Thursday, January 13, 2011

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR


Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya.


P/S - gambar sekadar hiasan jer eh..


.

3 Penyokong CHELSEA:

apdm on January 13, 2011 at 7:53 PM said...

selamat malam,,

bagus lah kena saman,
yang depe duk p berhenti tengok kemalangan yang akhirnya menyebabkan kesesakan lalu lintas tu siapa suruh..hhuhu...hanya pendapat peribadi.

karl on January 13, 2011 at 8:16 PM said...

dah jadi tabiat org malaysia, susah nak ubah ni ish..

Ce'gu JAERA on January 13, 2011 at 10:14 PM said...

JKJR ni asyik2 dengan akta sana sini...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!