Tuesday, November 16, 2010

Tiga maut dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu


LAHAD DATU: Tiga termasuk seorang kanak-kanak berumur dua tahun maut hari ini bila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 39, Jalan Lahad Datu-Tungku.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Dinowana Sangkula, 65; Amir Bolo, 37; dan kanak-kanak berkenaan Siti Hana Amran. Dinowana dan Siti Hana meninggal di tempat kejadian, manakala Amir meninggal di Hospital Lahad Datu. Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dan tiga lagi yang cedera parah dalam kejadian jam 12 tengah hari itu menaiki kereta Proton Saga manakala enam orang yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat berkata, identiti mangsa yang cedera parah dan sedang dirawat di Hopsital Lahad Datu belum dikenal pasti.

Menurut Shamsudin, sebelum kejadian kesemua mangsa yang terbunuh dan cedera parah itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Lahad Datu ke Tungku. Apabila sampai di satu selekoh di Kilometer 39, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang datang dari depan dikatakan gagal mengawal kenderaannya hingga memasuki laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dirempuh oleh Proton Saga berkenaan.





Ucapan Raya dari Lulu


Salam Reader's dan semua yang setia bersama Lulu-Pages..
Sempena hari yang baik..ceewah..
Lulu nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Hayatilah ertikata 'korban' yang sebenar..
Andai sedang merancang perjalanan jauh..
Sila pastikan keselamatan menjadi kepentingan yang paling utama..
Semoga selamat pergi dan balik..

Dan sempena raya esok..
dan...beberapa hari cuti panjang (jika korang ambil cuti panjang),
silalah setia bersama Lulu-Pages kerana OPERASI Lulu-Pages akan tetap berjalan seperti biasa..
(Sentiasa update le maknanya...)
ngee....
Selamat Rayaaaaaaaaaaaaa................
Hooreeyyyy..
*Wink..
.

Something Error

Dah dekat seminggu benda ni terjadi..
Ntah kat mana error pun lulu tak tahu..
Memula tu, biar je lah..
Biasalah kadang-kadang sistem ada jer yang tergendala..
Tapi takkan dah dekat seminggu masih lagi macam tu..

korang macam tu juga ke?



Kubur ahli astronomi Denmark digali


PRAGUE, Republik Czech - Sepasukan saintis dari Denmark dan Republik Czech semalam menggali semula kubur seorang ahli astronomi Denmark yang terkenal pada kurun ke-16 dalam usaha mencari punca kematian misterinya.


Ahli astronomi itu, mendiang Tycho Brahe yang dilahirkan pada tahun 1546, telah disemadikan di gereja Church of Our Lady berhampiran Old Town Square di Prague sejak kematiannya pada tahun 1601.


Tokoh itu berada di Prague atas jemputan Maharaja Rom, Rudolph II selepas beliau meninggalkan balai cerapnya di Pulau Hven kerana bercanggah pendapat dengan raja Denmark.


Pemerhatian planet-planet dan bintang yang tepat oleh Brahe telah membantu bidang ilmu astronomi moden. Selama ini, kematiannya dikatakan akibat jangkitan pundi kencing.


Namun, ujian-ujian yang dijalankan pada tahun 1996 di Sweden dan Denmark berdasarkan sampel misai serta rambutnya yang diperolehi sewaktu proses penggalian semula kuburnya pada tahun 1901 mendapati wujud tahap kandungan merkuri yang tinggi.


Keadaan itu menimbulkan teori bahawa beliau diracun dan dibunuh.
Seorang profesor arkeologi zaman pertengahan dari Universiti Aarhus Denmark, Jens Vellev menyatakan sebagai seorang ahli sains, Brahe sangat penting kepada dunia.





“Jangan ganggu anak Nora”

SEBUAH portal hiburan baru-baru ini melaporkan ada sumber terlihat kelibat Fasha Sandha seorang diri di sebuah kedai permainan kanak-kanak di Petaling Jaya.

Fasha dikatakan sedang membeli beberapa barang mainan kanak-kanak di kedai yang menjadi kegemaran kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau mesra dipanggil Jejai, untuk membeli barang mainan anaknya bersama bekas isterinya, Nora Danish.

Kehadiran pelakon yang penuh dengan kontroversi itu di situ, membuatkan orang ramai menyimpulkan yang Fasha sudah mendapat pasport untuk bertemu dengan anak kesayangan kekasihnya itu.
Malah dapat disimpulkan, barangan yang dibeli oleh Fasha itu buat anak Rizal itu iaitu Putera Rayqal Rizal Ashram.

