Tuesday, January 11, 2011

Kembali ke England..


David Beckham menjalani ujian kecergasan di Tottenham semalam, sebelum memulakan sesi latihan selama sebulan bersama kelab Liga Perdana England itu.

Walaupun perbincangan untuk beraksi secara pinjaman selama dua bulan dari Los Angeles Galaxy sudah berakhir, pemain tengah itu dan Spurs masih berharap perjanjian perpindahan pemain itu dapat dibincangkan semula.

Beckham akan menghabiskan masa berlatih bersama Spurs sehingga 10 Februari ini, dengan Galaxy menjangkakan bekas ketua pasukan kebangsaan England itu akan kembali ke kelab mereka untuk bersediaan aksi pembukaan Liga Bola Sepak Utama (MLS) menentang Seattle Sounders pada 15 Mac ini.

Selepas menjalani ujian kesihatan di padang latihan Tottenham di timur London, Beckham meninggalkan kelab itu dengan memakai baju kelab tersebut.

Beckham, 35, berharap untuk beraksi bersama Tottenham bagi mencerahkan peluangnya untuk disenaraikan ke dalam skuad England, setelah 115 kali mewakili pasukan kebangsaan.


Galaxy enggan membenarkan Beckham beraksi di Eropah ketika musim rehat MLS, kerana bimbang dia mungkin mengalami kecederaan.

Ini ekoran kecederaan pelipat lutut yang dialaminya ketika dipinjamkan di AC Milan Mac lalu, menyebabkan dia tidak dapat beraksi sehingga September.

Pihak pengurusan Beckham terus berharap perbincangan dengan Tottenham dan Galaxy dapat diperbaharui semula.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!