Thursday, February 24, 2011

Seorang Lelaki Tewas Kerana Main Game Tanpa Henti


Seorang lelaki warga China menghembuskan nafas terakhirnya setelah bermain game tiga hari berturut-turut tanpa henti.

Dilpetik melalui Fox News, lelaki yang namanya tidak disebutkan itu tidak pernah tidur selama tiga hari berturut-turut, tidak makan dan tidak beranjak satu inchi pun dari komputernya.

Tiga hari kemudian ia ditemui koma di dalam kafe internet. Dirinya tidak bergerak namun masih bernafas, meskipun matanya telah tertutup rapat.

Lelaki yang selama satu bulan belakangan ini sering menghabiskan USD1.500 untuk bermain game itu langsung dikejarkan ke hospital terdekat. Sayangnya meskipun telah terburu-buru, pihak hospital tetap tidak boleh menyelamatkan nyawanya. Dia pun disah meninggal.

Setelah itu, pihak polis terus memindahkan beberapa komputer yang ada di kafe tersebut untuk penyelidikan. Dugaan sementara, sementara tersebut mati bunuh diri, namun pihak polis masih mencari sebab pasti kematiannya.

Peristiwa ini langsung mendapat sorotan umum dan kerajaan China di mana penduduknya memang terkenal memiliki kecanduan terhadap game dengan jumlah penderita sekitar 30 juta orang.


.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on February 25, 2011 at 2:42 AM said...

Ish2. Obses sgt dgn game. Nak tahu sgt game ape yg dye obses sgt tu? -.-

Unknown on February 25, 2011 at 7:29 AM said...

ya Allah, ada gak org mcmni. isk2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!