Sunday, February 13, 2011

Pelik...memang pelik..


Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.
Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.
“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.






“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.



P/S - Ular ke rama-rama?



.

6 Penyokong CHELSEA:

Nora Shahaira on February 13, 2011 at 12:39 PM said...

ish..pelik ...memang pelik...

The Norah on February 13, 2011 at 12:44 PM said...

ye laaaaa....

Ammar on February 13, 2011 at 1:04 PM said...

Pelik ni..memang betul2 pelik....

Anonymous said...

cantik la rama-rama tu .. =))

Lalala on February 13, 2011 at 3:34 PM said...

menakjubkan kuasa tuhan ni.. mungkin ular kacukan rama-rama kot.. hehe..

farhan on February 14, 2011 at 2:21 AM said...

bukti kekuasaan kejadian allah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!