Monday, January 17, 2011

Mengaku Buta IT

 Aktres Meriam Bellina mengakui dia buta teknologi maklumat (IT) kerana tidak mempunyai akaun facebook ataupun Twitter seperti kebanyakan artis Indonesia lain.
“Saya memang ketinggalan dari segi teknologi maklumat. Biasanya saya hanya menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada anak saya. Komputer riba pula digunakan untuk bermain permainan komputer saja. Malah, permainannya pun tidak banyak,” ujar Meriam ketika ditemui di Tanah Abang, baru-baru ini.

Meriam artis ternama Indonesia pada era 80-an juga mengakui tidak memiliki walaupun satu akaun jaringan sosial. Menurutnya, sekiranya ada akaun yang menggunakan namanya sekalipun, itu pasti perbuatan orang tidak dikenalinya kerana dia sendiri memang tidak pernah mempunyai akaun sedemikian. Memang ada akaun menggunakan sama saya tetapi itu palsu. Saya tidak tahu siapa yang melakukannya. Saya langsung tidak tahu bagaimana mahu mengakses facebook. Begitu juga dengan Twitter,” tambahnya.
“Ada rakan yang menyuruh saya menyenaraikan mereka dalam akaun facebook saya tetapi saya jadi bingung kerana tidak memahami apa yang mereka katakan,” jelasnya lagi.


P/S - Lagi berita mengenainya [KLIK SINI]


.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on January 17, 2011 at 9:51 AM said...

akak pun buta IT juga ni.. he..he..

Unknown on January 17, 2011 at 10:01 AM said...

adoi...x berkembang langsung!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!