PENERBIT syarikat A. Aida Productions Sdn. Bhd. tetap akan meneruskan hasrat menyaman pelakon utama drama terbitannya, Halimah Jongang, Sheera Iskandar. Biarpun mengetahui tindakannya itu pasti mengundang kesan untuk jangka masa panjang, tetapi A. Aida muktamad dengan keputusannya.
‘‘Belum pernah saya berjumpa dengan artis yang kurang ajar dan buat tindakan tak guna otak macam dia. Melanggar kontrak dengan menerima tawaran berlakon filem lain sehingga terganggu kesinambungan drama Halimah Jongang yang sepatut menjadi keutamaanya.
‘‘Saya terpaksa menanggung kesan atas kelakuannya itu. Saya rombak skrip keseluruhan drama dan cari props sesuai untuk wataknya itu terutama rambut palsu.
‘‘Saya tak faham mengapa dia tergamak memotong rambut pendek untuk filem tersebut, sedangkan dia tahu siri Halimah Jongang memerlukan banyak babak penggayaan rambut,’’ katanya penuh emosi pada pertemuan Rabu lalu.
Penerbit drama Fatimah Juling dan Dolah Hapak ini juga tidak berpuas hati dengan tindakan Sheera yang mencacatkan keseluruhan drama dengan memakai rambut palsu termasuk sebelum tidur.
Perubahan watak tersebut boleh dilihat di kaca televisyen bermula dari episod 27 hingga 39 yang dijangka disiarkan minggu depan.
Wanita ini menjelaskan bahawa watak Halimah Jongang itu sentiasa berwarna-warni terutama di bahagian rambut dengan mengemukakan fesyen tocang dua atau ikat rambut tinggi yang dipelbagaikan pada setiap siri drama.
Bila ditanya adakah tindakannya itu dilakukan atas dasar emosi, pantas anak kelahiran Besut, Terengganu ini menafikan.
‘‘Saya tidak main-main dalam isu ini. Saya mahu dia terima pengajaran atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, mahu pelakon di luar sana belajar kesilapan yang dilakukan Sheera agar tidak berulang lagi.
‘‘Sebab itu, saya meminta peguam dari syarikat guaman Zulkifli Yong Azmi & Co untuk membuat satu notis pemecahan kontrak dan tuntutan ganti rugi kepada Sheera.
‘‘Saya mahu Sheera membayar semula segala masa, kos dan tekanan saya alami sepanjang kelakuan dia itu. Sheera telah mengingkari terma perjanjian dengan membintangi filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. iaitu Aku Bukan Tomboy tanpa pengetahuan saya.
‘‘Sebelum ini dia pernah melanggar perjanjian pada siri drama Halimah Jongang siri pertama dahulu. Dia ambil tawaran berlakon dengan Sabree Fadzil di Langkawi. Saya terpaksa tangguh penggambaran seminggu tetapi kali ini saya tidak sanggup lagi,’’ katanya menyingkap cerita lama.
Ditanya bilakah dia akan menyerahkan notis berkenaan kepada Sheera, Aida memberitahu dia akan berbuat demikian dalam tempoh dua minggu lagi.
‘‘Notis tuntutan sudah lama siap dibuat tetapi disebabkan orang Astro mahu saya tangguh niat saya dulu, saya akur. Namun, notis ini tetap akan disampaikan kepada Sheera.
‘‘Saya betul-betul ikhlas dan serius untuk membawa dia ke puncak kemasyhuran. Bagi dia banyak projek berlakon sama di bawah produksi saya seperti telefilem Ku Ingin Di sampingmu, Aku Bukan Mama dan Amarah. Biar orang kenal siapa dia sebenarnya dengan memberi watak berat dan diingati iaitu Halimah Jongang.
‘‘Soal bayaran juga saya tidak pernah berkira. Untuk Sheera, saya pastikan dia mendapat bayaran berpatutan. Malangnya, dia pula yang buat hal dan tabur pasir pada periuk nasi sendiri. Itu yang membuatkan saya cukup kecewa dengannya,’’ katanya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
OOPSSSS alaaaa... tak tau nak cakap apa
berani eh dia wat cm tu..
ni sheera yg kena.. silap2 produksi yg kene smn oleh golongan cam hlimah.. baru same2 adil :)
Post a Comment