Sunday, February 13, 2011

Valentine Day


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Timbalan Perdana Menteri berharap isu ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perasaan curiga antara kaum di negara ini kerana dari sudut Islam sambutan itu tidak sesuai diraikan oleh umat Islam.
“Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa dari sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi ia tidak bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesranya terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata: “Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana ada amalan dan kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga”.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz semalam yang menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.


Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran.Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.


Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on February 13, 2011 at 10:59 AM said...

jangan sambut....kan cik lulu kan....

Sunah Sakura on February 13, 2011 at 11:13 AM said...

nice post dear~ ;)

aitotyati on February 13, 2011 at 11:30 AM said...

orang Islam tak perlu sambut.
hari2 biasa pun boleh nak berkasih-sayang

:D

Mama qai n mia on February 13, 2011 at 5:04 PM said...

cik lulu izin saya share post awak yer

Vesella Letcheva on February 5, 2012 at 1:12 AM said...

nanti cakap jangan sambut jangan sambut, atlast u guys paling banyak sambut.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!