Thursday, November 18, 2010

4 maut dalam 2 nahas di Sarawak


KUCHING: Tiga maut apabila sebuah kereta pacuan empat roda bertembung dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Sri Aman-Sarikei di sini hari ini.

Mereka yang maut dalam kejadian 10.40 pagi itu dikenali sebagai Harry Kuhoe, 43, dari Serian, Wan Malik Wan Oya, 44, dan Abang Morni Abang Sepawi, 52.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Sri Aman, Insp Ahmod Fuad Mahmod, berkata semua mangsa mati di tempat kejadian setelah kereta yang dinaiki bertembung dan dihempap lori treler terbabit.

Katanya, ketika kejadian kereta pacuan empat roda yang dipandu Harry bersama dua pekerjanya itu dalam perjalanan dari Sri Aman ke Hospital Betong manakala treler berkenaan dari arah Sarikei.

"Kereta pacuan empat roda yang dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal lalu terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh lori treler datang dari arah bertentangan sebelum dihempap di bawah lori treler itu," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit tidak cedera.

Sementara itu, lebih kurang sejam sebelum kejadian itu sebuah kereta Toyota bertembung dengan bas ekspres di KM41 Jalan Sri Aman-Sarikei menyebabkan pemandu kereta itu maut dan rakannya cedera parah.
Billy Joe, 25, yang tersepit di bawah bas ekspres itu mati di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd Subrie Sulaiman, 25, yang parah dihantar ke Hospital Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Lubuk Antu, DSP Bidol Noyeng, berkata kejadian 9.45 pagi itu membabitkan kereta Toyota yang dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu manakala bas terbabit dari arah bertentangan.

"Pemandu bas dan kira-kira 30 penumpang bas ekspress yang dalam perjalanan dari Miri ke Kuching tidak cedera," katanya.

Kedua-dua nahas itu berlaku di selekoh dan dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan pada sebelah pagi.



.

Gambar Pernikahan Siti Sairah

Semua pasti dah baca entry lulu yang lepas mengenai Sairah, adik Dato Siti kita yang dah mendirikan rumahtangga... [KLIK SINI]

Selamat Pengantin baru lulu ucapkan..
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..


Jom kita saksikan gambar beliau..















.

Wanita paling rendah di dunia berasa gembira


ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman menyatakan perasaan gembiranya selepas dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.


"Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 sentimeter dan seberat 6.8 kilogram (kg).


Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki berkata, semasa di zaman kanak-kanak, dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya.


"Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.


Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun.
Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut.


Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti.



.

Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta


HOCKLEY, Britain - Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex, lapor sebuah akhbar semalam.


Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.

Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.


Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.

Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."


Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.

Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.


Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi.




.

Putera William beri cincin Puteri Diana kepada tunang


Pewaris kedua takhta Britain, Putera William, 28, memberikan sebentuk cincin berlian pertunangan milik ibunya, mendiang Puteri Diana kepada tunangnya, Kate Middleton sebelum pengumuman mereka akan berkahwin pada tahun depan didedahkan secara rasmi kelmarin.

Cincin berwarna biru itu diberikan kepada Diana oleh bapa William, Putera Charles yang merupakan pewaris pertama takhta Britain selepas Ratu Elizabeth II semasa mereka bertunang pada 1981.
Putera Charles dan Puteri Diana bercerai pada 1996.
Puteri Diana diceraikan semasa timbulnya dakwaan beliau curang dan dipinggirkan oleh keluarga diraja Britain.

Putera William yang baru menamatkan latihan dengan pasukan penyelamat tentera Udara Diraja Britain sebagai juruterbang merupakan anak sulung Putera Charles dan Puteri Diana.

Seorang lagi anak pasangan itu ialah Putera Henry.

Puteri Diana kemudiannya meninggal dunia pada 1997 dalam satu kemalangan kereta yang dinaiki bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed anak hartawan kelahiran Mesir, Mohamed Al-Fayed.
Cincin itu pada mulanya berharga £28,500 (RM141,822) tetapi kini ia dianggarkan bernilai £250,000 (RM1.24juta).

Pada sidang akhbar kelmarin bagi mengumumkan berita perkahwinan itu selepas mereka bertunang di Kenya pada bulan lalu, Putera William mengaku beliau berasa amat bimbang jika cincin pertunangan ibunya itu hilang.
Menurutnya, cincin itu disembunyikan ke dalam beg galas selama tiga minggu sebelum beliau melamar Middleton.


