Satelit Geostationary Operational Environmental Satellite (GOES-13) milik Badan Antariksa Amerika Syarikat (NASA) mengabadikan gambar terakhir Amerika Utara dan Selatan di tahun 2010, ketika dunia menanti tahun baru 2011.
GOES-13 merakam keadaan Bumi dalam gambar penuh pada khamis 30 disember 2010. Gambar menakjubkan ini menunjukkan awan menutupi area bertekanan rendah di atas Midwestern, AS dan Rocky Mountains, Colorado.
Projek GOES NASA, yang berada di Pusat Luar Angkasa Goddard milik NASA, diwujudkan dengan cuaca yang tidak menentu yang terjadi sepanjang 2010 ini.
GOES-13 bertugas memonitor bahagian selatan AS, Samudera Atlantik, Teluk Mexico, dan caribean. Sementara, GOES-11 mengawasi keadaan cuaca di bahagian barat AS dan Samudra Pasifik Timur.
Pada 2010. Satelit GOES sibuk menyediakan gambar dan animasi sistem udara, termasuk keadaan yang menyebabkan salji, banjir, dan angin kencang.
Seperti diketahui, cuaca ekstrim melanda dunia di akhir 2010 ini. Salji menghentam Eropah dan Amerika Syarikat, bandar lumpuh, akibatnya sejumlah lapangan terbang membatalkan penerbangan.
Kejadian cuaca aneh terjadi di Australia. Sejumlah wilayah di Australia, seperti di New South Wales dan Victoria, umumnya menikmati musim panas di akhir tahun. Namun, yang terjadi hujan salji.
Hujan terus-menerus telah menenggelamkan setengah dari negara bahagian Queensland, Australia, 200.000 orang dipaksa untuk diselamatkan. Queensland di isytihar sebagai daerah bencana.
.
4 Penyokong CHELSEA:
info yg menarik...:D
mekasih...ngee..
selamat tahun baru..
heyya . i really love ur post :] thanks !
nice info,:D mudahan awak juga success didalam ape jua yang awak ceburi :D
Post a Comment