Showing posts with label BPL. Show all posts
Showing posts with label BPL. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Gambar sekitar kejayaan Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun


Gambar sekitar kejayaan Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun | Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menang 2-0 ke atas West Ham malam tadi sekali gus membuatkan pasukan di tangga kedua, Liverpool terpaksa berpuas hati dengan naib juara.


City yang dibimbing Manuel Pellegrini hanya memerlukan seri untuk menjulang kejuaraan musim ini, menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle yang bermain sembilan pemain.


Samir Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48. Di Anfield, suasana sunyi seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada babak pertama, tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana.


Pada hujung permainan, Newcastle terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas Shola Ameobi dan Paul Dummett dilayangkan kad merah oleh pengadil Phil Dowd. Dua lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menewaskan lawan masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok teratas liga.


Bagaimanapun, skuad Jose Mourinho itu ketinggalan satu gol di Cardiff sebelum menang 2-1 dan pasukan kendalian Arsene Wenger pula mudah mengenepikan cabaran Norwich City 2-0 di Carrow Road. Dengan keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum boleh mara ke peringkat kumpulan saingan tertinggi Eropah itu. City mengumpul 86 mata diikuti Liverpool (84), Chelsea (82) dan Arsenal (79).


Dalam aksi di Stadium Cardiff, jaringan babak kedua oleh Andre Schurrle dan Fernando Torres melegakan Mourinho yang sedikit goyah apabila pasukan di tangga terbawah liga, Cardiff mendahului pada minit ke-14 menerusi Craig Bellamy. Arsenal pula menunjukkan jalan keluar buat Norwich City selepas Aaron Ramsey dan Carl Jenkinson meledak jaringan untuk kemenangan 2-0. Tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.






.

Monday, March 17, 2014

BPL : [Gambar] Manchester United diaibkan di laman sendiri



BPL : Manchester United diaibkan di laman sendiri | Dua sepakan penalti ketua pasukan, Steven Gerrard membantu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas musuh tradisi, Manchester United semalam untuk memboleh­kan mereka te­rus menghambat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea. Gerrard menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di kedua-dua separuh masa perlawanan untuk membolehkan pasukan pelawat menguasai perlawanan dan jaringan ketiga melalui Luis Suarez melengkapkan kemenangan kedua Liverpool di Old Trafford dalam tempoh sepuluh tahun. Liverpool tidak berasa kekok memulakan perlawanan di gelanggang lawan apabila menguasai perlawanan dan dalam tempoh sepuluh minit pertama mereka telah dua kali membuat percubaan ke arah gol menerusi penyerang, Daniel Sturridge dan pertahanan kiri mereka, Glen Johnson namun kedua-dua­nya tidak menepati sasaran.

 Tersentak dengan percubaan tersebut, United bangkit untuk mencari gol pendahuluan namun percubaan Robin van Persie dari dalam petak penalti juga gagal menerjah gawang gol. Pada minit ke-27 pertahanan United sekali lagi diuji, kali ini menerusi percubaan pemain tengah pasukan pelawat, Joe Allen namun penjaga gol, David De Gea bersedia untuk menyelamatkan rembatan bintang Wales itu. Mimpi buruk mula melanda pasukan tuan rumah pada minit ke-32 apabila Rafael menampan bola de­ngan tangan ketika cuba mengawal Suarez di dalam kawasan gol dan pengadil perlawanan, Mark Clattenburg tidak teragak-agak memberi sepakan penalti yang mudah di­sempurnakan Gerrard, yang me­rembat ke sebelah kanan tatkala De Gea merebahkan badan ke sebelah kiri.


United cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-43 tetapi rembatan Wayne Rooney dari dalam petak penalti selepas menerima hantaran Rafael berjaya diselamatkan penjaga gol, Simon Mignolet. Tidak sampai seminit perlawanan separuh masa kedua bersambung Liverpool dihadiahkan satu lagi sepakan penalti apabila Phil Jones merempuh Allen dan Gerrard sekali lagi tidak mempersiakan peluang yang terhidang apabila me­rembat leret ke tempat yang sama dan kali ini gagal dijangkau De Gea walaupun dia sudah merebahkan badan ke arah yang tepat. Clattenburg menghadiahkan sepakan penalti ketiga buat Liverpool pada minit ke-76 kerana Nemanja Vidic menerjah Daniel Sturridge sehingga menyebabkan ketua pasukan United itu diperintah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua, namun Gerrard gagal menyempurnakan peluang untuk mencatat hatrik apabila sepakannya terkena tiang kiri gawang.

