Thursday, January 27, 2011

Dihukum kerana jersi..


Penyerang Barcelona, Lionel Messi dikenakan hukuman denda dan kad kelmarin kerana mendedikasikan satu jaringan gol kepada ibunya sempena hari jadi.

Selepas menjaringkan penalti ketika kemenangan 3-0 ke atas Racing Santander Sabtu lalu, penyerang Argentina itu menyelak jersi dipakainya di depan kamera televisyen untuk mendedahkan baju-T yang dipakainya yang memaparkan perkataan “Selamat Hari Jadi, Mama!”

Pemenang terbaru anugerah “Ballon d’Or” itu tidak dilayangkan kad oleh pengadil ketika perlawanan tetapi aksi itu dimuatkan dalam laporan perlawanan oleh pengadil.

Messi dikenakan hukuman mengikut artikel 91.1 jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol berhubung meraikan jaringan gol.

Messi mungkin dikenakan hukuman denda antara 2,000 euro hingga 3,000 euro (AS$2,736-AS$4,105) serta akan menerima hukuman kad kuning.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Cikbintang on January 27, 2011 at 2:04 PM said...

slh ke die nk dedicated jrngn kt his mom =_= so pity

Lalala on January 27, 2011 at 6:16 PM said...

la bagi kat mak dy je..eishhhh teruk tol kena saman pulak

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!