Wednesday, February 16, 2011

Simpan kerana rasa bersalah..


Seorang lelaki warga Korea Selatan ditahan selepas membunuh isterinya 12 tahun lalu dan menyimpan mayat wanita itu dalam kotak kadbod di kediaman anak perempuannya, kata polis, semalam.

Anak perempuannya yang berusia 20 tahun menghubungi polis Sabtu lalu selepas menemui mayat wanita di dalam kotak yang dibungkus dengan 10 lapisan plastik di kediamannya di daerah Yongsan, di sini. Cap jari mayat mengesahkan wanita itu adalah ibunya. Suspek yang dikenali sebagai Lee, 51, ditahan di Bucheon di barat daya Seoul dan kini masih disiasat kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pegawai penyiasat.

Lee memberitahu media, dia dan isterinya bertengkar mengenai berpindah kediaman dan beberapa hal lain.

“Saya menyimpan mayat isteri kerana saya rasa bersalah terhadapnya dan anak perempuan saya. Saya mahu menyimpan mayatnya untuk selamanya,” kata Lee. Lee disyaki menikam isterinya yang berusia 39 tahun ketika itu di kediaman mereka pada Jun 1999.

Dia kemudian meletakkan mayat isterinya ke dalam kotak kadbod dan membungkusnya sebelum dibawa ke kediaman baru di Yongsan di mana kini menjadi kediaman anak perempuannya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!