Kad merah yang diterima Vidic adalah kali keempat buatnya sepanjang bertemu Liverpool iaitu kali pertama pada September 2008 (Liver­pool 2 United 1), Mac 2009 (United 1 Liverpool 4), Oktober 2009 (Liverpool 2 United 0). Bagaimanapun, kegagalan sepakan penalti tersebut berjaya ditebus dengan gol ketiga Liverpool apabila Suarez berjaya melepasi perangkap ofsaid selepas menerima hantaran Sturridge dan tidak melepaskan peluang dengan merembat untuk menewaskan De Gea. - REUTERS





.

Tuesday, September 24, 2013

Apa kata pengurus Manchester United, David Moyes diatas kekalahan 1-4 dengan City


Apa kata pengurus Manchester United, David Moyes diatas kekalahan 1-4 dengan City | Pengurus Manchester United, David Moyes menyifatkan dia seolah-olah ‘dihina oleh pemain sendiri’ selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Manchester City, kelmarin dan meminta mereka segera bangkit meningkatkan prestasi. Tanpa kelibat Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha, ia jelas memberi aksi suram buat United sejak sepak mula dengan City yang mengawal perlawanan membuka jaringan menerusi Sergio Aguero dan Yaya Toure. Aguero dan Samir Nasri melengkapkan empat gol City dalam tempoh 50 minit perlawanan dan Wayne Rooney meledak gol tunggal menerusi sepakan percuma pada penghujung aksi, namun kemenangan itu belum cukup untuk menyamai kemenangan 6-1 City ke atas United pada 2011 di Old Trafford.


Tak pernah derita 

Moyes pernah menikmati rekod baik di Stadium Etihad ketika bersama Everton, menang empat daripada enam kunjungan terakhir dan skuadnya menampilkan aksi lebih baik walaupun pemain tidak begitu berkualiti berbanding lawan. “Saya pernah berada di sini bersama Everton banyak kali dan rasanya saya tidak pernah menderita seperti ini,” Ditanya reaksi yang dijangka akan berlaku di bilik persalinan, di padang latihan atau perlawanan akan datang, Moyes berkata: “Semuanya, saya meminta pemain supaya lebih berhati-hati. “Tetapi, jika ditanya kumpulan pemain mana yang paling saya harapkan, tentunya pemain Manchester United. Bagaimana mereka meningkat (bersama Alex Ferguson). Mereka bangkit, dan itulah yang kami lakukan di sini. Setiap pengurus mempunyai hari yang teruk, saya tidak terkecuali,”


Tabik Rooney 


Mengenai ketiadaan van Persie, Moyes berkata, kecederaan pemain Belanda itu tidak begitu teruk dan mungkin akan diturunkan menentang Liverpool dalam Piala Liga, esok. “Sangat ketara, kami perlukan van Persie, ia satu kehilangan besar. Tetapi Rooney adalah pemain terbaik di padang. Dia tidak sepatutnya berada dalam pasukan yang kalah,” kata pengurus kelahiran Scotland itu. Sementara itu, Pengurus City, Manuel Pellegrini yang tidak menjangkakan kemenangan besar itu berkata, “Kami tidak berharap menang 4-1 menentang Manchester United. Tetapi paling penting adalah cara kami bermain dan begitu gembira dengan pasukan ini. Ini akan beri keyakinan kepada kami.” - AFP





.

