Pengarah filem Osman Ali menolak khabar angin mengatakan seorang pelakonnya hangus terbakar sewaktu melakonkan satu adegan aksi menerusi filem arahannya, Bara Jiwa, Selasa.
Osman berkata, pelakon yang dimaksudkan, Rafie Hussein, 24, hanya mengalami kecederaan iaitu melecur di tangan, badan serta hidung akibat kegagalan mengagak tempoh masa untuk menyelamatkan diri ketika aksi kebakaran sebuah gerai dalam filem tersebut.
"Memang salah seorang pelakon saya melecur akibat terkena tempias api tapi bukanlah sampai terbakar satu badan seperti yang dihebohkan.
"Kejadian itu memang benar-benar mengejutkan semua krew termasuklah pelakon-pelakon yang berada di lokasi tersebut. Kalau nak diikutkan, kami telah berlatih banyak kali sebelum merakam babak tersebut.
"Apa-apa pun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ia di luar jangkaan masing-masing," katanya.
Tambah Osman, penggambaran Bara Jiwa direhatkan sehari untuk meredakan kegusaran yang dialami oleh krew dan pelakon-pelakon lain.
Bagaimanapun, dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap agar perkara itu tidak akan berulang lagi.
"Babak kebakaran merupakan babak aksi pertama dalam filem ini dan mungkin perkara ini sebagai amaran untuk pihak saya dan krew untuk lebih berhati-hati pada babak aksi seterusnya di mana kami ada 20 hari lagi untuk menghabiskan penggambaran ini.
"Alhamdulillah, keadaannya stabil dan sekarang ini dia sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pihak kami akan menangguhkan babak lakonannya sehingga dia benar-benar pulih. Kami juga akan membiayai kos rawatannya kerana ia di bawah tanggungjawab pihak kami.
"Saya harap, kenyataan ini dapat menjelaskan situasi sebenar yang dialami oleh Rafie," jelas Osman.
Sebelum ini, khabar angin mengatakan Rafie hangus terbakar ketika melakukan adegan kebakaran pada penggambaran filem Bara Jiwa.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz dan Bront Palare.
Osman akan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan hal sebenar kejadian yang berlaku pada Rafie pada malam Rabu (malam ini) di pejabatnya, di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.
.

4 Penyokong CHELSEA:
nsib baik la xjd ape2 kan..
uiksss tajuk..ingtkn betol2 mati td..melecur pon sakittt tuuuu
kesiannya..
kt twitter fizz fairuz pown ade gtau gak..
die kt hosp r tp..
Post a Comment