Wednesday, February 16, 2011

Tanda cinta sejati??


Pada hari Valentine, simbol tradisi yang menjadi lambang cinta seperti cokelat dan bunga mawar tidak kelihatan langsung di jambatan bersejarah Tumski yang merentasi Sungai Oder, di barat Poland.
Lokasi kegemaran pasangan kekasih ini dipenuhi dengan mangga - beribu-ribu dengan pelbagai saiz dan warna yang menjadi lambang cinta sejati di situ.

“Kami melontarkan kunci dan cinta kami akan berkekalan hingga berabad-abad lamanya,” kata Jola, pelajar universiti yang mengunci mangga hari Valentine di jambatan itu bersama teman lelakinya Maciej.
“Jambatan ini menjadi tempat di mana kami mempatrikan cinta kami supaya ia tidak akan lari,” ujar Maciej yang juga pelajar universiti.

Amalan romantik ‘mengunci cinta’ turut dilihat di bandar raya lain di Eropah seperti Paris, Rome, Kiev dan Riga.

Bagaimanapun, amalan itu masih mengejutkan bagi sesetengah orang.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Ammar on February 16, 2011 at 9:17 AM said...

Pelik sungguh tanda cinta sejati mereka ni

Mohamad Ali Loksin on February 16, 2011 at 11:47 AM said...

Tapi rasanya lebih elok dari majoriti couple kat Malaysia ni. Buktikan cinta dengan pasangan masing-masing atas ranjang. Best kan? Ngeeeeeeeeeeee.

Anonymous said...

penah dengar penah dengar.. hehee

Mrs Edward Cullen on January 8, 2013 at 7:59 AM said...

Kt korea pun ada tmpt yg mcmni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!