Sunday, June 23, 2013

Inilah 2 pemain baru untuk Manchester United



Inilah 2 pemain baru untuk Manchester United | KAPTEN skuad bawah 21 Sepanyol, Thiago Alcantara dikatakan bersetuju secara lisan untuk menyarung jersi Manchester United, musim depan. Bahkan laporan turut menyatakan bahawa United bersetuju membayar RM84 juta untuk mendapatkan khidmat Thaigo dengan gaji berjumlah RM24 juta setahun. Sementara itu, Isco semakin hampir menyatakan persetujuan untuk mewakili Manchester City. Dia yang turut menjadi rebutan Real Madrid, berkemungkinan besar menerima tawaran berkenaan untuk bersama bekas jurulatihnya, Manuel Pellegrini yang kini mengemudi City. -AP





.

Tuesday, April 23, 2013

Manchester United juara buat kali ke 20 (Gambar)


Manchester United menjulang semula mahkota Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20 selepas menewaskan Aston Villa 3-0 hasil jaringan hatrik Robin van Persie awal pagi ini.


Skuad bimbingan Alex Ferguson hanya memerlukan tiga mata untuk bergelar juara selepas pesaing terdekatnya Manchester City tumbang 1-3 kepada Tottenham Hotspur, Sabtu lalu, sekali gus menutup peluang penyandang juara itu untuk mempertahankan gelarannya. - AP






 P/S - Tahniah Menyu



.

Monday, February 18, 2013

Inilah jersey baru Manchester City musim depan


Adakah anda seorang peminat The Citizen? Belum sah rasanya jika anda belum memiliki jersey Manchester City untuk musim depan. Kebetulan, jersey tersebut sudah bocor di internet, meskipun belum secara rasmi didedahkan. Musim depan Manchester City akan mengenakan jersey Nike setelah beberapa musim mengenakan Umbro.


Jersey tersebut memang belum didedahkan. Untuk musim depan, Manchester City menanggalkan warna hitam seperti yang mereka kenakan musim ini. Warna dasar yang mendominasi masih sama, iaitu biru langit. -Mirror







.

Monday, December 10, 2012

Apa kata Roberto Mancini dengan kekalahan City terhadap Manchester United?


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini, mengaku kecewa dengan persembahan Mario Balotelli dalam perlawanan city menentang Manchester United di Etihad, yang berakhir dengan kekalahan. Mancini juga mengutarakan kekesalannya terhadap sikap Carlos Tevez yang tidak membantu bahagian pertahanan untuk menghalang gol Robin van Persie di akhir perlawanan. Kekesalan pengurus kepada Balotelli nampaknya sudah memuncak. Walaupun diberi peluang untuk tampil sebagai starter, Balotelli masih tidak menunjukkan persembahan terbaiknya. Lalu dia dikeluarkan lima minit setelah babak kedua bermula.

Mancini juga menyuarakan ketidaksenangannya terhadap aksi Tevez yang tidak membantu membuat tembok pertahanan ketika United dihadiahkan tendangan percuma diakhir perlawanan. Sedangkan tendangan percuma itu adalah akibat pelanggaran yang dilakukan oleh Tevez. -US






P/S - nak buat macam mana kan dah nak kalah..






.

Saturday, November 24, 2012

Pengurus pasukan QPR, Mark Hughes dipecat!


Queens Park Rangers (QPR) memecat pengurus pasukan Mark Hughes, hari ini dan berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Harry Redknapp bagi mengendalikan skuad tercorot Liga Perdana Inggeris itu. Hughes menjadi pengurus kedua Liga Perdana dipecat dalam minggu ini iaitu selepas pengurus Chelsea Roberto Di Matteo yang turut mengalami nasib yang sama, Rabu lalu. Di bawah kendalian Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 permainan dan hanya mengutip empat mata. "Mark menunjukkan integriti dan sikap profesional, tetapi lembaga pengarah tidak mempunyai banyak pilihan untuk melakukan perubahan demi kelab ini," kata QPR dalam kenyataan di sini hari ini. - AGENSI






.

Wednesday, November 14, 2012

Kenapa Balotelli duduk bangku simpanan ketika Manchester City menentang Tottenham?


MARIO Balotelli dilaporkan bakal dipecat gara-gara berparti, 12 jam sebelum pertembungan menentang Tottenham Hotspurs Ahad lalu. Penyerang Manchester City itu dilihat mengunjungi sebuah restoran sebelum berhibur di sebuah bar. Akibatnya, Balotelli, 22, digugurkan daripada senarai pemain dan sekadar menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton. Insiden terbaru itu menjadi alasan kukuh buat Roberto Mancini membawa masuk penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao Januari depan.




