Wednesday, January 19, 2011

Maut Terkena Renjatan Elektrik


Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba membaiki peralatan elektrik dipercayai set karaoke di rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar di sini petang Selasa.

Kejadian yang menimpa Mohamad Shamir Sahid Abdullah, 26, disedari bapanya, Sahid Abdullah Ismail, 62, yang kebetulan naik untuk menjenguk mangsa di bilik anaknya di tingkat atas.

"Selepas makan tengah hari pakcik nampak dia naik bilik...pukul 3.30 petang saya naik ke biliknya dan mendapati dia terbaring atas katil dalam keadaan tidak bernyawa lagi," kata Sahid Abdullah kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini pada Rabu.

Anak kedua daripada lima beradik itu baru sahaja ditukarkan ke TNB Mergong sejak enam bulan lalu setelah berkhidmat di TNB Shah Alam selama empat tahun dan sedang cuti sakit selama dua hari pada Isnin dan Selasa.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Jalan Datuk Kumbar dekat sini kira-kira 11 pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Baharom Ali mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

"Terdapat beberapa kesan lecur pada bahagian tangan dan badan mangsa akibat renjatan elektrik," katanya.


P/S - Gambar sekadar hiasan..



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!