Friday, January 28, 2011

Masuk longkang dan sondol pokok..


“Saya terkejut mendengar satu dentuman kuat hingga terjaga daripada tidur. Sejurus bergegas keluar dari rumah, saya terkejut melihat h lori simen terhumban ke dalam longkang, manakala kereta Kancil terbabas akibat pelanggaran itu,” kata Mohd Shahnizan Mustapa, 21, saksi kejadian kemalangan di Kilometer 5, Jalan Putra, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu kereta itu, Syamzuri Salim, 32, mati di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh lori berkenaan sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pokok.

Berikutan itu, lebih 500 penduduk Taman Zapin terputus bekalan elektrik lebih 10 jam apabila dua tiang elektrik di taman berkenaan turut dirempuh lori simen terbabit.
Bagaimanapun, pemandu lori terbabit, Abdul Basir Abdul Malek, 42, bersama isteri dan seorang anak lelakinya bernasib baik kerana tidak cedera walaupun lori dipandunya tercampak ke dalam longkang dan mengalami kerosakan teruk.

Mohd Shahnizan berkata, akibat pelanggaran itu pemandu lori terbabit naik berang lalu keluar dari lori untuk memarahi pemandu kereta berkenaan kerana dikatakan menjadi punca kemalangan dengan memasuki lorong arah bertentangan.

“Namun, apabila teguran pemandu lori itu tidak dijawab, dia mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa lalu membuka pintu kereta terbabit dan terkejut melihat mangsa sudah meninggal dunia dengan mengalami pendarahan yang banyak, selain perut dan pahanya terburai.

“Sewaktu mengeluarkan anak dan isteri mangsa, kami mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan lemah dan terkapai-kapai untuk keluar daripada lori,” katanya.

Beliau berkata, dia bersama tiga lagi rakannya yang menginap di sebuah rumah di bengkel paip tempat kerjanya turut menyelamatkan anak dan isteri pemandu lori yang tersepit dalam lori terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 5.30 pagi oleh anggota bomba daripada Balai Alor Setar untuk bedah siasat.

Dalam kejadian itu, pemandu lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Chuping, Perlis ke Alor Setar manakala pemandu kereta difahamkan daripada Taman Desa Anggerik, Jalan Perak untuk ke rumah neneknya di Kubang Rotan.

Sementara itu, pemandu lori bersama anak dan isterinya dibawa ke Balai Trafik Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan pihaknya masih menyiasat punca kemalangan.


.

1 Penyokong CHELSEA:

emarieys on January 28, 2011 at 9:14 AM said...

Al-Fatihah..

malang tidak menduga...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!