dikaitkan sedangkan punca itu tidak pernah wujud sejak awal lagi






Pulau yang dilihat cantik dari angkasa lepas...

Atafu Atoll, Tokelau, Samudera Pasifik





Onekotan Island, Rusia





Galapagos Islands, Samudera Pasifik





Maladewa, Samudera Hindia





Henrietta Pulau, Laut Siberia Timur





Eleuthera Island, Bahama






Agustinus Volcano, Alaska






kepulauan lasser sunda, Indonesia





Kepulauan Hawaii, Samudera Pasifik





Alejandro Selkirk Island, Samudra Pasifik Selatan





Pulau milenium, Republik Kiribati, Samudra Pasifik Selatan











Tiger Woods gives us the greatest golf photo you'll ever see








Keajaiban didalam dunia perubatan.


Tuhan Maha Adil, mungkin itulah kata-kata yang akan keluar dari mulut ketika melihat foto-foto dibawah ini.

Ya, kemajuan teknologi dibidang perubatan telah membantu orang-orang yang diberikan 'ujian' semasa hidupnya menjadi lebih baik dengan cara pertolongan dan penggunaan teknologi di bidang perubatan tersebut.

Berikut hasil yang cukup membahagiakan dari macam-macam pertolongan perubatan yang telah memenuhi standard perubatan.

1. Gadis berusia 16 tahun yang diperbaharui wajahnya akibat penyakit tumor seberat 16 Pound.





2. Seorang anak yang mendapat sikunya dipotong dan ditransformasi ke bahu baru kerana penyakit ketumbuhan.





3. Hasil scan tulang belakang seorang anak di India yang telah digabung akibat patah tulang ekor belakang.





4. 'Manusia Pohon' yang ada di Indonesia, telah dibedah akar-akarnya seberat 6 kg.





5. Doktor bedah yang membedah dirinya sendiri kerana penyakit appendix.





6. Bayi yang lahirkan sebanyak 'dua kali' setelah sebelumnya si ibu mempunyai ketumbuhan dalam rahim, setelah ketumbuhan itu selesai dikeluarkan, baru bayi itu dilahirkan.





7. Gadis remaja yang setengah dari ingatan otaknya dihapuskan akibat pengaruh makanan yang ia makan.






P/S - Subhanallah..






Bahana letak komputer riba atas paha

GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


P/S - Info ini mmg berguna sgt.. lulu selalu buat..adeh..






Jimmy sms kepada Muniroh


MENJELANG hari pernikahan, sebelum munculnya tanggal keramat 1 Oktober lalu, segudang perasaan meribut di jiwa bekas pengacara Trek Selebriti, Jimmy Shanley, 31. Dia tahu, melafaz nama Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, 24, pada acara akad nikahnya, transisi baru sebagai kepala keluarga pasti menunggu di haluan depannya.

Bukan tidak menyiapkan diri seawal mungkin untuk menempuh hidup baru bersama si penangkap hatinya yang merupakan puteri tunggal daripada tiga beradik itu. Jimmy sebaliknya membayang beragam emosi lain turut dirasai oleh setiap bakal mempelai sebelum munculnya hari berbahagia dipertauliahkan gelaran sebagai sang suami.

Tanpa berselindung, penama lengkap Jimmy Shanley Norjahan Saleh itu membuka cerita, entah kenapa dirinya berasa resah gelisah dan gementar malam sebelum diijabkabulkan. Bayangkan, Jimmy sempat melayangkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu pengantin perempuan, Datin Muniroh Kassim gara-gara tidak sempurna lelap tidurnya.


“Kononnya saya hantar SMS kepada ibu Suhaila sebab hendak meluah perasaan selepas pulang menghantar kad jemputan kepada seorang teman sekitar 2 pagi. Tapi, dia tidak membalas pula sebab barangkali sudah tidur pada waktu itu. Kerana itu, saya melayan sendiri kebimbangan dalam diri selang beberapa jam sebelum bernikah.