 P/S - WHY ALWAYS ME? :p






.

Friday, September 7, 2012

Kisah paling menarik buat peminat Manchester United?


USAIN Bolt, peminat fanatik Manchester United (MU) telah ditawarkan untuk bermain di kelab itu sekali gus memenuhi impian zaman kanak-kanaknya. Lelaki terpantas dunia, Bolt sering menyatakan hasrat menerusi Twitter untuk bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL). Bolt mahu pemain MU Rio Ferdinand melakukan satu ujian untuknya di Old Trafford. Bolt telah menyaksikan perlawanan MU menentang Fullham. Dia telah pergi ke padang untuk menunjuk-nunjuk pingat emas Olimpiknya kepada ribuan penonton. Pengurus MU, Sir Alex Ferguson telah membayangkan Bolt sememangnya boleh beraksi bersama kelab gergasi itu.

"Dia merupakan peminat fanatik United, namun lebih menarik sekiranya dia menyertai permainan amal," kata Ferguson. "Ini mungkin perancangan tahun depan, apabila sekali lagi kita menurunkan pemain-pemain legenda Real Madrid. Ketika itu, kita boleh melihat prestasi dia ketika itu," katanya lagi. Ferguson yang merupakan peminat Bolt telah menyifatkan persembahan beliau di Olimpik London bulan lalu sebagai "luar biasa."







.

Wednesday, July 4, 2012

Selamat Datang Andre Villas Boas



Andre Villas-Boas telah diberi peluang kedua untuk berjaya dalam Barclays Premier League. Sportsmail mendedahkan, dia telah dinamakan sebagai pengurus baru Tottenham dengan kontrak selama tiga tahun. Tetapi pelantikan berusia 34 tahun hanya empat bulan selepas pemecatannya oleh Chelsea menarik kritikan dari bekas bos Spurs, Glenn Hoddle.

Villas-Boas di London semalam untuk melengkapkan perjanjian menjadi pengganti Harry Redknapp itu, dengan kepercayaan bahawa dia akan memperbaiki reputasinya yang tercemar selepas rekod buruk dan perselisihan fahamnya dengan pemain senior di Stamford Bridge.




P/S - Good luck AVB






.

Thursday, May 24, 2012

Queens Park Rangers (QPR) ke Sabah


Bukan skuad kebangsaan dan ibu negara Kuala Lumpur, sebaliknya kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) memilih Sabah sebagai lawan mereka untuk aksi persahabatan pra-musim di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 18 Julai ini. Ia adalah sebahagian daripada siri jelajah pra-musim QPR ke Asia dengan skuad kendalian Mark Hughes itu turut akan bertemu pasukan Pilihan Liga Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, 14 Julai ini.

Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes ternyata individu paling gembira apabila berjaya membawa pasukan kelabnya itu tampil beraksi di Malaysia buat kali pertama. “Kami cukup seronok dan bangga dapat membawa QPR berkunjung ke Asia untuk siri jelajah pra-musim kali ini. “Penyokong di Asia meminati QPR sejak kami terbabit dengan kelab ini dan kami gembira dapat memberi peluang kepada mereka menyaksikan pasukan buat pertama kali.

“Sepanjang pengetahuan saya, belum ada kelab melakukan jelajah pra-musim ke Sabah. Ini sebagai tanda ingatan kami kepada semua yang membantu AirAsia bertapak di sana dengan membawakan QPR ke Sabah,” kata Tony di laman web rasmi kelab itu, semalam.





.

Wednesday, May 16, 2012

Carlos Tevez buat hal lagi..


Manchester United menerima permintaan maaf Manchester City atas tindakan tidak terpuji Carlos Tevez ketika perayaan gelaran Premier League. Pihak MU memuji sikap The Citizens yang segera mengutarakan minta maaf. Tevez menodai perayaan gelaran Premier League ManCity. Striker internasional Argentina itu tertangkap kamera memegang sepanduk bertulisan "RIP Fergie" di tengah-tengah perayaan pasukan di atas bus terbuka.

