Seorang wanita mendakwa ubat yang dimakan selepas menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada 16 Januari lalu menjadi punca tubuh badannya mengelupas termasuk sukar membuka mata.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cempaka dekat sini semalam, wanita malang itu, Normah Husin, 47, tidak henti-henti menggaru kulitnya.
"Saya tak boleh buka mata malah mulut pun sudah membengkak selain gatal satu badan sehingga kelihatan seperti sisik ikan.
"Perubahan ini berlaku selepas saya memakan beberapa jenis ubat yang diberi pihak HRPZ II tempoh hari selepas menjalani rawatan hemodialisis," katanya.
Menurut Normah, ekoran penyakit barunya itu, suaminya, Dzulkifli Rofeen, 52, telah membawanya semula ke hospital berkenaan untuk diperiksa dan dia dimasukkan ke wad kecemasan pada 25 Januari.
"Pakar kulit HPRZ II menyuruh saya berhenti serta-merta mengambil ubat-ubat yang dibekalkan sebelum ini.
"Doktor tersebut kata, salah satu daripada ubat yang dibekalkan itu mungkin bukan untuk saya atau dalam erti kata lain, HPRZ II tersalah beri ubat," katanya.
.
7 Penyokong CHELSEA:
huish. kesian mak cik nih. T_T
eeeuwwwwwwwwwwwww....tak pasal2..kes dulu lagi trok terbagipesakit yang darah ader HIV
haritu kawan kami lelah dapat ubat gastrik..lagi canggih..
lulu kene tag kat sini
24+1 = aku
kena berhati hati..
Jemput ke:ALL IN ONE
Kesian MakCik niey .. >.< Elok2 tak sakiet sangat , teros sakiet giler !
hospital teruk! haishh xpasal2 dy kna. kesian dy. npe dy xsaman je hospital tu eh...
Astagfirullahalazim. Nape la bleh jadi camni. Smoga mkcik ni dpt pulih spt sedia kala
Post a Comment