Wednesday, November 17, 2010

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Kinabatangan


KINABATANGAN: Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu dekat sini hari ini.
Kesemua mangsa ialah pemandu ketiga-tiga kereta dan wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir berkata, Nursia, yang berasal dari Tawau, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, kemalangan 10.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu, kenderaan Nursia berpusing ke kiri jalan sebelum dirempuh sebuah kereta lain dari arah Kinabatangan, katanya ketika dihubungi.

Jaini berkat,a kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil, manakala jenazah Nursia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.





Mangsa simbah asid jadi model menawan


LONDON - Seorang model dan hos televisyen, Katie Piper berusia 27 tahun yang mengalami kecacatan muka akibat disimbah asid kini tampil menawan dalam sesi fotografi majalah Reveal, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.
Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.
"Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.
"Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.
Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.
Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.



.

William, Kate kahwin 2011

LONDON: Pewaris takhta Inggeris, Putera William dan kekasihnya, Kate Middleton sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tahun depan.
Clarence House, kediaman rasmi Putera Wales berkata, William melamar kekasihnya ketika mereka bercuti di Kenya bulan lalu dan selepas meminta keizinan bapa Kate untuk berkahwin dengan anak perempuannya.

Pasangan yang berusia 28 tahun itu menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Kate pernah digelar ‘Waity Katy’ kerana kesetiaannya menanti lamaran William tetapi kini penantian itu sudah berakhir. Pasangan berkenaan akan muncul di khalayak ramai hari ini apabila bakal puteri itu dijangka menunjukkan cincin pertunangan mereka selain sesi wawancara pertama yang akan berlangsung di televisyen.

Perkahwinan William dan Kate akan menjadi acara diraja paling besar sejak perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Majlis perkahwinan itu diharap dapat membantu meningkatkan ekonomi Britain yang kini berdepan dengan masalah.

Clarence House dalam kenyataannya semalam berkata: “Putera Wales amat gembira untuk mengumumkan pertunangan Putera William dan Catherine Middleton.

“Perkahwinan mereka akan berlangsung pada musim bunga atau musim panas tahun depan di London.

“Maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Putera William dan Catherine bertunang pada Oktober lalu ketika percutian peribadi mereka di Kenya.

“Putera William sudah memaklumkan kepada Ratu Elizabeth dan ahli keluarga terdekat lain.

“Beliau juga sudah meminta keizinan daripada bapa Catherine.

“Selepas berkahwin, pasangan itu akan tinggal di utara Wales, tempat Putera William akan terus berkhidmat dengan angkatan tentera udara diraja.” Jurucakap Istana Buckingham pula berkata: “Ratu Elizabeth dan suami, Putera Philips amat gembira dengan perkembangan perhubungan pasangan itu.”



.

Pemandu dipenjara, kontraktor ke tali gantung



Dua lelaki yang didapati bersalah mengedar dadah dalam dua kes berasingan mengalami nasib berbeza di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Salah seorang daripada mereka dikenakan hukuman mati manakala seorang lagi dibebaskan selepas saksi utama kesnya meninggal dunia.

Dalam kes pertama, seorang kontraktor, Fauzi Shafie dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengedar heroin seberat 124.08 gram tahun lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas dia didapati melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini kira-kira pukul 7.10 pagi pada 8 September tahun lalu.



.

Koma lima hari

JOHOR BAHRU: Tindakan berani seorang anggota bomba mengalihkan perhatian seekor ular tedung yang mengejar rakannya bertukar tragedi apabila dia tidak sedarkan diri lima hari akibat dipatuk haiwan berbisa itu.
Mohd Safa Mausor, 50, yang dipatuk ular ketika cuba menangkap reptilia itu di kuarters Syarikat Air Johor Holdings di Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, Khamis lalu, baru sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani dua pembedahan hujung minggu lalu.

Dalam kejadian jam 12.37 tengah hari itu, mangsa bersama rakannya, Nor Subory Md Esa, 40, ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan ada ular tedung dalam parit di luar kuarters.

Beberapa minit kemudian mereka mengesan lokasi haiwan berbisa itu bersembunyi dan membuat perancangan menangkapnya.

Menurut Subory, bagi memaksa ular itu keluar, dia dan Mohd Safa memasukkan belerang, air panas dan garam ke dalam saluran paip berkenaan.

“Beberapa minit kemudian kami melihat ekor reptilia , tanpa berlengah saya menjerut bahagian ekornya menggunakan alat khas.

“Bagaimanapun, tiba-tiba haiwan itu mengeluarkan kepala dari tempat persembunyiannya sambil beberapa kali menyambar ke arah saya menyebabkan saya terjatuh ketika mengelak.