"Saya membawa cincin itu bersama saya yang berada di dalam beg galas saya selama tiga minggu.
"Ke mana sahaja saya pergi, saya terus menyimpannya kerana saya ketahui, jika benda ini hilang, saya akan berdepan dengan satu masalah yang besar," katanya.

Putera itu memberikan cincin tersebut kepada Middleton, 28, semasa dia melamar kekasihnya itu yang dikenalinya semasa mereka menuntut di Universiti St. Andrews, Scotland, lapan tahun lalu.
Namun, dalam sidang akhbar itu di Istana St. James's, London, Putera William tidak menyatakan sama ada beliau melutut di depan Middleton semasa membuat lamaran untuk berkahwin.

Middleton, 28, berkata: "Saya cuma melihatnya (cincin itu)."

Pasangan itu dijangka berkahwin pada musim panas tahun depan.
Middleton yang merupakan anak seorang jutawan berkata, menjadi anggota kerabat diraja Britain merupakan harapan yang menakutkan tetapi beliau akan menghadapinya dengan langkah berani.

"Namun, William merupakan seorang guru yang hebat, justeru saya berharap beliau akan membantu saya," katanya Middleton yang bekerja menguruskan perniagaan keluarganya.
Dalam sidang akhbar itu, Putera William berkata: "Kami berasa gembira dan saya berasa gembira kerana telah melakukannya (melamar Middleton)."

Middleton kemudian berkata: "Ia seperti satu langkah semula jadi buat kami berdua."
Putera William menyatakan bahawa Middleton amat istimewa buatnya menyebabkan adalah sesuatu yang baik untuk mereka bersama.

Middleton turut menceritakan bahawa suasana di sebuah hutam simpanan di Kenya yang menjadi tempat mereka bercutipada bulan lalu amat romantik dan ia dianggap suasana yang amat peribadi buat diri mereka.
"Jelasnya, kami berdua mempunyai masa yang menyeronokkan bersama, kedua-dua kami mempunyai ciri-ciri humor mengenai pelbagai perkara.


"Dia (Middleton) mempunyai tabiat yang menyebabkan kami ketawa dan saya selalu bergurau mengenainya," kata Putera William.



.

Chelsea berdepan krisis



Chelsea bakal berdepan krisis di posisi pertahanan selepas Alex disahkan mengalami kecederaan lutut kelmarin.

Selain Alex yang juga pemain pertahanan Brazil itu, skuad The Blues turut kehilangan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan termasuk John Terry yang mengalami kecederaan kaki.
Ketiadaan Alex dan Terry memberi kesan yang besar kepada Chelsea terutamanya selepas mereka tewas mengejut 0-3 kepada Sunderland pada aksi Liga Perdana England di gelanggang sendiri, Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberi kepercayaan kepada Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan itu.
Selepas perpindahan Ricardo Carvalho ke Real Madrid, Chelsea terpaksa meletakkan harapan kepada Ivanovic, Ferreira dan pemain remaja, Jeffrey Bruma untuk mengharungi baki saingan musim ini.

"Alex tidak akan beraksi untuk Brazil pada aksi persahabatan menentang Argentina minggu ini dan dia akan menjalani pembedahan lutut," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Pemain pertahanan itu terlepas aksi menentang Fulham dan Sunderland kerana kecederaan itu tetapi dia tetap menyertai skuad kebangsaan itu di Qatar awal pagi semalam.

"Merujuk pada diagnosis yang dilakukan pasukan perubatan Chelsea, doktor skuad kebangsaan Brazil bersetuju untuk melakukan pembedahan pada lutut kanannya.
"Pembedahan itu akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi dan dia dijangka akan berehat selama enam hingga lapan minggu."




.

Dirempuh treler dipandu laju ketika hujan


SLIM RIVER: Hujan lebat selain kenderaan dipandu laju dipercayai menjadi punca nahas ngeri yang mengorbankan Shaiful, isteri dan dua anak kembarnya serta mencederakan dua lagi anaknya dalam kejadian tengah malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Shaiful Fadzilah dirempuh dari belakang oleh sebuah treler menyebabkan kereta mangsa terlanggar sebuah lagi kereta di depan hingga remuk teruk menyebabkan semua mangsa tersepit.

“Kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan dipercayai, treler itu dipandu laju menyebabkan ia gagal berhenti ketika kenderaan lain bergerak perlahan di susur keluar ke persimpangan Slim River,” katanya.
Menurutnya, Shaiful Fadzilah, isterinya, Siti Suzana Mohd Noor, 33 dan anak mereka, Fitri 6, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Fikri, 6 maut ketika menjalani rawatan di Hospital Slim River.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!