Monday, November 15, 2010

Entry khas buat Cik Nurul


Dear Cik Nurul...
Lulu nak minta tolong..
Since blog lulu dah jadi meleret-leret panjang, tolong ajar lulu buat macam dalam gambar kat atas..
* print screen dari blog Cik Nurul.

Lulu tak tahu apa namanya..
Tapi macam dalam gambar tu..
ngee harap Cik Nurul faham ye..

Makaseh bebanyak...



.

1st giveaway kasut tumit tinggi


Contest ini memang menarik tertarik...ngee..
Banner dia je dah buat terpikat..
Pink yaw..

Dianjurkan oleh empunya blog KASUT TUMIT TINGGI [KLIK SINI]
Dan syarat-syaratnya memang tersangat lah mudah..
Rugi tak join..
Sila BW ke blog beliau eh..

Lulu tak biasa pakai kasut tinggi..
2 inches..boleh..
al-maklum lulu dah tinggi..
Tapi bagi lulu pakai kasut tinggi ni baik kalau nak betis lawa..
ngee....

Sila join sekaki jika berminat...




.

Kuda padi teman gadis buta


LANSING, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita Muslim yang buta, Mona Ramouni berusia 28 tahun menggunakan seekor kuda padi untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya, Universiti State Michigan di sini.


Dia yang belajar jurusan psikologi di universiti tersebut membeli kuda yang sudah dilatih untuk membimbing orang buta itu dengan menggunakan wang simpanan daripada pendapatannya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat tulisan untuk orang buta selama tiga tahun.


Mona mengetahui mengenai kuda padi yang digunakan untuk orang buta itu menerusi satu laman web pada April 2008.


Menurut Mona, kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya.

Gadis itu dilahirkan tidak cukup bulan semasa masih bayi dan dia menjadi buta sejurus dilahirkan.


Kuda itu membimbing Mona keluar dari bas dan berjalan memasuki kelas di universitinya.




.

Hatsune Miku jadi penyanyi paling ganjil di Jepun


TOKYO - Penyanyi pop hologram, Hatsune Miku dianggap sebagai selebriti paling ganjil di Jepun, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Miku bukannya seorang manusia tetapi merupakan imej hologram yang menyanyi dalam konsert yang diadakan di negara itu.

Penonton-penonton akan bertepuk tangan dan Miku yang merupakan seorang wanita akan menari serta menyanyi seperti manusia biasa di atas pentas.

Dia dicipta oleh syarikat teknologi Jepun, Crypton Future Media yang membolehkan pelanggan membeli dan memprogramkannya supaya dia menyanyi pelbagai lagu di dalam komputer.


Miku menggunakan suara seorang penyanyi, Saki Fujita. Penyanyi pop hologram itu kini mempunyai ramai peminat dengan stadium yang menjadi tempat persembahannya dipenuhi dengan penonton.

Dia membuat persembahan pertama secara langsung dengan diiringi pemuzik-pemuzik pada 2009 dan telah mengadakan persembahan di Singapura.

Aksi penyanyi ganjil yang dikatakan berusia 16 tahun itu boleh dilihat di YouTube.





.

"Saya nak teka berat baby mama liyana" - Contest


Lulu nampak contest ni secara tak sengaja..
Hati lulu tertarik sangat nak turut serta..
Tak apa kalau tak betul..ngee..

Contest ini dianjurkan oleh Puan empunya blog, mama housewife [KLIK SINI]
Untuk lebih lanjut mengenai contest ini sila berkunjung ke URL tersebut ye..
Jom lah join, kita bagi sokongan buat bakal ibu ni..
wah.. semoga semuanya selamat ye..

lulu dah jadi follower mama housewife dan merupakan follower yang ke 112..
Wah cantik nombor tu..
Saya teka, berat bakal baby mama housewife adalah 3.1Kg..


Ok..Sekian..semoga lulu bernasib baik dan, lulu nak pelawa semua turut serta dalam contest ini..
Psstt, makbed, nanti leh buat contest yang sama tahun depan...ngee..