“Pada masa sama haiwan itu dapat melepaskan diri dan mula mengejar saya. Risau berlaku perkara tidak diingini, Mohd Safa cuba mengalihkan perhatian ular berkenaan daripada terus meluru ke arah saya,” katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi, malam tadi.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, ular terbabit mematuk betis kanan Mohd Safa, namun ketika itu dia tidak berasa sakit atau menunjukkan tanda bisa sudah meresap ke dalam salur darahnya.

Selepas haiwan berbisa itu ditangkap, kedua-dua anggota terbabit singgah di Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk menjalani pemeriksaan di Jabatan Kecemasan.

“Dalam perjalanan pulang Mohd Safa tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit, malah memandu kereta pacuan empat roda yang kami naiki.

“Risau dengan keadaannya saya bertanya sama ada berasa kebas atau sakit, dia hanya menjawab kesan gigitan itu hanya luka biasa.

“Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan dia ditahan di wad untuk rawatan lanjut, tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri menyebabkan doktor mengambil keputusan memindahkannya ke HSI,” katanya.

Difahamkan, mangsa dimasukkan ke ICU hospital terbabit pada hari kejadian. Selepas menjalani pembedahan Ahad lalu, Mohd Safa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, anak Mohd Safa yang enggan dikenali berkata, mangsa juga menunjukkan perkembangan positif apabila sudah sedar, tetapi masih lemah.

“Walaupun sudah sedar dan membuka mata, ayah tidak bercakap berikutan keadaannya masih lemah, tetapi kami bersyukur kerana dia selamat.

“Doktor masih memantau perkembangan mangsa dan kini masih ditempatkan di wad ICU bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi.



.

Kucing hidup 13 hari di atas pokok kelapa

IBRAHIM menyerahkan 'Bong' kepada Zakri (kanan) selepas menyelamatkan kucing itu di Kangar semalam.
KANGAR – Seekor kucing betina yang masih hidup selepas 13 hari terperangkap di atas pokok kelapa setinggi 30 meter akhirnya diselamatkan oleh seorang pengutip buah kelapa di Kampung Alor Merus dekat sini semalam.

Sebelum ini, dua agensi penyelamat gagal menurunkan kucing putih yang diberi nama ‘Bong’ itu memandangkan tiada tangga yang dapat mencapai paras pokok setinggi bangunan sembilan tingkat itu.
Pemilik kucing, Zakri Mat, 36, berkata, ‘Bong’ cuba lari daripada arus deras banjir yang menenggelamkan kampung itu pada 3 November lalu dengan memanjat bumbung rumah.



.

Hidup baru selepas susut 112kg

Selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang disebabkan masalah obesiti, pelakon Syaniza Hisham kini sudah boleh bergaya dengan memandu kenderaan sendiri.

Syaniza yang lebih dikenali sebagai Syanie, 36, menjalani pembedahan pintasan perut di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini pada Mei tahun lalu sehingga berjaya menurunkan berat badannya daripada 240 kilogram (kg) kepada 128kg.

Bagi Syanie, keputusan menjalani pembedahan tersebut adalah tindakan yang memberi kesan paling besar dan cukup bermakna kepada hidupnya setakat ini.

“Dahulu saya selalu semput dan susah untuk bergerak malah kerap kurang tidur kerana oksigen tidak sampai ke otak.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat buat apa sahaja yang saya suka termasuk memandu kereta kesayangan saya,“ katanya.

Katanya, pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu bukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi menjadikan tubuhnya lebih sihat dan mengelak risiko penyakit yang selalu dikaitkan dengan obesiti.



.

Kerani bawa isteri orang mati ditikam

ZULFA dicari pihak polis bagi membantu siasatan pembunuhan teman lelakinya.

Seorang kerani sebuah pusat pengajian tinggi di sini yang koma selama dua hari akibat diserang dua lelaki meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Mangsa, Rashidi Mohd. Saman, 27, yang masih bujang dipercayai diserang ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar teman wanitanya, Zulfa Ismail atau Puteri, 20, yang tinggal di Padang Jawa pada pukul 10.17 malam, Ahad lalu.

Akibat serangan dua lelaki menggunakan pisau jenis celorek, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk di kepala, dagu dan belakang.

Keadaannya dilaporkan kritikal apabila lengan tangan kirinya hampir putus dan tali perutnya terburai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, polis tidak menolak kejadian bermotif dendam berikutan teman wanita mangsa yang berasal dari Malang, Indonesia merupakan isteri orang.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!