Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi ditawarkan mengikuti pendidikan dengan pembiayaan penuh di Kolej Poly-Tech MARA pada sesi kemasukan Jun tahun depan.
Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya sedia membantu pelajar malang itu meneruskan pelajaran daripada peringkat sijil dalam bidang elektrikal hingga diploma sebagai jaminan masa depannya.
“Kami akan beri kebebasan kepada beliau untuk memilih bidang yang diminatinya. Tiada halangan.
“Saya harap tajaan pendidikan daripada kolej kami akan mengubah masa depan beliau dalam membina kehidupan baru,” katanya yang ditemui ketika melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO, turut menyumbangkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Sementara itu, Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.
Muhammad Hairuman berkata, segala kesakitan hilang sebaik beliau melihat kehadiran Amy.
“Terima kasih atas kasih sayang semua kepada saya. Ramai yang memberi pelbagai kata nasihat, pemberian sumbangan dan kehadiran Amy hari ini (semalam) sangat saya hargai,” katanya.
Beliau berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan perkara negatif walaupun terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).
“Saya mahu menyanyi lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu’ bersama Amy. Beliau sumber inspirasi saya,” katanya.
P/S - Alhamdulillah dengan semua bantuan, semoga mangsa dapat menjalani hidup dengan baik selepas ini.. Jom bantu adik Hairuman.. [KLIK SINI]
.
3 Penyokong CHELSEA:
alhamdulillah...saya baca gak dalam paper pagi tadi~ moga urusannya dipermudahkan... :)
alhamdulillah..
hikmah disebalik kemalangan yang berlaku..
Post a Comment