Thursday, February 3, 2011

Guna taktik pikat jutawan


Seorang jurujual dari Britain, Kim Perez sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menceritakan pengalamannya yang berjaya mengahwini seorang jutawan dari Amerika Syarikat (AS) kepada media, wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi untuk hidup mewah.

Bagi merealisasikan impiannya, Perez memberitahu, dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan diri agar kelihatan lebih kemas dan anggun malah, dia turut membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual.

Semua itu dilakukan oleh Perez semata-mata untuk menggoda jutawan untuk dijadikan suami.
Perez sanggup untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah.


Dia juga meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri.

Perez mengenali jutawan berkenaan menerusi sebuah laman web khusus yang mempertemukan warga AS dengan Britain dengan tujuan untuk mencari jodoh.
"Dia (David) menjadi sasaran saya bukan sahaja kerana dia tampan tetapi apa yang lebih penting, dia memiliki banyak wang," katanya.

Usaha tekun wanita itu membuahkan hasil selepas David terpikat dengannya ketika pertemuan pertama mereka di New York, AS.
Perez berkahwin dengan jutawan tersebut di Florida, AS pada Ogos tahun lalu dan dia kini hidup mewah sebagai isteri seorang jutawan.


Sebelum berkahwin dengan jutawan itu, dia berkahwin dengan seorang mekanik, Steven, selepas menamatkan persekolahan.
Semasa berumur 20 tahun, wanita itu sudah melahirkan anak perempuan sebelum dia bercerai dengan suami pertamanya.



.

6 Penyokong CHELSEA:

QASEEH HATIKU QASEEH on February 3, 2011 at 6:06 PM said...

pelik tapi benar..
mmg ada pompuan sanggup mebgorbankan apa shj demi $$$..tp mmg itu la lumrah kehidupan sana sini memerlukan $$$...sebagai pompuan bersifat mata $$$ adalah perlu...tp teda la spt pompuan d atas..kerna dgn cinta shj ia teda bole mmebuat kita kenyang..teda bole membayar bil air bil api..jd sekurang2 nya cari la yg bole menjamin kehidupan kita seadanya..klu byk $$$ ia adalah takdir yg tlh d tentu kan...tp jgn plk demi $$$..sanggup melanggar arus kehidupan insan yg mulia...opsssss...sori terlebih sudah..

Nora Shahaira on February 3, 2011 at 6:20 PM said...

ish....risaukan suamiku..kot sanggup buat saja nak kawen pempuan jutawan..

Miera Hassan on February 3, 2011 at 10:28 PM said...

sanggup lak tu..tp bagusla sebab berhasil..haha.nk kene guna taktik ni jugak la..hoho

Lulu Caldina on February 4, 2011 at 12:31 AM said...

@QASEEH HATIKU QASEEH takpe terlebih, lulu baca...ngee TQ

Lulu Caldina on February 4, 2011 at 12:31 AM said...

@Nora Shahaira ish kak nora ni..

Lulu Caldina on February 4, 2011 at 12:32 AM said...

@Cik Miera miera...haip!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!