Friday, February 11, 2011

Ni apa kes ni? huh...



Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa mengambil tindakan tegas terhadap sebuah restoran di sini yang didakwa menjalankan aktiviti memotong dan menyalai daging babi secara terbuka sejak dua minggu lalu.

Aktiviti pemilik restoran tersebut didakwa tidak menghiraukan sensitiviti orang awam terutama pelanggan di restoran Melayu yang terletak berhampiran dengan restoran tersebut.

Seorang pembantu kedai, Hanipah Rahman, 35, mendakwa selalu melihat beberapa pekerja di restoran terbabit menjalankan aktiviti tersebut di belakang restoran berkenaan.

"Sebelum ini aktiviti itu bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam dan kadangkala menjangkau sehingga pukul 11 malam tetapi hari ini (semalam) mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi lagi," katanya di sini semalam.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!