Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan perkahwinan meskipun calon pengantin lelaki telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Seperti dipetik dari laman Telegraph, pasangan yang telah menjalin hubungan asmara selama enam tahun itu awalnya merancang berkahwin di sebuah balai kota di Perancis pada November 2008. Namun, George terkorban dalam sebuah kemalangan motorsikal, dua hari menjelang perkahwinannya.
Setahun berlalu, tapi Magali sukar mengikis rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan perkahwinan dengan gambar George di sebuah perkampungan di Dommary-Baroncourt, bahagian timur Perancis, pada November 2009.
Magali menggunakan kod sivil yang jarang diketahui orang awam untuk mendapat izin mengahwini seseorang yang telah meninggal. Dalam kod sivil disebutkan, perkahwinan dibolehkankan jika semua syarat formaliti perkahwinan, termasuk perancangan tarikh perkahwinan, telah selesai sebelum salah satu pasangan meninggal.
Magali berjaya memenuhi syarat itu. Dia membuktikan bahawa dirinya dan George telah hidup bersama sejak 2004. Mereka juga memiliki akaun bank bersama. Dia lalu memperlihatkan gambar gaun pengantin yang akan dikenakan sewaktu perkahwinan.
Dengan bukti-bukti yang cukup kuat, pejabat sivil tempatan akhirnya mengahwinkan Magali dengan pasangannya yang telah tiada. Pejabat Kementerian Dalam Negeri Perancis mengakui, ada 10 perkahwinan seperti ini berlangsung di Perancis setiap tahunnya.
.
5 Penyokong CHELSEA:
ala....sedih la plak....
wah! sampai mcm tu sekali..
biar betul...hebatnya cinta dia
teraharunya....ini la cinta sejati ye...walaupun dah meninggal masih jg nk kawen ye....
ni manusia yang tak dapat menerima kenyataan.. problem la mcm ni. hidup harus diteruskan, cinta datang dan pergi, nanti ada la yang baru datang tu hmmm....
Post a Comment