Thursday, February 3, 2011

Impianku bersama The Blues..


Fernando Torres kelmarin memberi amaran menjelang penampilan sulungnya bersama Chelsea dengan menegaskan bahawa dia mahu menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya, Liverpool Ahad ini.

Liverpool telah meletakkan syarat agar penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta (RM247 juta) itu tidak diturunkan pada pertemuan Liga Perdana England itu, aksi pertama pemain Sepanyol itu bersama The Blues.
Situasi itu bagaimanapun mengundang ketegangan ketika perbincangan kontrak di mana juara bertahan, Chelsea enggan tunduk kepada syarat tersebut sekali gus menyaksikan Torres akan turun menentang kelab lamanya.

Torres berkata: "Kalau saya mempunyai peluang untuk bermain, saya akan melakukannya sebaik mungkin buat Chelsea dan harapnya dapat menyumbat gol."
Penyerang Sepanyol itu turut mendedahkan bahawa dia telah mengimpikan untuk menyertai Chelsea sejak musim lepas lagi sekaligus menimbulkan persoalan tentang komitmennya bersama Liverpool sejak enam bulan lalu.

"Sejak musim lepas lagi saya rasa perlu mengambil langkah ke depan dalam karier saya dan juga impian saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

"Saya mahu menyertai sebuah kelab yang benar-benar hebat dan kelab itu adalah Chelsea. Kini saya ada peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini."
Torres juga mengingatkan Liverpool bahawa pencapaian kurang memberangsangkan yang berterusan telah memaksanya hilang sabar dan beralih angin.

"Liga Juara-Juara menjadi impian setiap pemain bola sepak dan ia juga satu kejohanan yang berada pada tahap tertinggi.
"Chelsea ada peluang untuk memenangi banyak kejuaraan dalam setiap musim, jadi apabila kamu ada peluang untuk menyertai kelab seperti ini, kamu pasti tidak boleh menolaknya," kata Torres.



.

2 Penyokong CHELSEA:

ewanthology on February 3, 2011 at 2:57 PM said...

go torres!!!

Ce'gu JAERA on February 3, 2011 at 6:01 PM said...

Lucu jugak saya baca FB kawan2.. Rata2 kwn2 Fan liverpool dah meluat dan semakin benci dengan Fernando Torress ni. Sampai dorg gelar Tores ni Toiletoress.. ada plak gelar tores the Frog... ngeee~. Sabar peminat2. mmg mcm tu adat pemain dunia. hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!