Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia. Ini adalah kerana, dia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya.
Seperti dipetik dari laman Telegraph, nama Vassilyev tercatat di The Guinness Book of World Records, sebagai wanita paling subur di dunia. Dia adalah isteri seorang petani Rusia, yang hidup di tahun 1707–1782.
Vassilyev menjalani 27 proses persalinan secara normal untuk melahirkan 69 anak. Dia menjalani 16 kali proses kelahiran kembar dua, 7 kali persalinan kembar tiga, dan 4 kali melahirkan anak kembar empat.
Pada 1983, muzium rekod dunia mengumumkan nama Leontina Espinoza sebagai wanita tersubur di dunia di masa itu. Wanita yang berasal dari Chile itu dikhabarkan memiliki 58 anak dari rahimnya. Namun, belakangan khabar itu ternyata palsu.
Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis setelah kematian Espinoza, mendedahkan bahawa wanita itu ternyata hanya memiliki 16 anak dari rahimnya. Dia membuat kenyataan palsu demi mendapatkan bantuan dari kerajaan Chile.
Kerana kes Espinoza, ramai yang kemudiannya sangsi kebenaran kisah Vassilyev.
Selain dari kebenaran kisah Vassilyev, masih ada Livia Ionce. Di usianya yang ke-44 pada pertengahan 2008, dia melahirkan anak yang ke-18. Kelahiran bayi itu membuatkannya memiliki 10 anak gadis dan 8 anak lelaki. Anaknya tidak ada yang kembar, jadi bererti Ionce telah menjalani 18 kali bersalin dalam keadaan prima.
.
2 Penyokong CHELSEA:
banyaknye anak>>...!!!!
amboiiii..byk anak ni larat ke nak ngadap?
Post a Comment