Sunday, January 30, 2011

Permintaan di tolak..


Hasrat yang disuarakan Fernando Torres untuk berhijrah ke kelab lain telah ditolak oleh Liverpool.

Kelmarin, Torres yang juga merupakan penyerang antarabangsa Sepanyol telah menyerahkan sepucuk surat kepada pihak pengurusan The Reds memohon pertimbangan agar melepaskannya untuk berhijrah ke kelab lain.

"Torres ada menghantar sepucuk surat kepada pihak pengurusan Liverpool malam tadi (kelmarin) untuk meminta dilepaskan.

"Namun, pihak pengurusan telah sebulat suara menolak permintaannya itu.

"Torres telah menandatangani kontrak untuk tempoh jangka masa panjang bersama Liverpool dan disebabkan itu pihak pengurusan kelab merasakan yang dia perlu menghormati perjanjian tersebut," jelas satu kenyataan dalam laman web rasmi Liverpool.

Torres, 26, dilaporkan masih mempunyai baki kontrak sehingga 2013 dan sekiranya ada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, mereka perlu membayar yuran perpindahan sebanyak £50 juta (RM242.227 juta).

Terdahulu, Chelsea telah pun mengemukakan tawaran bagi membawa masuk Torres ke Stamford Bridge.

Begitupun, tawaran tersebut juga telah ditolak oleh Liverpool disebabkan skuad The Blues hanya mampu untuk membayar sebanyak £40 juta (RM193.782 juta) sahaja.

Sementara itu, Liverpool turut mengesahkan bahawa kelab tersebut telah mencapai persetujuan dengan kelab Belanda, Ajax Amsterdam bagi membawa masuk bintang Uruguay, David Suarez.

Difahamkan, The Reds akan membayar yuran perpindahan sebanyak £22.8 juta (RM110.456 juta) kepada Ajax sekiranya pemain tersebut lulus ujian kesihatan dan menyatakan persetujuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.



.

1 Penyokong CHELSEA:

lunaticg on January 30, 2011 at 9:17 AM said...

Salam.
Rasanya tak habis lagi cerita ni kot? Dorang nak offer £60 juta plak.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!