Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu.
Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini.
Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu.
Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya.
"Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah.
P/S - Nekad dia bubuh tatto...Yakin menang musim ni ler tu.ekeke...
.
2 Penyokong CHELSEA:
Adoii..memang diehard fan la dia ni..
wa caya sama lu... Glory Glory MU..
Post a Comment