Tuesday, February 1, 2011

Angry: My car hit from behind and HE did not want to be responsible

Salam...selamat malam...
sepanjang hari cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan pun turun..
Pening, pastu asyik nak tidur jer..
Inilah masa nak bermalas-malasan..
ye tak? ngee...


Benda nak cerita ni, sebenarnya malas nak post dalam blog..
sebab sakit hati, huh tak usah nak cerita...
Geram sangat....



Kalau cerita pasal eksiden ni, bukan time perayaan jer...
bebila pun boleh juga berlaku..
Tak kerana kecuaian kita, kerana sikap kurang ajar orang lain..
huh....dengan cuaca hujan dan sejuk, hatiku dilanda panas yang amat sangat..


Dah, dia laju, pastu tak sempat nak brek,
so, langgar terus kebelakang kereta lulu..
And then, punyalah baik hati my B kan,
keluar tanya budak tu macam mana..
okey ke, tak...
Pastu tolong dia, papah bangun...


Untuk makluman, budak tu adalah pelajar tingkatan 5,
penunggang motorsikal dengan lesen L,
dan baru lepas hantar adik dia kat sekolah
berdekatan dengan tempat kejadian..
What the hell, lesen L bonceng orang..
Ok, takpe..
Minta contact penjaga dan detail semua...


Selang seminggu, penjaga dia dah mengaku tak boleh bayar
semua kerosakkan....(kemek, body tergaris and plat pecah)...
Memula mengaku kalau bawah rm300 nak byr..
Pastu bila dengar lebih, tak ada duit konon..

Hello, you dah langgar kereta org,
lepas tu boleh pula serah pada you, kalau takde duit, so, 
boleh terlepas dari nak ganti rugi eh...




Ok, tanya insuran dia..
Bodoh apa punya undang-undang...
Jika dilanggar oleh motorsikal, bas dan teksi...
Kita punya NCD yang hilang...
(sila alert) 
Mereka2 ni dilindungi tau..
(Bodoh punya undang2..tak adil untuk pengguna lain..)
Macam tulah bunyinya, lulu pun tak faham..
So, ok, tak boleh claim..
Kena claim pula kat insuran kereta sendiri,
yang mana NCD akan hilang...
whoaa tahun pertama jer dah 45% tau..
Rugi..rugi..
(yuhuu, me kereta baru tau..baru 4 bulan pakai..adesss)


Dipendekkan cerita, Orang yang malang disini adalah lulu,
dan lulu kena baiki kereta sendiri,
keluar duit ratus-ratus..tak tau lagi jumlah semua...
(sebab bonet kena ganti suggest by mekanik, cat balik yang garis..
plat pecah kena ganti dalam rm70 harga dia...)
sebab kalau claim insuran, pun kira lagi rugi banyak..
+ itu ini huh takut nak fikir jumlah semua..
Rasanya kalau diberi pilihan,
baik lulu buat contest, hadiahkan duit,
dari duit keluar buat kereta, atas kecuaian orang lain...
huh..


OW....susahnya eksiden kena langgar motorsikal ni yer...
Malangnya...poket semakin nipis..


Untuk budak sekolah tu..
(Tentulah dia tak baca blog ni kan...)
Lulu tak kenal awak...
and awak pun tak kenal lulu..
So, apa dosa lulu, sampai awak nak menyusahkan hidup lulu..
Lulu bukan orang kaya tau....
Sekurang-kurangnya, boleh tak awak dan keluarga awak minta maaf?
Bodoh! (geram betul) Nape tak mampus jer, dari menyusahkan orang?
Buat laporan polis pun tak boleh nak heret awak buat gantirugi eh...




Huh..Takpe...awak buat jahat dengan saya...
Biar Allah yang balas awak..
CASH kat dunia...MySpace



.

11 Penyokong CHELSEA:

H on January 31, 2011 at 9:52 PM said...

Patutnya, buat je report polis.. Susah la macam ni..

http://betul3salah.blogspot.com/

Ce'gu JAERA on January 31, 2011 at 9:55 PM said...

isshhhh... terkilan aku baca kisah Lulu ni ye.. Kalau aku lah kan time eksiden tu aku claim terus.. Aku push orang yang melanggar tu tak kira siapa pun dia... call polis on de spot runding di situ. Biar polis yang jadi saksi. Nak tunggu seminggu lagi macam ni la. macam2 songeh dan alasan org tu mau melarikan diri. Last2 kita yang pening kepala jadinya. rugi.. Buat Lulu, yang lalu biarkan berlalu. Semoga ianya jadi pengajaran kelak. Saya pun kena kes macam ni sebelum ni.. kali ini saya dah lebih bersedia..

aitotyati on January 31, 2011 at 10:02 PM said...

salam lulu,

fuh fuh kasi sejuk dgn lulu.
tkpe ni ujian.
kalau dia taknak bayar pun, percayalah yg hati dia tak tenteram punye.

jgn claim insurans nanti NCD hilang kite gak rugi.


sabar ye Lulu

Leyha on February 1, 2011 at 12:01 AM said...

Sabar sis . semoga budak itu sedar akan kesilapannya . huhuh

apdm on February 1, 2011 at 12:49 AM said...

salam pagi selasa =)

memang angry...heheh...mau je p ketok kepala dia..

Amy Wong on February 1, 2011 at 1:36 AM said...

relak2. sabor2

Dewi Batrishya on February 1, 2011 at 2:07 AM said...

Adui.. cian je...
xpa.. doa org teraniaya cpat je di kabulkn..
Doakn supaya cpat dpt duit. Murah rezki.. :)

Admin on February 1, 2011 at 8:15 AM said...

biasa la..org malaysia mmg macam tu...bwk kete or moto mcm gile tp bile dah aksiden x nk bayar..i pun dah kene mcm ni lulu

saya_arief on February 1, 2011 at 10:04 AM said...

huhu..dugaan sebagai seorang pemandu kereta.
:D

Makbed on February 1, 2011 at 11:54 AM said...

pape eksiden pun, especially kalau budak tu takde lesen, repot je polis dulu. kasi susahkan itu olang. ahhahaa.. sapa suruh dia susahkan kita kan?

bernas tak idea makbed?

fRaMe+LenSeS on June 2, 2011 at 3:11 PM said...

shian Lulu. sabo ye.. T.T

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!