Sebelum ini, semua sedia maklum yang Nora tidak sudi andai anak kesayangannya itu ditemukan dengan Fasha walau apa cara sekalipun.

Saat diaju soalan oleh para wartawan adakah kini kekasih kepada dudanya itu, sudah mendapat lampu hijau untuk bertemu dengan anaknya, dia terkejut besar.
“Terima kasih kerana memaklumkan saya tentang ini kerana saya sememangnya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.

“Tetapi saya tidak rasa itu untuk anak saya. Mungkin dia membeli mainan untuk anak saudaranya atau anak kawannya.
“Baguslah kalau dia rajin beli barang mainan kanak-kanak sebagai persediaannya untuk menjadi ibu suatu hari nanti.

“Walau macam mana sekalipun, saya tetap dengan pegangan saya. Tolong jangan ganggu anak Nora!
“Jejai tahu dan amat faham pegangan saya itu tetapi saya tidak tahu kalau di belakang saya macam mana.
“Walaupun dia sekarang bersama Jejai, tapi saya berharap dia tak perlulah jumpa anak saya atau teringin nak jadi ibu kepada anak saya.

“Anak saya masih beribu dan saya tidak rasa Rayqal perlukan seorang lagi ibu,” ujar wanita genit ini penuh tegas ketika ditemui di sidang akhbar Kamilah Bintang di Restoran Fullhouse, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bukan dengki ataupun tamak, tetapi bagi Nora, Rayqal yang berusia setahun lebih itu adalah dunianya dan dia tidak mahu orang luar mengganggu anak kesayangannya itu.

Namun, tambah Nora, dia tidak menolak andai suatu hari nanti pendirian berubah jika Jejai dan Fasha selamat diijabkabulkan.
Buat masa ini, ujar Nora, dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi kerana mereka berdua belum berkahwin.

Ceritanya lagi, hubungan dia dan Jejai amat baik demi masa depan anak mereka.
Malah, tambah Nora, dia, Jejai dan keluarga Jejai akan bersama-sama pergi bercuti di luar negara sekitar bulan Disember ini.

“Saya dan keluarga Jejai memang rapat sehingga sekarang dan hubungan itu tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi.

“Percutian kali ini, kami mungkin akan ke Korea ataupun Jepun,” tambahnya yang kini mengacarakan rancangan realiti mencari bakat muda terbitan Astro, Kamilah Bintang.





Kaki pemandu lori maut nahas hampir putus


BUKIT BERUNTUNG: Seorang pemandu lori, Abd Razak Ibrahim, 57, maut dengan kaki kirinya hampir putus selepas terbabit kemalangan di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari ketika mangsa yang memandu treler membawa barangan pembinaan merempuh belakang sebuah treler lain.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Yahya Affandi, berkata ketika kejadian mangsa dipercayai gagal memotong kenderaan itu yang berada di hadapannya lalu merempuhnya.
Katanya, mangsa berasal dari Felda Selancar 1, Pahang, dalam perjalanan ke ibu negara dan memandu bersendirian.

“Mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kesesakan teruk lebih lima kilometer berlaku selepas kejadian itu apabila laluan di kedua-dua lorong ke ibu negara terpaksa ditutup untuk kerja mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori yang dilanggar mangsa tidak cedera.

Norel berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk dibedah siasat.





16.2 juta rakyat alami kegemukan

Gaya hidup jadi punca: Liow


KUALA LUMPUR: Seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8.1 juta penduduk atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan (obesiti).

“Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dielak dan dicegah dari semasa ke semasa tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.

“Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat di negara ini dan kita tiada pilihan, melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Sementara itu, Liow mengumumkan kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital (LPH) di 112 hospital di seluruh negara, pada tahun depan.

“Peruntukan ini disalurkan terus kepada akaun LPH bagi menjalankan aktiviti dan program bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital dan kesejahteraan pesakit,” katanya.
Liow berkata, bermula tahun depan, mereka juga diberi tanggungjawab dan peranan lebih berat termasuk menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk meningkatkan pengetahuian kesihatan rakyat.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan sistem penarafan bintang bagi semua LPH dan sebagai permulaan, 18 hospital negeri dan utama dibuat penilaian berdasarkan beberapa kriteria termasuk pengendalian mesyuarat, projek, aktiviti serta lawatan, selain idea dan inovasi diterapkan dalam menambahbaik perkhidmatan hospital dan pesakit.

