Selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, akhirnya mangsa tikam 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, disahkan meninggal dunia pukul 8.34 pagi tadi.
Jenazah Nur Ashikin akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi hari ini.
Dalam kejadian 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid oleh seorang lelaki berusia 42 tahun kerana dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh mangsa selain perasaan cemburu.
Nur Ain yang mengandung lima bulan turut kehilangan anak dalam kandungannya kesan daripada tikaman tersebut.
Suspek, Habin Sulaiman, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Isnin lalu kemudian dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Nur Ain.
.
2 Penyokong CHELSEA:
hah, apa lagi. tukar le ke hukum gantung! Inalillah....
selamat petang
kadang kadang takut gak fikir bila kita menolak ramai sangat cinta lelaki, semoga dijauhkan dari semua ini :D
Post a Comment