KOTA TINGGI: Hajat sebuah keluarga untuk berkelah sebelum musim persekolahan bertukar tragedi apabila seorang pegawai tentera lemas bersama anaknya selepas dihanyutkan ombak besar ketika bersantai di Pantai Tanjung Balau di sini, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika Pegawai Waran II Norizal Tajudin yang berkhidmat dengan Briged ke-7 Artileri di Kem Mahkota Kluang, ketika cuba menyelamatkan anak sulungnya, Mohd Shyful Akmal, 11, yang tergelincir ke laut ketika duduk di batuan pantai itu. Kedua-duanya lemas dalam kejadian itu.
Sebelum kejadian itu, Norizal yang bersara tahun depan selepas berkhidmat 21 tahun, bersama isteri Hasnah Taib, 35, dan tiga anak mereka mengikut saudara mereka, Rosdi Poniran, 51, untuk menghantar anaknya kembali ke sebuah kolej dekat Bandar Penawar.
Rosdi berkata, selepas selesai menguruskan kemasukan anaknya ke kolej itu, mereka merancang untuk menziarahi seorang cucu saudara dekat FELDA Pasak, sebelum sepakat menuju ke arah Desaru untuk berehat sambil makan tengah hari.
“Dalam perjalanan itu, Norizal mencadangkan kami semua berkelah di Pantai Tanjung Balau. Selepas makan tengah hari, Shyful Akmal meminta izin bapanya untuk mandi tetapi tidak dibenarkan. Dia kemudiannya meminta izin untuk ke batuan sekitar pantai sambil menikmati pemandangannya.
“Bagaimanapun dia tergelincir ke dalam laut ketika hendak pulang sebaik dipanggil bapanya. Menyedari anaknya jatuh, Norizal bergegas cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan arus dan ombak besar,” katanya ketika ditemui, semalam.
Rosdi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu turut sama membantu dan berjaya mengeluarkan Noraizal kira-kira lima minit kemudian dan diberi bantuan kecemasan tetapi mangsa sudah meninggal dunia.
Orang ramai kemudian menemui mayat Shyful Akmal kira-kira 10 minit kemudian dengan kesan cedera di kepala dipercayai akibat terhantuk batu ketika dihanyutkan ombak.
Sementara itu, Hasnah berkata, suami dan anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara sebelum menempuh tragedi malang buat keluarganya.
Hasnah (berbaju oren) tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah suami dan anak lelakinya di Rumah Mayat Hospital Kota Tinggi, Johor |
“Cuma Akmal kelihatan begitu gembira melihat pakaian dan peralatan persekolahan yang lengkap dibeli arwah suami. Dia kelihatan tidak sabar hendak ke sekolah, malah sudah siap menulis namanya pada buku latihan dan meletakkan pakaian serta kelengkapan se-kolah di sebelah tempat tidurnya.
“Meskipun sedih dengan tragedi yang menimpa suami dan anak saya, namun saya terpaksa menerima dugaan ini sebagai takdir dan semoga roh mereka dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata mayat dua beranak itu dituntut keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Sri Impian, Kluang.
Selain Hasnah, Norizal turut meninggalkan dua anak iaitu Nor Shzril, 9 dan Nor Shazwan, 4 tahun. Jenazah dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan dekat Kluang sebelum solat Zuhur, semalam.
P/S- Sumber Berita harian..
.
3 Penyokong CHELSEA:
pilunya hati seorg ibu....
Briged ke-7 Artileri >>> 33 Artileri Diraja yang dibawah perintah pentadbiran Briged ke 7 Infantri.. wartawan tulis je, mankuk tol..
TQ untuk pembetulan...
baguslah awak ni..
tapi lagi bagus kalau tak pakai anonymous...
berani kerana benar...
huhu (SORRY)
Post a Comment