Tevez, yang keluar dari MU ke ManCity pada 2009, diyakini mendapatkan sepanduk itu dari fans The Citizens. Atas tindakan tersebut, ManCity kemudian mengutarakan permintaan maaf terbuka kepada MU dan Sir Alex Ferguson. Pihak MU, melalui CEO David Gill, menerima permintaan maaf tersebut. Gill memuji sikap ManCity yang segera meminta maaf melalui laman rasmi mereka. "Saya fikir sudah tepat. Kelab bertindak sangat cepat.  Saya fikir tindakan itu bodoh, tapi ManCity bertindak sangat tepat. Kami memandang masa depan dan tumpuan ke isu lain," ujar Gill kepada Sky Sports News HD.

Tevez sendiri telah memohon maaf dan mengaku terbawa-bawa kepada perayaan. Sedangkan Presiden Asosiasi Bolasepak Inggris (FA), David Bernstein, menegaskan pihaknya akan menyelidiki kejadian tersebut. "Saya melihatnya sebagai tindakan bodoh. Saya tidak tahu semua fakta, dan saya akan menyerahkan masalah ini kepada orang-orang di FA, yang akan melihatnya secara profesional," ujar Bernstein.




.

Tuesday, May 15, 2012

Inilah harinya bila Manchester City bertukar menjadi biru (entri banyak gambar)


Ribuan peminat Manchester City gembira dan meraikan kemenangan dengan berkumpul di jalan raya yang menyaksikan sebuah bas dengan semua pemain melalui sepanjang jalan.


Bas dengan pemain-pemain Manchester City itu mempamerkan trofi Liga Premier yang baru dimenangi mereka ahad lepas.


Mereka diraikan dengan tepuk tangan dan sorak-sorai memekakkan telinga dari para peminat dengan ratusan bendera biru berkibar ditiup angin.


Pengurus, Roberto Mancini dan kapten, Vincent Kompany muncul dengan membawa trofi kemenangan dan disambut dengan sorak terbesar.



Kompany kepada fans: 'Saya ingin mengucapkan terima kasih, anda sangat menakjubkan.' Mancini menambah, "Saya fikir anda harus bangga dengan para pemain. Mereka melakukan semuanya untuk anda. Mereka menang kejuaraan untuk anda.'






.

Monday, May 14, 2012

Juara Liga Perdana Inggeris


Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris semalam dalam perlawanan terakhir musim 2012 yang penuh dramatik. City meledakkan dua gol dalam masa kecederaan ketika bangkit mengalahkan Queens Park Rangers 3-2, sekali gus menjulang gelaran liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun. Manchester United yang turut melakar kemenangan 1-0 di Sunderland bagi menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands. "Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini.


Arsenal pula menamatkan saingan pada tangga ketiga selepas mengetepikan West Bromwich Albion 3-2, sementara pasukan yang berada dalam zon penyingkiran, Bolton Wanderers menjadi kelab terakhir jatuh ke divisyen dua selepas sekadar seri 2-2 dengan Stoke City. Tottenham Hotspur pula mengalahkan Fulham 2-0 dan kekal berada di tempat keempat dalam carta liga yang sekali gus menjamin tempat mereka ke Liga Juara-Juara. - AFP





 P/S - Kalau chelsea menang Juara liga, automatik akan layak ke juara liga musim depan. Tahniah City, takziah MU ;) Game yang sangat dramatik okeh




.

Thursday, April 26, 2012

Giliran Manchester City datang ke Malaysia


Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini. Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues.

"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC. "Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam. Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka. "Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya. Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita. "Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya. Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti. - BERNAMA






.

Tuesday, April 10, 2012

Arsenal bakal datang lagi ke Kuala Lumpur


Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal mengesahkan akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 24 Julai ini. Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear berkata, perlawanan tersebut dijadual dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pukul 9.45 malam sempena siri jelajah pra-musim kelab itu.

