Monday, January 10, 2011

Kembali kurus


SEBELUM mengandung, catatan berat pengacara Aishah Sinclair adalah 55 kilogram (kg). Namun, selepas melahirkan anak, beratnya menjadi 70kg. Walaupun memahami fitrah perubahan biologi itu, dia mahu melakukan sesuatu.

Keadaan tersebut telah membuatkan isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz itu membuat keputusan untuk mendapatkan syor pakar demi melangsingkan badannya semula.

Katanya, usaha menguruskan berat badan bukanlah terletak pada semangat semata-mata.

"Selepas melahirkan anak, Soraya Ann pada bulan Ogos tahun lalu, saya sedar bukan mudah untuk menurunkan berat badan yang meningkat sepanjang tempoh hamil.

"Selepas berfikir, saya memerlukan bantuan pakar untuk menyelesaikan masalah itu supaya mendapat hasil yang berkesan dan sihat," katanya ketika diperkenalkan sebagai duta Marie France Bodyline (MFB) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru baru ini.

Tambah pemilik nama sebenar Aishah Jennifer Mohamed Sinclair itu, semasa mengandungkan Soraya dia tidak pernah berpantang soal makanan.

"Ketika mengandung dahulu, apa yang saya ingin makan saya akan makan walaupun ketika itu pada pukul dua pagi.

"Bagi saya, ketika mengandung kita boleh makan apa sahaja kerana ia umpama satu kemenangan selepas berjaya untuk hamil," jelasnya.

Ujar adik kepada pelakon Ashraff Sinclair itu lagi, selepas membuat kajian tempat untuk mendapatkan khidmat pakar, dia memilih Marie France Bodyline.

"Keputusan itu dibuat kerana bahagian badan saya yang bermasalah seperti perut dan paha. Saya mendapat tahu tentang teknologi pelangsingan badan terkini dan pendekatan yang sederhana dan realistik oleh MFB," tambahnya yang kini berusia 30 tahun.

Di MFB kata Aishah, dia menggunakan rawatan VS3 Radio Wave Body Perfector.

"VS3 Radio Wave Body Perfector adalah satu alatan yang tidak memerlukan pembedahan yang menggunakan teknologi Elos (Electro Optical Synergy) yang digunakan dalam perubatan pembedahan dan aestetik di seluruh dunia.

"Rawatan yang saya lalui sangat selesa dan saya berjaya memperolehi bentuk tubuh badan asal saya semula. Saya juga bertambah yakin memandangkan saya berasa lebih sihat," ujarnya.



Menurut Pengurus Besar Marie France Bodyline, Joanne Yeong, bukti klinikal telah menunjukkan bahawa rawatan tersebut adalah berkesan untuk selulit dan lemak untuk lelaki dan wanita.

"Dalam tempoh dua bulan setengah, berat badan Aishah telah menurun sebanyak 18kg berbanding berat badan asal.

"Dengan program pengurangan berat badan yang selamat dan semula jadi, kami berbangga dapat membantu begitu ramai wanita dan lelaki dalam usaha mereka menjadi lebih kurus sihat tahun demi tahun," katanya.

Tambahnya, Aishah adalah satu contoh terbaik dalam usaha mengembalikan bentuk dan berat badan ideal.



.

1 Penyokong CHELSEA:

s.y.a.r.q on January 10, 2011 at 12:23 PM said...

kalau byk duit boleh lah pg slimming centre..klu xdak duit..exercise yg terbahekkkkkkkkkkkkk

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!