.

Justin Bieber dibunuh?


KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh.

Luahan sesal Nabil


NAIK lagi nama anak muda ini sekarang. Selain penebaran bakatnya di atmosfera seni sedang berleluasa, begitu juga cerita panas dan hitam seorang bernama Nabil Ahmad. Umum sudah larut dengan cerita 'tidak sengaja'nya satu ketika dahulu. Ketika dia sedang mahu menjejakkan kaki ke pentas yang meningkatkan tahap dan kredibilitinya sebagai seorang anak seni, di pentas Anugerah Bintang Popular (2008) itu juga dia terpeluk kekasihnya atau tepat dipanggil bekas kekasih kini, Irma Hasmie.

Kecoh dan panas kerana momen itu berlaku di depan mata, di sebuah acara yang dilakukan secara langsung. Jejaka 27 tahun itu memohon ampun dan maaf atas keterujaannya yang tidak dapat diselindung. Khalayak seakan-akan mengerti dan dia sudah seakan-akan bebas daripada terhukum.

Kontroversi Lebih Panas

Kini setelah dia berjaya menaikkan tahap kredibiliti seorang pelawak muda di mata umum dan kemudian diangkat lagi selepas muncul unggul sebagai penggeletek hati dalam teater sulungnya, Cuci The Musical Musim Kedua, dia diuji.. Secara harfiahnya, tangga demi tangga yang dinaiki melarutkan jiwa dan rasional seorang Nabil.

Dia diduga lagi, diberi hantukan lebih keras di kepalanya. Foto ciuman persis Nabil dan 'kekasih barunya' Nik Zarith Uqasya Senrose Nik Sen, 18, disebarkan di laman internet, sebuah laman yang kalau salah penggunaan, boleh mendatangkan keburukan yang bukan sedikit buat mangsa.

"Nampak macam teknik super impose tak?" tanya Nabil kepada saya. Saya tidak menjawab kerana berkehendakkan jawapan daripada mulut Juara Raja Lawak musim kedua ini. Kemarin dia sudah membuat penafian bahawa gambar itu adalah dirinya. Semalam dia menafikan juga sekeras-kerasnya. Bukan dia orangnya yang berada dalam foto ciuman tersebut.

"Saya ditunjukkan gambar itu oleh seorang wartawan. Terus saya diselubungi rasa malu walau pun bukan gambar saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang yang terbabit dalam foto tersebut bukan saya.
Mungkin ada yang boleh terima kenyataan saya dan juga sebaliknya. Terpulang tetapi saya tahu ini adalah satu kesedaran buat saya. Satu ketukan untuk membuatkan saya tidak lebih lama lalai dalam kehidupan saya yang sedang dijalani sekarang,"luahnya bebas dan menganggap ini adalah balasan Tuhan buat dirinya.
Ujian Paling Berat

"Langit tidak selalu cerah, saya sedar hakikat itu. Saya rasa malu. Dulu saya hanya tengok aksi-aksi begitu yang melibatkan orang lain atau rakan-rakan dalam dunia seni. Tapi kali ini melibatkan saya sebagai 'pelakon' foto tersebut. Saya juga malu kepada ibu bapa saya. Dulu saya buat mereka bangga dengan kejayaan dan pencapaian saya. Pada mereka saya anak yang baik dan telah buat mereka bangga. Tetapi hari ini?", ujarnya dengan nada separa lemah. Dengan hanya sekeping gambar, kepercayaan keluarga boleh longlai jika tidak diterangkan dengan baik. Nasibnya baik kerana kepercayaan itu masih utuh dan dia dinasihatkan keluarga agar lebih berhati-hati dalam menggerakkan langkah kaki.

Enggan menuding jari atau menyalahkan sesiapa, Nabil meletakkan kekhilafan ini di bahunya. Dia sedar dia larut dalam kemewahan dan kejayaan yang sedang diturunkan Tuhan buat dirinya di awal usia. Dia sedang berhadapan dengan ujian demi ujian dalam masa yang terdekat. Putus cinta dengan wanita yang amat baik di matanya, kemudian dia dihimpit dengan musibah kononnya berfoto ciuman dengan wanita baru.

