Sunday, December 12, 2010

Which one's the baby?

Eheh..dah lama takde entry gambar..
Jom kita kongsi gambar berikut..
Whoaa...soo sweet....
Buat renungan bersama..
Sepatutnya...
Sepatutnya, tidak ada ibu bapa yang tidak sayangkan anak..


Obama berjaya henti merokok


WASHINGTON: Selepas berusaha sedaya-upaya selama 30 tahun, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya berjaya menghentikan tabiatnya yang suka merokok.

“Saya tidak lagi melihat beliau merokok sejak hampir sembilan bulan lalu,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs, ketika ditanya wartawan.

Obama sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka merokok walaupun hanya satu atau dua batang sehari. Isteri beliau, Michelle dan pasukan perubatan Rumah Putih berusaha berulang kali untuk menghentikan tabiat beliau.

Presiden itu dilaporkan mula berusaha bersungguh-sungguh menghentikan tabiatnya, selepas seorang pakar bedah mengemukakan laporan mengenai risiko yang terpaksa dihadapi perokok, sebagai sebahagian daripada kempen antimerokok yang dilaksanakan pentadbiran beliau.

“Tabiat merokok bukanlah sesuatu yang dibanggakan Obama. Ia sudah menjadi satu tabiat, walaupun beliau tahu perbuatan itu tidak baik. Malah beliau juga tidak mahu anaknya melihat beliau merokok. Beliau cuma merokok untuk mengurangkan tekanan.

“Bagaimanapun saya tahu beliau berusaha dengan gigih dan saya rasa beliau akan memberitahu semua orang bahawa beliau akan melakukannya,” katanya.





.

Mayat dipotong beberapa bahagian ditemui di Genting Highlands


BENTONG: Mayat seorang perempuan yang dipotong beberapa bahagian badannya ditemui di kawasan gaung berhampiran sebuah tokong Cina, Gohtong Jaya, Genting Highlands semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata beberapa anggota badan mayat itu ditemui orang awam di kawasan gaung di km2.3 Jalan Genting Highlands pada pukul 5 petang.

"Orang awam menemui kaki kiri dan tangan kanan dan melaporkannya kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata polis yang melancarkan gerakan mencari kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi kepala dan badan tanpa kedua-dua tangan dan kaki pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Beg itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat sebelah tangan dan sebelah kaki mangsa ditemui.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa ialah seorang remaja perempuan.
Mohamad Mansor berkata anggota bahagian kaki kanan dan tangan kiri belum ditemui dan polis kini meneruskan operasi mencari dua lagi anggota badan mangsa yang hilang itu.

"Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas," katanya.
Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat.
Orang awam yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan



.

80 tahun temui cinta di Facebook


WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.

Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.
Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.

"Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.


Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.

Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.

"Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.

"Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.
Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya.




.

Rendam mata palsu dua jam sekali


KOTA BHARU: "Setiap dua jam saya perlu mengeluarkan mata palsu yang dipakai untuk direndam menggunakan air panas bagi mengelakkan bahagian mata bernanah akibat peluh," luah mekanik, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 20.

Bekas pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa ini hilang mata kanannya selepas cedera dipercayai terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, tahun lalu.

Anak bongsu daripada 12 beradik itu berkata, dia perlu berbuat demikian seperti diarahkan doktor bagi mengelak sebarang masalah berlaku di bahagian matanya jika terdedah dengan peluh.
Meskipun pergerakan dan rutin harian terhad kerana perlu merendam mata palsunya dua jam sekali setiap kali memakainya, seperti remaja lain Muhammad Huzaifah masih tetap meluangkan masa bermain futsal bersama rakannya.

"Biasanya, saya hanya memakai mata palsu ini apabila mahu keluar rumah atau bekerja. Kalau di tempat kerja, biasanya saya akan berbuat demikian... Alhamdulillah majikan dan kawan memahami dan prihatin dengan keadaan saya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pelajar buta sebelah mata dipercayai terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV tahun lalu.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.
Mata kanan Muhammad Huzaifah gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejurus selepas kejadian.

Selain itu, Muhammad Huzaifah berkata, dia terpaksa membelanjakan RM100 hingga RM150 setiap bulan bagi membeli ubat khusus untuk penjagaan matanya.




.

Bapa pertaruh nyawa



KIULU: “Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas kakinya terhimpit pada sebatang kayu.” kata Henky Pinllan, 30, bapa kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki kiri.

Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh tanah runtuh.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Henky berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Sulpa Pinllan, 30, serta Tressa, Reski Sapputera, 5, dan Safirah, 1, sedang tidur.

“Ketika kejadian, saya terdengar bunyi yang kuat daripada luar dan tiba-tiba atap rumah kami runtuh dan saya menyelamatkan anak dan isteri saya.

“Dalam keadaan kelam kabut, saya hanya menemui isteri, Reski dan Safirah manakala Tressa tidak diketahui. Bagaimanapun, ketika hendak melangkah keluar, saya terdengar jeritan Tressa meminta tolong.

“Selepas itu, saya mendapati hampir sebahagian badannya sudah tertimbus dan kakinya tersepit pada sebatang kayu menyebabkan saya sukar untuk menariknya keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia berkata, ketika berusaha menyelamatkan ahli keluarga, nyawanya hampir melayang apabila satu daripada kayu menghempap kepalanya.

Henky tidak terfikir keadaan itu kerana dalam fikirannya, nyawa anak begitu penting.

