Program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang bakal memulakan siarannya April depan akan menjadi program AF yang terakhir.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata keputusan menamatkan program itu dibuat kerana Astro mahu meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton mereka.
“Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan AF. Bagaimanapun keputusan untuk menamatkan program ini tidak ada kena mengena dengan kritikan yang sering dilemparkan serta rating yang semakin jatuh," kata Azlin ketika ditemui pada majlis sidang media di sini, semalam.
Mengenai desas desus mengatakan komposer dan penerbit terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa, bakal menjadi pengetua AF musim baru itu, Azlin enggan mengulas perkara berkenaan.
Bagi musim kesembilan ini, AF akan memperkenalkan uji bakat menerusi dalam talian bagi memudahkan peserta, memandangkan sesi uji bakat dijalankan di dua lokasi saja pada kali ini, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.
Peserta yang berminat bolehlah memuat naik klip video persembahan mereka di www.akademifantasia.com.my mulai hari ini.
Lapan juara yang dilahirkan menerusi program diperkenalkan sejak 2003 ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment