Sunday, January 9, 2011

Ditemui Mati Di Jalan Kuchai



Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan cedera di kepala dipercayai mangsa samun di lorong belakang sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 8 di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mayat Aik Sang, 32, yang berpakaian lengkap itu ditemui pemilik restoran berkenaan yang ingin membuka perniagaannya pada pukul 7.30 pagi.

"Polis menemui dompet yang mengandungi pengenalan diri, wang tunai RM15 serta sarung telefon bimbit dalam poket mangsa yang ditemui terbaring di belakang lorong itu.

"Punca kematian masih tidak dapat dipastikan namun kita percaya mangsa disamun kerana hanya sarung telefon bimbitnya yang ditemui," katanya.

Wan Abdul Bari berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 9, 2011 at 9:03 PM said...

salam kunjung bls...tq singgah my blog..best juga kat sini mcm2 info ada saya follow yer..:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!