Sunday, January 30, 2011

Berita sudah 'basi' tapi, gambar tu lawa...sangat....Jom kongsi...


Ni berita semalam, sebab yang terkini hari ni, adalah men single final.. (Djokovic VS murray).
Tapi, kerana gambar Kim Clijsters yang pakai gaun putih tu benar-benar menarik perhatian..
lawanye...ekekeke..Biasanya tengok Clijsters berpakaian 'sukan' jer...

Kim Clijsters akhirnya memenangi mahkota Terbuka Australia pertamanya dan keempat kejuaraan major dalam karier selepas menumbangkan Li Na dari China 3-6, 6-3, 6-3 pada final Terbuka Australia, semalam.

Li kelihatan terganggu dengan gelagat sebahagian penonton China pada set ketiga sehingga meminta pengadil campur tangan, dan kemudian mengadu mengenai cahaya daripada kamera jurugambar.

“Saya akhirnya berasakan seperti anda boleh memanggil saya ‘Aussie Kim’ kerana saya memenangi kejohanan ini,” kata pemain Belgium itu pada majlis penyampaian trofi, merujuk kepada hubungannya sebelum ini dengan pemain nombor satu Australia, Lleyton Hewitt menyebabkan beliau diminati di Australia.

“Malah ketika saya ketinggalan, anda terus memberi sokongan kuat dan saya amat menghargainya.” Sambil melihat kepada Li pula, Clijsters berkata: “Saya fikir kita akan bertemu lagi dalam perlawanan yang mencabar, adalah menarik jika dalam beberapa lagi Grand Slam akhir.”

Pada set kedua selepas Clijsters mematahkan servis Li untuk mendahului 4-3, Li mengadu kepada pengadil Alison Lang daripada Britain dan berkata: “Bolehkan anda bagi tahu penonton China jangan ajar saya bagaimana untuk bermain tenis,” merujuk kepada beberapa penonton yang menjerit dalam bahasa China “habiskan dia,” dan “kalahkan dia,” dan kemudian “bertenang” yang mengganggunya.

Li juga mengeluarkan kata-kata kepada jurulatih dan suaminya, “berhenti daripada menjerit kepada saya.”



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!