Tuesday, February 8, 2011

Bila bergelar pensyarah sambilan..


Pengarah filem, Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Yusry KRU tidak terfikir untuk mencari calon isteri di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, apabila bergelar pensyarah sambilan di universiti itu.

Yusry mengakui walaupun pada dasarnya dia akan menjadi perhatian kerana kedudukannya sebagai seorang selebriti tetapi tumpuan utamanya ialah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar.
“Saya tidak terfikir pun soal itu. Yang penting para pelajar akan dapat ilmu daripada apa yang hendak saya ajar,” katanya.

Yusry akan mula mengajar di UiTM, Shah Alam, secara sambilan bermula Jumaat ini untuk kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi untuk pelajar ijazah sarjana muda animasi tahun akhir semester 6 di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.

Kata Yusry, dia juga tidak pernah terfikir untuk bergelar pensyarah sebaliknya pengalaman sebagai tenaga pengajar untuk pekerja produksi di bawah KRU Studios akan digunakan sebaik mungkin dalam memberi didikan kepada pelajar kursus berkenaan.
Bagaimanapun, adik kepada penerbit filem Norman Abdul Halim ini tidak berani untuk menjawat jawatan tersebut secara kontrak kerana bimbang terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih melakukan kerja-kerja produksi dan menghasilkan filem baru. Kuliah di UiTM hanya mengambil masa tiga jam dalam seminggu. Saya tidak sabar untuk memulakan tugasan baru ini,” ujarnya yang baru tampil dengan single terbaru berjudul Ganas.

Dalam perkembangan lain, Yusry juga bakal muncul dengan filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan di pawagam mulai 10 Mac ini.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Nurdiyana Yaccob on February 8, 2011 at 11:38 AM said...

student boleh ke nak tumpu perhatian nnt nih...heheheh

Unknown on February 8, 2011 at 12:50 PM said...

tbe2 nk jd student yusri !

the triplets on February 8, 2011 at 3:45 PM said...

mesti semangat giler student nak belajar nih....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!