Friday, February 25, 2011

Saya sebak dan saya tidak mahu buat ini lagi..


Juri program realiti televisyen American Idol, Jennifer Lopez, 41, yang popular dengan panggilan JLo menangis semasa dia mengumumkan seorang peserta kegemarannya, Chris Medina, 26, disingkirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Jenny From The Block itu terpaksa ditenteramkan oleh dua juri lain, Randy Jackson dan Steve Tyler selepas dia menyingkirkan Chris dalam program tersebut yang disiarkan kelmarin.

Chris pernah mendedahkan kisah hidup tunangnya, Juliana Ramos yang menderita kerana masalah kecederaan otak akibat terlibat dalam kemalangan kereta sebelum majlis perkahwinan mereka tahun 2009.


Juliana kini meneruskan hidup dengan menggunakan bantuan kerusi roda.

Dia juga tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Chris dan ibu wanita itu memberi sepenuh perhatian untuk menjaganya.

Kisah hidup Chris itu membuatkan JLo berasa amat simpati terhadapnya.

JLo memberitahu peserta tersebut semasa dia menyingkirkannya dengan berkata: "Secara jujurnya, hati saya berkecai untuk menyatakan ini tetapi kamu (Chris) tidak berjaya dalam senarai 24 peserta yang teratas."

Chris kemudian mengucapkan terima kasih kepada juri sebelum beredar.


Namun, sebaik sahaja Chris meninggalkan pentas American Idol, JLo dalam nada sebak berkata: "Saya rasa macam tidak memberitahu dia dengan cara yang betul. Saya rasa teruk sekali. Saya tidak mahu buat ini (penyingkiran) lagi."



.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on February 25, 2011 at 10:59 AM said...

saya pun sedih jugak...one of my fav tu...

MizzTina on February 25, 2011 at 11:25 AM said...

sgt terharu...hukhuk

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!