Friday, January 21, 2011

Dihempap batu besar


Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.

Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.
Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang.

“Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu.

“Rakan anak saya itu kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan. “Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang,” katanya. Menurutnya, anaknya kini dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan susulan.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

takut nya dengar.. x pasal je kan.. ni la dikatakan malang x berbau..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!