Monday, January 3, 2011

Kereta Ferrari Ku Rosak


Kereta Ferrari yang berharga £140,000 (RM674,102) rosak semasa pelakon Hugh Grant dalam perjalanan untuk bermain golf, lapor sebuah akhbar semalam.

Grant, 50, terpaksa menerima pelawaan seorang pemilik sebuah pub yang mengajaknya menaiki van Volkswagen Kombi berusia 15 tahun untuk ke kelab gol tersebut.

Semasa kejadian, pelakon filem Notting Hill itu memandu di sebatang jalan raya dekat Sandwich di Kent.
Namun, kereta sportnya itu mengalami masalah enjin di laluan pandu laju menyebabkan dia cuba mengundurkan keretanya ke tepi jalan.

Beberapa buah kereta yang berada di belakang Ferrari itu terpaksa dipandu ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada Grant mengundurkan kereta.


Pelakon itu terpaksa menumpang van pemilik pub tersebut kerana trak penunda mengambil masa selama beberapa jam untuk tiba di tempat kejadian selepas dia menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Kereta sport itu tiba-tiba kehilangan kuasa menyebabkan ia tidak boleh bergerak ke depan.
Pemilik pub itu, Paul McMullan berkata: "Sejumlah pemandu kereta memperlahankan kereta untuk melihat kereta eksotik Grant. Mereka berasa terkejut melihat seorang pelakon berdiri di tepi jalan."
Grant membeli Ferrari itu pada Ogos lalu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Syafiq Rosli on January 3, 2011 at 5:44 PM said...

fuh terbaik la kereta dia..tpi syang rosak plak..hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!