Bukan hanya memikirkan hati dan perasaan yang ditanggung oleh kedua permata hatinya yang berada di Negeri Sembilan, Nabil turut merenung dan menyelami jiwa kanak-kanak yang sering memberi perhatian terhadap kerjanya.

"Itu yang turut mengganggu saya. Apa yang saya boleh katakan bahawa Abang Nabil ini adalah seorang manusia dan bukan malaikat. Abang Nabil yang mereka tonton di TV atau berjumpa adalah seorang lelaki yang sedang lalai. Yang baik ambil buat teladan dan yang buruk itu dijauhkan,"ujarnya yang sedih jika dia menyinggung hati kanak-kanak yang mungkin mengangkatnya sebagai ikon.

Acap kali dia menyebut perkataan lalai. Seolah-olah itu kesalahan paling berat yang dilakukan kini. Saya bertanya agar dia menjuruskan lagi maksud yang cuba dibawanya.

"Saya lalai dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni. Saya juga leka dalam meneliti dan memahami hati seorang wanita. Saya lukakan hati orang. Itu kelalaian saya.

"Saya sudah buat kesilapan dan saya terima akibatnya. Cuma satu pinta saya, janganlah nama Irma dikait-kaitkan dengan apa jua kesalahan saya. Biar saya tanggung sendiri," pintanya ikhlas


"Mungkin saya tidak tinggi diri atau sombong tetapi secara tidak nampak mungkin saya terlalu gembira dengan apa yang diberikan Tuhan sampai saya lalai. Suka sangat mahu berkawan dengan ramai orang hingga buatkan saya tidak sedar hati yang patut saya jaga," ujarnya berkias.

Dalam hati terdalam, Nabil bersyukur kerana dia menerima ujian seberat ini pada awalan kehidupannya. Ini lebih membuatkan dirinya beringat-ingat agar tidak lepas laku dan terlalu bebas dalam pergaulan.
"Ujian begini datang ketika saya masih sendiri. Bayangkan kalau ia datang ketika saya sudah berkahwin. Bayangkan juga kalau saya masih mahu curang ketika sudah kahwin, alangkah teruknya akibat itu nanti. Ketukan ini datang awal dan saya sangat bersyukur,"ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak dan Program 60 saat yang bakal ke udara di saluran Astro.




.

Muka ustazah melecur


IPOH: “Saya menjenguk bawah dulang tempat api dinyalakan kerana hairan apinya biru dan terlalu kecil serta berbuih sebelum berlaku letupan.
“Dalam keadaan kelam-kabut, saya melarikan diri ke tempat selamat bersama dua rakan lain berhampiran tempat dulang makanan itu tanpa menyedari sebahagian muka dan kepala saya melecur,” kata Ainul Mardhiah Elias, 39, ketika ditemui di Hospital Pantai Ipoh di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam Jumaat lalu berlaku ketika majlis makan malam meraikan 186 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussof, Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, sempena cuti persekolahan akhir tahun.

Kejadian itu menyebabkan Ainul Mardhiah yang juga guru Pendidikan Islam sekolah berkenaan melecur di dahi, sekitar muka termasuk di kedua-dua mata serta terbakar rambut di ubun-ubun akibat disambar api letupan berkenaan.

Mangsa yang juga adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias al-Hafiz berkata, berkata gas pepejal berbentuk gel dalam botol itu dibelinya bersama 10 set dulang makanan untuk digunakan bagi majlis berkenaan di sebuah kedai peralatan dapur di Batu Gajah sebelum kejadian.

Menurutnya, pemilik premis terbabit mengesyorkan penggunaan gas pepejal berbentuk gel itu kerana mudah digunakan dan tahan lama bagi tujuan memanaskan makanan dalam dulang.

“Ia kali pertama saya menggunakannya. Sebelum ini hanya memakai lilin. Sebaik meletakkan gel itu dalam bekas di bawah dulang makanan, saya menghidupkannya dengan pemetik api.