Katanya, antara LPH mendapat pengiktirafan empat bintang ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang.

LPH yang mendapat tiga bintang ialah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star; Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya.



P/S - Adakah kita sebahagian dari rakyat yang gemuk itu?




.

Mangsa bunuh tidak terus mati

Fazlina

Eksekutif wanita, Fazlina Ahmad yang didakwa dibunuh oleh suaminya mungkin masih hidup semasa dia disumbat ke dalam sebuah almari pakaian dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat pada Disember tahun lalu. Pakar Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Khairul Anuar Zainun berkata, pendapat itu berdasarkan kesan-kesan kecederaan yang menunjukkan mangsa meronta serta cuba mempertahankan diri ketika mulut dan hidungnya ditekup.
Antara kecederaan tersebut adalah lebam melecet pada bahagian atas bibir, luka lebam di bahagian bawah kanan bibir dan kesan melecet pada bahagian tengkuk.
''Saya berpendapat, kematian ini tidak berlaku serta merta. Kesan tekupan dan kesan kecederaan yang dijumpai mengatakan bahawa terdapat sedikit masa. Simati masih hidup ketika tekupan dilakukan.
''Mangsa mungkin mati antara setengah dan satu minit selepas mulut dan hidungnya ditekup,'' katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Khairul Anuar yang merupakan saksi pendakwa kedua berkata demikian semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.
Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed, 38, didakwa membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut Khairul Anuar, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa yang dijumpai di bahagian bawah almari dengan memakai sehelai tuala kuning serta dibaluti dengan selimut tebal disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Katanya, pemeriksaan dalaman mendapati kebanyakan organ dalaman mangsa mengalami kongesi atau lemas yang teruk selain tanda-tanda pada bahagian muka.
''Dalam kes ini terdapat halangan mekanikal (pita pelekat) di bahagian luaran pernafasan si mati dan kesan halangan ini yang membawa kepada kematian,'' jelas beliau.
Saksi bagaimanapun menolak kemungkinan mangsa meninggal akibat serangan penyakit asma kerana tanda-tanda seperti paru-paru mengembang sehingga memenuhi rongga dada tidak berlaku.
Sementara itu, Safiyatun Omar, 39, yang merupakan kawan baik Fazlina memberitahu bahawa dia membuat laporan polis selepas gagal menghubungi mangsa pada hari kejadian.
Menurut saksi pendakwa pertama itu, dia merasa tidak sedap hati atau bimbang selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan pembantu rumah Fazlina, Yayok.
Safiyatun yang merupakan pegawai undang-undang mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan oleh tertuduh apabila dia tidak membenarkan Yayok menyapu, mengemop atau masuk ke dalam bilik tidur utama dengan alasan almari hampir roboh.
''Yayok ada mencuri masuk ke dalam bilik tidur utama dan mendapati pakaian daripada almari telah dikeluarkan selain almari dililit dengan pita pelekat.
''Yayok juga memberitahu tertuduh berpesan, apa-apa yang berlaku di dalam rumah itu adalah antara dia dan mangsa serta melarang pembantu rumah itu masuk campur,'' katanya.
Ketika disoal balas oleh peguam yang mewakli tertuduh, Hisyam Teh Poh Teik, saksi menafikan mempunyai hubungan intim sesama jenis dengan Fazlina.
Dia turut menafikan ada menghantar SMS yang membuktikan mereka menjalinkan hubungan 'mesra' kepada mangsa termasuk pada pukul 5 pagi.
Jelas Safiyatun, hubungan mereka rapat sebagai rakan karib hanya sejak dua hingga tiga bulan sebelum Fazlina ditemui mati selain sering menjadi tempat mangsa meluahkan perasaan.
Dia bagaimanapun mengakui Fazlina seorang yang kuat merokok serta mengidap penyakit asma.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.





Separuh Akhir Kedua Muzik muzik 2010

Setelah separuh akhir pertama berlangsung minggu lepas [KLIK SINI] ,
mlm tadi, berlangsung pula bahagian kedua..
Ada tengok tak?
Keseluruhannya boleh tahan lah..
Tapi truth, tak sama la nyanyi live dgn studio (rakaman)..
ngee..


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!