Friday, March 18, 2011

Bola-bola ajaib yang menyebelahi 'juara' ...ekeke


Bola-bola ajaib telah memilih team menyu untuk berentap bersama chelsea dalam suku akhir...
Ekeke, nampaknya team lain tersenyum senang hati kerana laluan mereka mudah apabila dua team gergasi seperti chelsea dan menyu berentap sesama sendiri...
Owh, the one (mourinho) pun tengah senyum senget....Dalam hati dia dan konpiden menang...ekeke...


Dan, dengan keyakinan setinggi ebrest...ekeke...semoga chelsea akan mengalahkan menyu...
Baik di Stamford Bridge, mahupun kat ol trepot... semoga kekalahan penalti 3 tahun lepas akan berbayar kali ni..yeah..



Chelsea berpeluang membalas dendam kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada final 2008 apabila mereka diundi bertemu pada peringkat suku akhir saingan Liga Juara-juara.
Pasukan pilihan, Barcelona pula akan berhadapan Shakhtar Donetsk dari Ukraine yang menewaskan mereka 3-2 di Nou Camp pada peringkat kumpulan dua tahun lalu.
Pemenang sebanyak sembilan kali, Real Madrid pula akan menentang Tottenham Hotspur manakala juara bertahan Inter Milan akan bertemu Schalke 04.
Pemenang perlawanan Inter/Schalke akan menentang pemenang perlawanan Chelsea/Manchester United pada separuh akhir manakala Real Madrid akan bertemu Barcelona jika kedua-dua pasukan melepasi peringkat suku akhir.
Perlawanan suku akhir akan dilangsungkan pada 5 dan 6 April serta 12 dan 13 April manakala perlawanan separuh akhir pada 26 dan 27 April serta 3 dan 4 Mei dengan final di Stadium Wembley pada 28 Mei.


P/S - Chelsea bakal menang.. eh juara..


.

2 Penyokong CHELSEA:

dean on March 18, 2011 at 11:55 PM said...

cis..jumpa MU! PEKONG TOL TNGN YG CABUT UNDI TUH

Anonymous said...

nak tgk chelsea lwn real madrid!!
jose kembali!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!