“Saya hairan api dinyalakan terlalu kecil dan berwarna biru serta gelnya berbuih-buih.

“Ketika itu berlaku letupan kuat seperti bunyi meriam buluh. Ketika melarikan diri saya sedar tudung terbakar dan panas di muka.

“Seorang rakan menjerit mengatakan terdapat api pada muka saya dan saya terus memadamkan dengan tangan dan kain basah sebelum meletakkan ketulan ais di bahagian terbakar,” kata ibu kepada lima anak itu.

Ainul Mardhiah berkata, dia bergegas ke klinik berhampiran sebelum doktor menasihatkannya ke Unit Kecemasan Hospital Batu Gajah pada hari sama kerana tahap melecur serius sebelum menerima rawatan susulan di hospital swasta, kelmarin.

Menurutnya, dia bersyukur 186 pelajar serta guru termasuk pengetua di dewan berkenaan tidak cedera kerana ketika letupan berlaku dulang makanan terbabit berada di belakang dewan.

“Saya akan berbincang dengan ahli keluarga dan pengurusan sekolah sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat mengeluarkan bahan pembakar gas pepejal berbentuk gel itu,” katanya.

Dua sahabat maut digilis kereta api


Nahas selepas minum di restoran dekat rumah

KULAI JAYA: Dua sahabat karib maut dalam keadaan mengerikan apabila kepala, tangan dan kaki putus selepas digilis kereta api di Kilometer 733.5, Landasan Kereta Api Johor Bahru-Senai berhampiran Kampung Maju Jaya di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Johari Jumbery, 31, dan Mohamad Syahril Basseri, 18, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing, dan dirempuh kereta api dari arah selatan ke utara ketika mereka melintas landasan berkenaan.

Difahamkan, dua sahabat terbabit baru pulang dari minum di sebuah restoran berhampiran rumah mereka di Kampung Sri Maju, Senai.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata sejurus menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kemalangan dan mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal anggota dan pegawai yang dikerah ke tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna namun identiti kedua-dua mayat dapat dikenal pasti.

“Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohd Fazil Ismail, ketika dihubungi berkata kereta api Senandung Ekspres Mutiara dari Singapura ke Kuala Lumpur bertolak dari Stesen Kempas, jam 12.18 tengah malam.

Katanya, KTMB melaporkan kejadian di Balai Polis Kulai jam 12.55 tengah malam, dan berikutan kejadian itu, perkhidmatan kereta api terbabit mengalami kelewatan selama sejam.

Sementara itu, bapa saudara kepada Mohamad Syahril, Mohd Yusof Ismail, 40, ketika ditemui berkata walaupun sedih melihat keadaan mayat anak saudaranya, dia tetap menguatkan hati apabila turut mengumpul cebisan mayat mangsa dan dapat mengecam mayat anak saudaranya berpandukan susuk tubuh badannya yang kurus.

“Mohamad Syahril keluar dari rumah saya kira-kira jam 8 malam kerana mahu berjumpa rakan sekerja yang tinggal berhampiran. Kira-kira jam 1 pagi anak saya memberitahu ada ramai polis di belakang rumah sebelum seorang anggota polis datang sambil menunjukkan kad pengenalan milik Mohamad Syahril.

“Saya sedih dan pasrah apabila terlihat keadaan mayatnya... tangan dan kakinya terputus manakala sebahagian tempurung kepalanya pecah,” katanya.





Adeh..makan hati

Hahaha...
Teruk team aku main pepagi buta ni..
Sangat-sangat mengecewakan..
ntah nape jadi macam tu..


Irma Hasmie Mahu Hidup Tenang


JANJI yang diikat di antara dua hati tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan.
Hakikat itu terpaksa di terima oleh pelakon Irma Hasmie dan Nabil Ahmad apabila cinta yang disulam itu terputus di tengah jalan.

Menerima dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan kedua-dua mereka menganggap perpisahan yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis dan perlu dilaluinya dengan tenang.