“Kami tidak mahu melakukan kesilapan seperti sebelum ini, iaitu hampir 12 tahun tidak datang ke Malaysia untuk siri jelajah pra-musim sehinggalah kami melakukannya tahun lepas dengan sambutan yang begitu hangat.

“Sambutan yang luar biasa membuatkan kami ingin kembali semula ke negara ini, penyokong di sini menyambut kami dengan penuh keghairahan,” katanya di sini hari ini.

Bagi pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pertemuan dengan Arsenal adalah peluang yang tidak harus dilepaskan di mana mereka memerlukan perlawanan berkualiti bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini.

“Saya mahu membariskan barisan terbaik termasuk menimbang untuk meminta pelepasan daripada Pelita Jaya FC bagi menggunakan khidmat Safee Sali sebagai penyerang utama skuad kebangsaan,” katanya.

Selain ke sini, skuad bimbingan Arsene Wenger itu juga akan menentang seterusnya di EPL, Manchester City di Beijing, China sebelum melayan kelab Kitchee FC di Hong Kong. - UTUSAN






.

Monday, February 13, 2012

Suarez Akhirnya Minta Maaf


Pemain Liverpool, Luis Suarez akhirnya meminta maaf atas tindakan tidak bersalam dengan Patrice Evra sebelum perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford, 11 Februari 2012 yang lalu.
Suarez tidak menyambut huluran tangan Evra kerana masih marah terhadap lelaki yang telah menyebabkannya diheret kes rasis dan harus menjalani hukuman gantung 8 perlawanan itu.

Namun, selepas pertandingan, Suarez menyedari tindakan tersebut salah. Dia lalu meminta maaf. "Saya berbual dengan pengurus sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar, telah melakukan kesalahan," luah Suarez dipetik dari The Sun, 12 Februari 2012.

"Saya telah membuat kesalahan dan saya menyesal dengan apa yang terjadi. Seharusnya saya menjabat tangan dengan Evra sebelum perlawanan dan saya ingin meminta maaf atas tindakan saya," ujarnya.
Mulai sekarang Suarez ingin melupakan kejadian itu dengan harapan dapat lebih menumpukan perhatian bermain bersama Liverpool dalam mengharungi sisa musim perlawanan."Saya ingin melupakan seluruh masalah ini dan menumpukan perhatian untuk bermain," ungkap Suarez.

Sebelumnya, tindakan Suarez itu mendapat kecaman dari pelbagai pihak, terutama MU. Bahkan, pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson menyebut sikap Suarez sangat memalukan sehingga dia tidak layak lagi untuk bermain bersama Liverpool.

"Dia (Suarez) sangat memalukan bagi Liverpool. Pemain seperti itu tidak layak lagi bermain bersama Liverpool," kata Ferguson.




.

Saturday, February 4, 2012

City yakin mampu julang piala EPL


Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany menegaskan pasukannya mempunyai kekuatan mental untuk memenangi gelaran Juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi tempoh beberapa minggu, City menduduki tangga teratas liga namun dipintas Manchester United selepas hanya memenangi tiga daripada enam perlawanan terakhir mereka.

City dan United berkongsi mata namun City kekal berada di atas liga kerana perbezaan jaringan.
Sementara itu, pemerhati merasakan City berpeluang memberikan tekanan ke atas jiran mereka kerana United diramalkan bakal berdepan aksi sukar menentang pasukan keempat EPL, Chelsea Ahad ini dan City berpeluang mendahului tiga mata sekiranya mampu menundukkan Fulham Sabtu ini.









.

Monday, December 19, 2011

Liverpool catat rekod..


Kenny Dalglish mengharapkan nasib akan menyebelahi Liverpool yang kini mencatatkan rekod sebagai pasukan dengan cubaan paling banyak terkena tiang dan palang gol, iaitu 17 kali dalam 16 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Terbaru, Luis Suarez dinafikan gol oleh palang dan tiang gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa malam tadi.

“Kami boleh mengatasi masalah ini jika kami dapat membuang beberapa inci ketebalan tiang itu,"  kata pengurus Liverpool itu secara bergurau.
Kenny berkata: "Kami akan terus mencuba kerana apabila anda mencuba lagi maka anda akan lebih bernasib baik."









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!