“Rasa berdebar sampai tidak boleh tidur. Malah, saya sempat fikir, ini menjadi malam terakhir tidur seorang diri. Jadi, saya semahunya menikmati saat ini kerana malam seterusnya sudah ada isteri,” kata Jimmy ketika ditemui usai majlis pernikahannya di kediaman Suhaila di Bandar Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor Sabtu lalu.

Tidak mencuri waktu panjang menyambung bicara, hos bersama Akademi Fantasia 8 (AF8) itu sekali lagi menghantar SMS kepada Muniroh. Tiada lain diinginkan, dia sebolehnya mahu merawat kekecewaan dialami dengan bertebar cerita kononnya Jimmy bernikah dengan Suhaila atas dasar harta.

“Saya tahu ada sebilangan pihak buat spekulasi kurang enak sebelum ini. Dan kerana itu, saya menerangkan semula kepada ibu Suhaila bahawa perkahwinan ini terjalin atas dasar cinta ditambah sudah lama sebenarnya saya memendam hasrat untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Jimmy mencium tangan ibu mertua..

“Ingatkan dapat jadi anak angkat saja, rupa-rupanya tanpa disangka jadi menantu pula,” jawab Jimmy tertawa nakal sambil diperhatikan Suhaila yang lebih banyak mengerling manja belahan jiwanya itu daripada membuka mulut sementelah tidak terbiasa berdepan dengan pihak media.
Ditebak tentang perasaannya selepas melalui tiga kali lafaz akad nikah untuk memperisterikan Suhaila, anak jati Ipoh, Perak itu terang-terangan memperlihat reaksi lega. Biar bibirnya mengungkap kelegaan itu, hakikatnya senyuman terpancar dari anak mata Jimmy, ternyata mengisytiharkan segala-galanya.

“Siapa saja tidak gembira selepas selamat dinikahkan. Begitupun, ini sekadar permulaan kepada hidup saya dan Suhaila. Biasalah, selepas ini asam garam rumah tangga akan bermula. Dengan saya semakin berusia, harap dapat menjadi lebih matang dalam segala hal. Bahkan, saya kena seimbangkan kehidupan apatah lagi sudah punya isteri.

“Sebaik saja semua selesai termasuk resepsi perkahwinan ini, saya akan membawa Suhaila berpindah ke rumah sendiri di Subang Jaya, Selangor. Cuma, masih terlalu awal untuk saya bercakap tentang perancangan selepas mendirikan rumah tangga,” luah Jimmy yang mahukan lima cahayamata - empat lelaki dan satu perempuan.

Cinta selepas nikah
Dengan tiga kali lafaz, Jimmy selamat bergelar suami Suhaila pada pukul 4.40 petang Sabtu lalu selepas dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah/Jurunikah Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Mustafa Kamal Abu Bakar berwalikan bapa pengantin perempuan, Suhaimy Othman.

Jejaka kacukan Melayu-Australia yang kelihatan kacak dengan sepersalinan baju Melayu rona kelabu ilham Rizman Ruzaini itu memberi mas kahwin dan wang hantaran berjumlah RM31,186. Ia sebagai memperingati hari lahir isterinya yang jatuh pada 31 Januari 1986 sambil membawa sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Kisah mereka bermula dengan satu bidikan lensa kamera sebagai selebriti dan peminat di Genting Highlands sekitar empat tahun lalu. Kuasa Yang Maha Esa tiada tolok tandingnya. Kemudian, mereka dipertemukan kembali Januari lalu sebelum kedua pihak mengambil kata putus mahu mengikat tali pertunangan pada 11 Jun 2010.

Siti tidak ketinggalan menghadiri persandingan..

Dalam masa singkat, mereka kini sah menjadi suami isteri dari segi hukum dan agama. Mengenali antara satu sama lain secara serius sepantas kilat, justeru, Jimmy dan Suhaila mahu menjalin cinta selepas hari bahagia mereka.

