Friday, January 14, 2011

Nak kahwin dengan pemain tennis?


Aktress undang Shahrukh Khan, Salman ke majlis perkahwinan

MUMBAI: Selepas Shahrukh Khan mengejutkan peminat seluruh dunia dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Salman Khan dan pereka tari terkenal Farah Khan melalui bual bicara di televisyen kelmarin, aktres Lara Dutta, dilaporkan menjadi orang pertama mengundang kedua-dua aktor ternama Bollywood itu hadir ke majlis perkahwinan beliau.

Lara Dutta yang bakal berkahwin dengan bintang tenis India, Mahesh Bhupathi, di Goa pada 19 Februari ini, dilaporkan sudah menghantar kad undangan perkahwinan beliau kepada rakan dan saudara mara termasuk dua pelakon yang dikatakan tidak bertegur sapa itu.

Salman dan Shahrukh sebelum ini dikatakan tidak boleh bersemuka dan mereka akan cuba mengelak daripada menghadiri majlis sama.

Bagaimanapun undangan daripada Lara itu dijangka sukar dielak berikutan aktres berkenaan amat rapat dengan kedua-dua aktor itu.

Salman dan Shahrukh mula mengelak antara satu sama lain selepas bergaduh ketika menghadiri majlis hari jadi pelakon Katrina Kaif pada 2008.

Shahrukh membuat permohonan maaf terbuka kepada Salman ketika muncul dalam rancangan Koffee With Karan, baru-baru ini. Shahrukh mengakui kesilapan itu berpunca daripada dirinya.
Bagaimanapun, ia belum cukup untuk melembutkan hati Salman yang menganggap permohonan maaf aktor terbabit sebagai tidak jujur.

Penggiat seni Bollywood kini menanti untuk melihat keadaan kedua-dua pelakon terbabit yang akan bersemuka pada majlis perkahwinan Lara-Mahesh. Segelintir penggiat seni bagaimanapun meramalkan salah seorang daripada mereka tidak akan hadir ke majlis itu.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ish ish ish.. comel je gado2 ni.... hehehe

APi on January 14, 2011 at 7:45 PM said...

lara dutta dah nak kawen ke..
adehh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!