“Saya sedih apabila Tressa menjerit supaya menyelamatkannya sambil meminta supaya tidak meninggalkannya bersendirian. Sudah beberapa kali saya cuba menariknya tapi gagal. Saya sempat menyuruhnya jangan bergerak kerana mahu mendapatkan bantuan orang ramai.

“Saya memanggil jiran untuk mendapat pertolongan bagi mengeluarkan Tressa yang tersepit dan tertimbus itu,” katanya.

Katanya, beberapa rakan turut membantu, namun gagal hinggalah seorang daripada mereka mengambil alat pemotong kayu untuk memotong kayu yang menghempap kaki anaknya itu.

“Selepas itu, barulah anak saya akhirnya berjaya dikeluarkan dan kemudian dibawa ke klinik Kiulu sebelum doktor menyuruh saya supaya merujuk ke Hospital Tuaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, semua mangsa terselamat kecuali seorang kanak-kanak mengalami patah kaki berhampiran buku lalinya dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran.

Menurutnya, keluarga Henky bernasib baik kerana mendapat bantuan penduduk kampung lalu menghubungi polis sebelum mangsa dikeluarkan.




.

Belum tercemar

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.




.

Solo itu bahagia


MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur.

Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani siang malam seorang Anuar Zain.

Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi bersendirian yang masuk mencelah.
"Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah ditentukan kepada saya.

"Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup membujang.
Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai.

"Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu.
"Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda, ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya.

Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011 mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia tidak meletak sebarang visi khusus.

"Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap tentang penambahan usia atau peralihan hidup.

"Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja, ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum diselesaikan.


Janji

Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran.
"Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi saya mahukan kelainan.

"Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap, awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu peminat setianya.

Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan membuahkan hasil.

Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar.

Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu.
"Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu semua penting untuk profil kerjaya saya.

Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar menambah:

"Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya," katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot Putrajaya, Khamis lalu.

"Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah, saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya.

"Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,' katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika sebelum ini.

Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar yakin terhadap strategi yang telah disusun.

Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat umumnya.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan.

"Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa. Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi secara melampau," katanya.

Cukuplah dihina atau diperlekehkan di laman sosial orang lain, untuk memiliki laman sosial peribadi satu perkara yang mustahil untuknya. Secara rasmi, Anuar cuma didaftarkan atas satu akaun Facebook Fan Page yang dikendalikan oleh pengurusannya.




.

Mereka bertemu jodoh di laman 'Si Buruk Rupa'


"Aku tahu Tom bukan Brad Pitt, tapi aku juga bukan Angelina Jolie."

Berbagai laman sosial bertebaran di internet. Ada laman yang hanya dianggotai wanita cantik dan lelaki tampan: BeautifulPeople.com. Ada pula laman dianggotai wanita dan lelaki yang dianggap kurang sempurna secara penampilan fizik: theuglybugball.com.

Boleh jadi, laman sosial theuglybugball.com sengaja dibuat untuk orang-orang yang ditolak dan tidak digemar di laman sosial BeautifulPeople.com.

Walau memiliki anggota dengan penampilan yang kurang menarik, jangan meremehkan The Ugly Bug Ball. Anggota laman ini sebenarnya berlumba-lumba menampilkan kecantikan hati dan peribadi masing-masing untuk memikat.
Laman ini menjadi popular setelah dua anggotanya, Tom Clifford dan Janine Walker, bertunang pada awal bulan lalu. Tom dan Janine yang menjalin hubungan asmara melalui laman ini sejak Agos, bercadang berkahwin akhir tahun ini di Stow-on-the-Wold, Gloucestershire.

Mereka begitu percaya diri dan saling memuji antara satu sama lain. "Dia cantik, aku mencintainya. Aku masih tidak percaya ini terjadi," kata Tom, seorang tukang karpet yang merasakan wajahnya sangat buruk sehingga membuat kanak-kanak menangis ketika melihatnya.



"Aku selalu menjadi bahan lawak ramai wanita selama bertahun-tahun. Aku selalu fikir bahawa aku terlalu buruk untuk menjadi pendamping wanita, tapi hidupku berubah ketika bertemu Janine," Tom menambah, seperti dipetik dari laman Telegraph.

Tom tertarik setelah melihat Janine di laman itu. Setelah  memberanikan diri, dia memulakan perkenalan dengan mengirim email.

"Dear Janine, aku melihat wajah cantikmu di The Ugly Bug Ball. Semoga kamu berkenan bertemu denganku. Tempat tinggalku tidak jauh dari rumahmu. Kuharap kamu menerima undangan pertemuan ini. Wajahku tak tampan, bahkan kanak-kanak selalu menangis ketika melihat wajahku," tulis Tom kepada Janine.

Bak bulan jatuh ke riba, Janine yang seorang pelayan kedai, memberikan respons positif setelah membaca email itu. "Aku tahu Tom bukan Brad Pitt, tapi aku juga bukan Angelina Jolie. Tetapi, putera sempurna di mataku adalah Tom. Dia tampan. Aku sangat senang bertemu dia, aku sangat mencintainya," kata Janine.

Sebagai pasangan pertama yang menemui jodoh di laman ini, pengurus The Ugly Bug Ball berniat memberikan hadiah bulan madu bagi Tom dan Janine. "Mereka adalah pasangan pertama yang menemui jodoh di laman sosial kami. Jelas kami gembira dengan kebahagiaan mereka. Kami berharap perkahwinan mereka sukses dan berkekalan," kata seorang jurucakap The Ugly Bug Ball.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!