Hasrat sepasang suami-isteri membawa bayi mereka pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina nyaris tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 431.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, tiga beranak terbabit bernasib baik apabila kereta dinaiki tidak terhumban ke dalam sungai meskipun separuh kenderaan itu tergantung pada ketinggian 10 meter dari tebing.
Mangsa, Chang Weng Keong, 37, bersama isteri, Chern Ser Hwee, 30, dan bayi mereka berusia dua bulan hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan keluar hospital setelah mendapatkan rawatan.
Weng Keong yang mengusahakan perniagaan membuat plastik di Ipoh, Perak, dalam perjalanan membawa keluarganya pulang menyambut Tahun Baru Cina ke rumah keluarga isterinya di Muar, Johor.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, setibanya di tempat kejadian iaitu selepas susur Bukit Beruntung ke arah Rawang, kereta dipandu Weng Keong hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum memasuki longkang.
"Kenderaan itu kemudian merempuh tebing dan tiang papan tanda iklan sebelum terbabas ke tebing sungai sehingga hampir terhumban ke dalamnya," katanya.
Beliau berkata, rempuhan kuat menyebabkan papan tanda iklan di situ roboh sehingga menarik perhatian pemandu lain yang melalui lebuh raya berkenaan.
Menurutnya, tiga beranak itu juga bernasib baik kerana semasa kemalangan, kebetulan ada kereta polis turut melalui tempat kejadian untuk membuat pemantauan Ops Sikap Ke-23.
Katanya, anggota polis bersama orang ramai segera membantu mangsa keluar dari kereta dan menghantar mereka mendapatkan rawatan di hospital.
.
1 Penyokong CHELSEA:
asik kemalangan je.. aduii3
Post a Comment