Seperti yang dilakukan Dauveed. Lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat ini nekad melakukan perkahwinan dengan sebuah patung wanita cantik. Dia mengelar patung yang biasa digunakan untuk memakai baju di kedai itu sebagai Clara.
Perkahwinan itu berlangsung pada Jun 2009. Ketika itu, Dauveed sengaja mengundang sejumlah media masa untuk menyaksikan perkahwinan kontroversi itu. Upacara perkahwinan itu bahkan sempat di siarkan di YouTube.
Selepas perkahwinan itu, Dauveed mengelilingi Hollywood sambil membawa 'isterinya'. Itu dilakukannya untuk membuktikan bahawa perkahwinan itu serius. Tidak dapat dipastikan samaada perkahwinan itu memang dilandasi rasa cinta atau tidak, yang pasti aksi Dauveed membuatkan ramai orang ternganga.
Seperti dipetik dari laman Telegraph, perkahwinan kontroversi dengan benda mati juga dilakukan Eija-Riitta. Wanita 54 tahun ini nekad mengahwini tembok Berlin. Bahkan setelah berkahwin dia menukar nama kepada Berliner-Mauer sebagai nama keluarganya. Dalam bahasa Jerman, Berliner-Mauer ertinya Tembok Berlin.
Atas aksi gila itu, Eija-Riitta didiagnosis menderita objectum-sexuality, yakni gangguan kejiwaan yang membuatnya merasa cinta, tertarik, berghairah, dan berkomitmen terhadap objek mati. Wanita berasal dari Sweden ini mengaku jatuh cinta dengan Tembok Berlin sejak masih kanak-kanak, ketika menyaksikannya melalui tv.
"Saya menemui struktur yang panjang, ramping dengan garis horisontal yang seksi. 'Suami' saya sangat seksi," kata wanita yang mengahwini Tembok Berlin pada 1979. "Tembok Besar China juga menarik, tapi terlalu tebal, lebih seksi 'suami' saya."
Eija-Riitta menangis ketika tembok yang dibangunkan Soviet pada 1961 untuk menghentikan eksodus dari wilayah Berlin timur ke barat itu diruntuhkan pada 1989. "Mereka membunuh suami saya, sungguh mengerikan," ujarnya.
Lulu : Dah tengok ni? [NO1] [NO2] [NO3]
.
4 Penyokong CHELSEA:
salam
macam macam dunia skrang ni :)
jangan orang Malaysia sudah la..nak glemer a tuh
ah dah takde keje ke?...huhu
erkk.. pelik2 lah..
ada jugak org macam tu.. thanx follow saya..
follow blog ni juga.. byk gosip2.. haha!!
banner tu kalo berminat boleh tempah kat ayeemayam.com :)
macam-macam
Post a Comment