Bagai menjadi lumrah apabila ada sesetengah pasangan pengantin baru lebih mendalami sesama sendiri selepas melafaz akad nikah.
“Dengan tempoh perkenalan kami yang pantas, banyak lagi saya tidak tahu tentang isteri. Sama juga dengan keadaan Suhaila yang belum kenal secukupnya tentang saya,” akui Jimmy yang bakal berbulan madu di dalam negara tidak lama lagi dan memasang hajat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Suhaila yang merupakan anak pengasas kepada produk kecantikan Natasha berkata, dia meluah kesyukuran kerana selamat bergelar isteri Jimmy. Biarpun nampak sedikit pemalu dan lontaran suaranya menebal dengan dialek Kedah, dia bagaimanapun cuba berkongsi emosi kepada himpunan pihak media yang duduk di depannya.

“Alhamdulillah, semua berjalan seperti dirancang. Tiada sebarang perbezaan walaupun kami telah disatukan. Jimmy boleh meneruskan kerjaya seni tanpa sebarang masalah manakala saya akan terus bekerja dengan famili. Sebagai isteri, sudah tentu saya akan terus menyokong dia dari belakang,” jelasnya yang memuja sikap humor dan menghormati suaminya kepada orang tua.

Pasangan itu mengadakan resepsi persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad, 3 Oktober lalu manakala sebuah lagi majlis untuk sebelah perempuan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah (9 Oktober) dan diakhiri dengan pihak Jimmy di Ipoh seminggu kemudian.





Ghaib kala senja

BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.

Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.

Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.

Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.

Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.

Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.

“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.

Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.

“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.

Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.

“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.





Tanah kubur atau hutan tebal?


GEORGE TOWN – Semak, tiada laluan masuk, sakit mata memandang!Itu keadaan sebahagian Tanah Perkuburan Islam kariah Bandar Bayan Baru, Bukit Gedung di sini yang tidak berjaga dan kelihatan terbiar sejak lebih 10 tahun lalu.
Tanah perkuburan berusia kira-kira 100 tahun yang terletak di atas bukit itu bagaikan hutan tebal sehingga menutup laluan masuk ke kawasan seluas 0.1 hektar itu menyebabkan ada waris tidak berani ke sana.
Semak-samun dan belukar yang ‘memagarinya’ dikhuatiri dihuni reptilia berbisa seperti ular selain dibimbangi menjadi tempat kegiatan tidak bermoral kerana lokasinya yang tersorok.
Seorang waris, Ramli Long, 58, berkata, dia terkejut apabila mendapati kawasan tanah perkuburan tempat bersemadi arwah bapanya sejak 50 tahun lalu dan saudara-maranya yang lain terbiar begitu teruk sekali.
Dia yang kali terakhir menziarahi tanah perkuburan itu pada Aidilfitri lalu berkata, ia kelihatan seperti kawasan terbiar kerana ditumbuhi pokok-pokok hutan dan semak-samun.






Kasih bertaut jua


KAMPUNG GAJAH: Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.

Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.

“Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.

Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain.

“Saya masih pulang ke kampung biarpun sudah tidak tinggal di sini memandangkan ini adalah kampung halaman saya manakala Umi masih menetap di sini.

“Ketika pasangan masing-masing masih hidup, kami tidak mengambil tahu hal masing-masing dan hanya bertegur sapa apabila bertemu secara kebetulan.

“Justeru, saya tidak sangka selepas pasangan masing-masing meninggal dunia dan berpisah selama 53 tahun, akhirnya jodoh tetap menyatukan kami sebagai suami isteri.

“Saya juga gembira kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perkahwinan kami,” katanya yang tinggal di Sabak Bernam, Selangor.

Umi pula menganggap jodohnya dengan Shamsuddin tiada selepas pertunangan mereka terputus dan reda dengan keadaan itu.

“Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan.

“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin semula selepas kematian suami kira-kira empat tahun lalu tetapi apabila ketika Shamsuddin datang melamar, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.


P/S - So sweet..






 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!