Irma cuba menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya namun dari raut wajah wanita berusia 28 tahun ini, masih terpalit rasa kecewa.
Satu sahaja permintaannya agar tidak membicarakan soal bekas kekasihnya itu lagi. Ujar Irma, cukup-cukuplah apa yang sedang dihadapinya kini.

“Saya mahu hidup tenang, tidak mahu bercakap soal dia dan apa yang sudah terjadi di antara kami. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku saya anggap sebagai lumrah kehidupan.
“Itulah hidup, kadang kala kita suka dan kadang kala kita berduka. Saya terima dan cuba laluinya seperti biasa. Apa yang saya jalani sekarang sama seperti dahulu juga, bagi saya tidak ada satu pun aktiviti harian yang saya ubah selepas perpisahan ini,” katanya.

Tambahnya, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Awan Dania untuk musim ketiga selain menjadi pengacara program Galaksi terbitan TV9.

Jelas anak jati Kuala Lumpur ini, dia tidak mahu lari daripada masalah, dia juga tidak merancang untuk bercuti panjang bagi menenangkan fikiran. Dia tidak mahu menoleh ke belakang dan mengenang kembali kisah lalu.

“Mungkin segelintir mereka yang putus cinta akan bercuti untuk menenangkan fikiran ketika menghadapi masalah ini tapi tidak saya. Bagi saya cara itu seperti mahu lari dari masalah.
“Saya dah tutup buku lama dan mulakan yang baru. Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan di saat-saat ini. Jika sudah termaktub olehNya, saya terima dan reda dengan dugaan ini,” katanya.

Tiada kekasih baru

Setiap percintaan memerlukan sebuah pengorbanan, biarpun tidak dihargai atau disia-siakan. Bagi Irma tiada pengorbanan yang dilakukan buat si lelaki yang bergelar kekasih melainkan sudah sah menjadi suami.
“Sebagai seseorang yang masih belum berkahwin, pengorbanan saya hanya kepada keluarga dan diri sendiri. Tidak ada pengorbanan untuk lelaki yang bergelar kekasih melainkan kalau seseorang itu sah menjadi suami saya.

“Pengorbanan terbesar saya ialah untuk keluarga kerana ketika saya gembira atau bersedih mereka sentiasa berada di sisi memberikan sokongan,” katanya.

Bercerita mengenai pengganti kekasihnya itu, tegas Irma dia belum memikirkan perkara tersebut sebaliknya berharap cinta yang bakal menjengah hatinya itu biarlah datang dengan sendiri tanpa dipaksa.

“Setakat ini saya rasakan terlalu awal untuk bercakap tentang pengganti atau teman lelaki baru. Biarlah ia terjadi secara semula jadi. Saya tiada perancangan lagi tentang itu.

“Apa yang penting, saya tidak bersendirian ketika melalui situasi yang menyedihkan ini dan bersyukur keluarga dan teman-teman rapat banyak memberikan kekuatan serta nasihat untuk meneruskan kehidupan.
“Fasa baru dalam hidup saya ialah dengan mengisi masa lapang bersama mereka yang berada di sekeliling saya. Mereka melayan saya seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku,” ujarnya sambil tersenyum.

Tidakpernah menumpang Nabil
 
Pernah dituduh cuba menumpang kesenangan juara pertandingan Raja Lawak tersebut, Irma mengakui kesal dengan lemparan kata-kata itu.

Soalnya, mengapa dia perlu bersusah payah bekerja sepanjang hubungan mereka terjalin jika dia terpaksa bergantung harap kepada Nabil?

“Mereka hanya melihat dari jauh dan menganggap yang bukan-bukan. Jika saya menumpang kesenangan Nabil saya tidak perlu bekerja tetapi selama ini saya bekerja kuat untuk mencari rezeki.
“Semua perbelanjaan hidup, saya gunakan wang dari hasil titik peluh dan usaha saya sendiri. Insya-Allah sekarang ini saya juga dalam perancangan untuk membuka sebuah perniagaan sebagai persediaan masa depan,” katanya.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!